CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8749|Reply: 59

Wanita Dan Dunia Risikan (merge with noraidil_06's thread)

  [Copy link]
Post time 2-5-2017 04:59 PM | Show all posts |Read mode
Edited by noraidil_06 at 16-2-2019 09:57 PM




Siapa sangka wanita cantik yang dituduh sebagai perisik semasa era Perang Dunia Pertama ini pernah mengharungi hidup yang penuh berliku. Margaretha Geertruida Zelle atau lebih dikenali sebagai ‘Mata Hari’ ini dilahirkan pada 7 Ogos 1876 di Leeuwarden, Netherlands.
Beliau adalah anak sulung daripada empat adik-beradik. Bapanya, Adam Zelle adalah pemilik kedai topi dan turut berjaya membuat pelaburan dalam industri minyak hingga mampu memberi kemewahan kepada Mata Hari dan keluarganya.
Mata Hari juga pernah mendapat pendidikan di sekolah eksklusif sehingga dia berumur 13 tahun. Bagaimanapun, panas tidak sampai ke petang, bapanya muflis pada 1889 sehingga membawa kepada penceraian tidak lama selepas itu.
Selepas bapanya berkahwin kali kedua di Amterdam pada 1893, kira-kira dua tahun selepas ibunya meninggal dunia, Mata Hari tinggal bersama bapa pembatisannya, Visser di  Sneek.
Di Leiden, Mata Hari menjadi guru tadika tetapi  dipecat selepas didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan guru besar. Selepas beberapa bulan, beliau melarikan diri ke rumah pakciknya di The Hague.
Semasa berumur 18 tahun, Mata Hari berkahwin dengan  Kapten Tentera Belanda, Rudolf MacLeod, 38, yang tinggal di Indonesia (pusat Syarikat Hindia Timur Belanda) pada 11 Julai 1895.
Ia menjadi titik tolak kepada Mata Hari untuk memulakan hidup baru sebagai golongan kelas atasan. Mereka berpindah ke Malang di Jawa Timur dan dikurniakan sepasang cahaya mata.
Perkahwinan mereka tidak kekal lama akibat tabiat buruk MacLeod yang ketagih alkohol dan mempunyai perempuan simpanan. Mata Hari meninggalkan suaminya secara sementara dan tinggal bersama seorang pegawai Belanda, Van Rheedes.
Selama beberapa bulan, wanita itu belajar adat dan kebudayaan masyarakat Indonesia dan turut menyertai syarikat tarian tempatan. Pada 1897, beliau menggunakan nama ‘Mata Hari’ sebagai langkah untuk memulakan hidup baru sekali lagi melalui surat yang dikirimkan kepada saudaranya di Holland.
Mata Hari kembali kepada suaminya, namun sikap buruk lelaki tersebut masih tidak berubah dan terus berlaku konflik dalam perkahwinan mereka termasuk kematian anak lelakinya yang jatuh sakit pada 1899.
Mereka kembali semula ke Belanda tetapi tinggal berasingan pada 1902 dan kemudiannya bercerai pada 1907. Mata Hari terpaksa berhadapan pelbagai kesukaran termasuk berebut hak penjagaan anak perempuan mereka yang akhirnya meninggal dunia semasa berumur 21 tahun akibat komplikasi penyakit siflis.

Jadi penari eksotik
Pada 1903, Mata Hari berpindah ke Paris dan menjadi penunggang kuda sarkas dengan menggunakan nama gelaran Lady MacLeod. Akibat kesempitan hidup, pada 1905, Mata Hari mula menjadi penari eksotik dengan mengikut kumpulan tarian kontemporari dikendalikan Isadora Duncan dan Ruth St Denis.
Gaya meliuk-liuk Mata Hari berjaya menarik perhatian penontonnya terutama selepas membuat persembahan di Musée Guimet (Muzium Seni Asia) pada 13 Mac 1905. Menjelang 1910,  Mata Hari mula dikritik banyak pihak kerana  mempersembahkan tarian yang mengghairahkan.
Semasa kemasyhurannya, Mata Hari turut menjalinkan hubungan dengan pegawai atasan tentera, ahli politik dan individu berpengaruh dari beberapa negara. ‘Hubungan’ istimewa itu membolehkan beliau bebas merentasi sempadan tanpa sebarang halangan. Bagaimanapun,  semasa ambang Perang Dunia Pertama, wanita tersebut mula dilabel sebagai ‘penggoda berbahaya’.

Perisik bermuka dua?
Semasa Perang Dunia Pertama tercetus, Mata Hari masih bebas merentasi sempadan kerana beliau tidak mempunyai halangan untuk merentasi Sepanyol dan Britain menuju ke Belanda. Pada 1916, kapal yang membawa Mata Hari dari Sepanyol diarah berlabuh di Pelabuhan Falmouth di England.
Beliau ditahan dan dibawa ke London untuk disoal siasat oleh Perisikan Britain (M15). Menurut pihak berkuasa , Mata Hari mengaku bahawa dia bekerja untuk Perisikan Perancis. Bagaimanapun, ia tidak jelas sama ada wanita itu menipu atau tidak kerana ada pihak mendakwa Mata Hari mungkin dipaksa untuk membuka mulut.
Pada Januari 1917, perisik Perancis berjaya memintas mesej yang dihantar ke Berlin daripada agen H-21. Difahamkan, hasil siasatan awal mereka mendapati agen H-21 adalah Mata Hari.

Dibicarakan dan dihukum mati
Pada 13 Februari 1917, Mata Hari ditahan di Hotel Elysee Palace di Paris. Beliau dibicarakan selepas didakwa menjadi perisik Jerman dan menyebabkan kematian sekurang-kurangnya 50,000 askar.
M15 dan Perancis tetap menuduh Mata Hari adalah perisik Jerman tanpa bukti kukuh.
Namun, pihak berkuasa Perancis berjaya membuktikan bahawa Mata Hari pernah menerima bayaran untuk menjadi agen Jerman, H-21 sebelum Perang Dunia Pertama bermula walaupun dinafikan olehnya.
Mata Hari akhirnya, didapati bersalah oleh mahkamah kerana melakukan pengintipan dan dijatuhi hukuman ditembak sampai mati pada 15 Oktober 1917 semasa beliau berumur 41 tahun.
Info:
    Penulis yang menyokong feminisme, Pat Shipman menerusi bukunya berjudul  Femme Fatale mendakwa Mata Hari tidak pernah menjadi agen bermuka dua tetapi dijadikan sebagai kambing hitam oleh pihak berkuasa Perancis untuk menutup kegagalan mereka dalam operasi ketenteraan.
    Dokumen milik Jerman yang didedahkan pada 1970-an pula membuktikan Mata Hari adalah agen Jerman (H-21).
    Mata Hari turut digelar femme fatale (wanita penggoda, penyebab kemusnahan kepada mana-mana lelaki yang menjalin hubungan bersamanya).
    Muzium Frisian di Leeuwarden, Ntherlands mempamerkan ‘Bilik Mata Hari’ termasuk dua buku skrap peribadi beliau.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2017 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
i adore u mata hari.wpun gambar atas tu gendut skit
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2017 04:54 PM | Show all posts
noraidil_06 replied at 2-5-2017 05:53 PM
i adore u mata hari.wpun gambar atas tu gendut skit



mcm hindustan je.dia layan lagu2 hindustan kot


Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2017 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak.Nah.Bosan replied at 3-5-2017 04:54 PM
mcm hindustan je.dia layan lagu2 hindustan kot

Mgkn la k.nah. or else ms zaman tu wanita india is sex symbol.what with sexy attire
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2017 01:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Tragis kisah hidup mata hari.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2017 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Hebat...jangan pandang ku sebelah mata...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-5-2017 08:54 PM | Show all posts
cantik..no wonder la lelaki cair
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2017 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2017 06:29 PM | Show all posts
mata dia cantik
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg cantik..patutlah dia bjaya mnawan byk lelaki berpangkat besar
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 01:13 AM From the mobile phone | Show all posts

Wanita & Dunia risikan

Hello guys,

Saya selalu tertarik dengan dunia risikan. Penuh misteri, penuh tandatanya dan tentulah penuh bahaya.

Pekerjaan seperti ini nampak seperti tidak sesuai dgn lahiriah seorang wanita. Tapi di dalam sejarah dunia terdapat beberapa wanita yg terkenal di dalam dunia risikan.

Jom risik2.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 01:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Perisik wanita yg sgt menarik perhatian sy tentulah Miss Mata Hari. Seorang wanita jelita yg sexy dan menggoda.

Beliau pada asalnya adalah seorang penari exotic yg berasal dr Belanda dan dikatakan seorang double bg kerajaan Germany dan Perancis..

Dia akhirnya dihukum tembak oleh kerajaan Perancis.

Cerita Mata Hari sgt menarik utk dibaca. Nanti sy sambung lg ye

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak Hasanah hi gina jangan dilupa
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 16-2-2019 01:29 AM
Akak Hasanah hi gina jangan dilupa

Hahahhahahaha.akak tau nama dia akn naik
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 01:30 AM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 16-2-2019 01:29 AM
Hahahhahahaha.akak tau nama dia akn naik

Perisik versi tudung sarung
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 01:31 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 16-2-2019 01:30 AM
Perisik versi tudung sarung

Hehhehehehe. Citer dia last la akak tulis. Kalau rajin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2019 01:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Amboii mmy, difference time zone ke skrg? 1.30am bukak thread. Psal spy pulak tu, nk suruh tdur pukul brpa ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 01:49 AM From the mobile phone | Show all posts
immaryjane replied at 16-2-2019 01:47 AM
Amboii mmy, difference time zone ke skrg? 1.30am bukak thread. Psal spy pulak tu, nk suruh tdur puku ...

Sy tidur lambat. So sy tatau nk buat apa. Sy buka thread la.heheheheh. malas plak tulis psl mata hari. Nk tulis psl org lain plak
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 01:51 AM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 16-2-2019 01:49 AM
Sy tidur lambat. So sy tatau nk buat apa. Sy buka thread la.heheheheh. malas plak tulis psl mata h ...

Ape niiii. Klimaks tergantung sepi. Cite la
Pasal miss sunshine ni bg habis dulu coz mcm best je.
Ke tak best ?
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 01:51 AM From the mobile phone | Show all posts
immaryjane replied at 16-2-2019 01:51 AM
Ape niiii. Klimaks tergantung sepi. Cite la
Pasal miss sunshine ni bg habis dulu coz mcm best je. ...

Bestn ok la sy sambung. Jap eh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.110852 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list