CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1716|Reply: 2

“wong kokok teta batok.” maka bermulanya adat memburu kepala.

[Copy link]
Post time 4-5-2017 03:55 PM | Show all posts |Read mode


(Disampaikan oleh William Henry Furness 120 tahun yang lalu, semasa beliau berada di sebuah rumah panjang suku Kayan di Sungai Tinjar. Aban Avit selaku ketua di situ menceritakan asal usul adat memburu kepala bagi orang Kayan):




Agak ramai orang pada hari itu. Walaupun matahari agak terik di luar sana, ia tidak terasa sangat kerana angin berhembus lembut menyejukkan ruang berandah di rumah panjang Aban Avit. Para lelaki berkumpul duduk di tengah berandah. Di atas kepala mereka bergantungan kepala manusia yang sudah kering hitam dan berambut.


Pandanganku terarah kepada Aban Avit yang sibuk berbual dengan anak-anak buahnya. Dalam nada berhati-hati, kuluahkan pertanyaan, “Saudaraku, mengapa kamu orang Kalamantan berbunuhan dan memotong kepala sesama sendiri? Di tanah asalku perkara begini tidak berlaku dan dianggap kejam.”
Tersentak Aban Avit mendengarnya, kemudian menghisap tembakaunya sangat dalam sebelum dihembus perlahan sambil menutup mata. Katanya, “Tidak Tuan! Adat ini tidak kejam. Ia adat turun temurun yag merahmati tanaman dan kesihatan kami sejak dahulu. Kepala musuh kami ini menjadi penjaga.”
Aku menyanggah, “Bukankah itu cuma alasan kamu untuk menumpahkan darah?”
Aban Avit membalas, “Ah Tuan, kamu orang putih tidak mempunyai ketua yang hebat seperti Tokong. Dia ialah Rajah orang Sibops dan moyang kepada seluruh orang kayan yang hidup lama dahulu.”
Kemudian aku pun meminta Aban Avit menceritakan kisah Rajah Tokong. Aban Avit membetulkan silanya sebelum mula bercerita:-



Kisahnya bermula lama dahulu sebelum kedatangan Pemerintah Tuan Rajah Brooke. Pada masa itu suku Sibops diketuai oleh Tokong iaitu keturunan Katirah Murai yang dilahirkan dari syurga.
Pada masa itu Tokong dan pengikutnya sedang menuju ke tempat kediaman musuh yang mencuri hasil tanaman kampung. Mereka menaiki perahu sebelum berehat di tebing sungai berdekatan dengan sebiji batu besar yang dipanggil Batu Kusieng dekat Belaga dan Sungai Tinjar.
Semasa Tokong sedang mengasah parang, tiba-tiba terdengar satu suara dari bawah batu tersebut. Kata suara itu, “Wong kokok teta Batok.” Tokong mendapati suara itu datang dari seekor katak yang besar bersama dengan beberapa ekor katak yang lebih kecil.
Tabik Kop (katak). Apa maksud perkataanmu itu?” Tanya Tokong.
Kamu suku Sibops memang bodoh! Pergi berperang dan membunuh hanya mengambil rambut musuh. Tidak kah kamu tahu jika kamu ambil kepala musuh ia akan merahmati kamu? Biar kutunjukkan cara memenggal kepala kepada kamu,” kata katak besar tersebut.
Kemudian katak itu menghunus parangnya lalu memenggal kepala salah seekor pengikutnya. Melihat kejadian yang kejam ini Tokong begitu marah. Tapi seorang pengikut tua Tokong menasihatinya kemungkinan apa yang dikatakan katak tersebut adalah benar. Akhirnya selepas berbincang seketika dengan pengikutnya, Tokong pun bersetuju untuk mengikut nasihat katak tersebut.
Keesokan hari sebelum matahari muncul, Tokong dan pengikut-pengikutnya bergerak senyap di rumah musuh dan membakarnya. Akibatnya semua penghuni rumah tidak kira lelaki, wanita atau kanak-kanak melompat turun.
Tokong dan pengikutnya tidak mengambil masa yang lama untuk membunuh semua penghuni rumah tersebut. Mereka memenggal 3 kepala kemudian dibawa pulang. Semasa menaiki perahu, berlaku perkara ganjil apabila perahu mereka dengan mudah mudik ke hulu. Perjalanan pulang yang jauh menjadi sangat singkat.
Apabila sampai di kampung, sekali lagi berlaku keanehan, padi yang baru ditanam 15 hari yang lalu tumbuh subur tanpa penyakit dan hampir masak. Dalam kegembiraan mereka naik ke rumah dan sekali lagi terkejut kerana mereka yang sakit telah sembuh, yang lumpuh mampu berjalan, yang buta dapat melihat!
Maka tahulah Tokong, kepala musuh yang dipenggal telah merahmati kampung mereka.’
Begitulah ceritanya Tuan. Sejak hari itu, kami mengikut ajaran Tokong yang diperoleh dari seekor katak bernama Kop.” Kata Aban Avit mengakhiri ceritanya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2017 05:46 AM | Show all posts
Baru tiga baris baca aku dah boring
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2017 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
S|_BUTA replied at 5-5-2017 05:46 AM
Baru tiga baris baca aku dah boring

Tapi skrg aku da paham knp nk kena simpan kepala misuh tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.048072 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list