Ni artikel 2012... 5 years back
Di Usia 45 Tahun Deanna Yusoff Nekad Terus MembujangDetailsCategory: MD Hiburan Published on 14 March 2012 Written by FARAHANIMHits: 3555
Dikelilingi rakan-rakan dan keluarga yang menghiasi ruang hidup solonya, dia seronok, selesa dan bahagia menjalani rutin harian. Kerana itu meskipun sudah mencecah usia 45 tahun, berkahwin bukan lagi keutamaan. Justeru pelakon jelita Deanna Yusof memutuskan untuk terus membujang.
Bukan kerana kecewa dengan kisah cinta tidak kesampaian sebelum ini. Bukan juga takut untuk mendirikan rumah tangga. Tetapi dengan segala yang dimilik saat ini, sudah memadai buat hos What Men Want ini menjalani kehidupan dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai yang terbaik untuk dirinya. Tambahan buat masa ini pelakon Anna and The King ni masih belum bertemu dengan individu yang benar-benar sesuai untuk diangkat menjadi seorang suami.
Meskipun begitu, kata Deanna yang juga kini bergelar usahawan coklat ini, dia tidak menolak sekiranya suatu hari nanti jodohnya akan tiba dan berharap ia akan kekal selama-lamanya.
Mengenai ciri-ciri jejaka idaman, Pelakon Wanita Terbaik (FFM10) ni mengimpikan seorang yang menjadi dirinya sendiri, tidak sombong, baik hati dan pemurah bukan sahaja dari segi wang ringgit tetapi sikap serta tanggungjawabnya.
MD doakan mudah-mudahan Deanna bertemu dengan si dia, satu hari nanti.
|