CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: eddysheddy

Album Siti Nurhaliza SimetriSiti laris!

[Copy link]
Post time 8-5-2017 04:01 PM | Show all posts
iols rasa bersandar cinta lg best dari segala perasaan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2017 05:02 PM | Show all posts
Chekpa replied at 8-5-2017 11:24 AM
Audio versi clear live utk kesemua lagu album simetrisiti..

aku pulak suka ciptaan mohariz tu
beza org taste dia lain..

mcm dlm fragmen, aku plg suka sanubari, tp tak rmi gemar lagu tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2017 05:04 PM | Show all posts
dauswq replied at 8-5-2017 05:02 PM
aku pulak suka ciptaan mohariz tu
beza org taste dia lain..

sanubari tue lagu paling aku tak suka dlm fragme..dan aku rasa lagu mohariz mcm bosan jer..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2017 05:08 PM | Show all posts
masdiana-ana replied at 8-5-2017 05:04 PM
sanubari tue lagu paling aku tak suka dlm fragme..dan aku rasa lagu mohariz mcm bosan jer..

haha sbb aku kurang gemar lagu yg marhaen akn jatuh cinta cepat
biasanya lagu2 yg sebut tu akn leave soft spot for a long time
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2017 08:48 PM | Show all posts
serius....aku dok depan  masa konsert siti kat philharmonik klcc...CT x gemok pun...BMI confirm below 24...yg dellusional adalah yg kata CT gemok...harusla cari bahan utk cerca....



tp compare dgn zaman anak dara..harusla cekeding CT k..tu pun x dpt pujian pun...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2017 09:02 PM | Show all posts
Chekpa replied at 8-5-2017 11:24 AM
Audio versi clear live utk kesemua lagu album simetrisiti..

Suara Siti mantap and strong..tapi to me dah bukan macam Siti yang dulu..style dah macam Hetty Koes Endang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2017 09:06 PM | Show all posts
harisbee replied at 8-5-2017 08:48 PM
serius....aku dok depan  masa konsert siti kat philharmonik klcc...CT x gemok pun...BMI confirm belo ...

agaknya dah lama tak check mata hang ni..pi tunjuk video atas kat nutritionist tanya ni badan ok ke atau gemuk? i bukan la Siti zoners tapi setakat album lama tu semua i ada..cuma kecewa dengan album2 baru..tapi tu semua taste masing2..tapi bab gemuk ni bukan ikut taste la..tengok pun tau..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2017 09:09 PM | Show all posts
Dah dengar CT nyanyi lagu2 dalam SimetriSiti, makin lebih teruja nak beli album ni, nampak2 lebih best daripada Fragmen

wow mantap sangat nyanyian CT mase pelancaran!!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2017 09:14 PM | Show all posts
chuols, beli cd atau itunes yach lagi berbaloi?
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2017 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
jerut_dlur replied at 8-5-2017 09:06 PM
agaknya dah lama tak check mata hang ni..pi tunjuk video atas kat nutritionist tanya ni badan ok k ...

Gigih okla siti gemok mcm hetty koes endang... yg kurus adalah mehah dan dayang
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2017 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
BoongaKertas replied at 8-5-2017 09:15 AM
ingatkan meols jer rasa mcm tu
jyeah! ada gak geng

       
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2017 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
masdiana-ana replied at 8-5-2017 09:26 AM
Apa ig Ivan nk dengar..

Ivanlahardika
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2017 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
just_fighter replied at 8-5-2017 09:09 PM
Dah dengar CT nyanyi lagu2 dalam SimetriSiti, makin lebih teruja nak beli album ni, nampak2 lebih be ...

Hai.. ramai fan ct muncul balik  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2017 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
dauswq replied at 8-5-2017 05:02 PM
aku pulak suka ciptaan mohariz tu
beza org taste dia lain..


YELAHHHHHH.. BEST BETUL. i pun suka lagu tu.. da dgr sikit kat ig mohariz..

Mohariz & Habsah Hassan win!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2017 11:04 PM | Show all posts
Sedih pulak baca
Sumber: ig mohariz

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2017 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
X sbr nak beli cd tok t. Cpat lah kuar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-5-2017 11:43 PM | Show all posts
Siti utamakan kualiti


ADA beberapa sebab mengapa Datuk Siti Nurhaliza memilih frasa SimetriSiti sebagai judul album studio terbaharunya.

Menurut penghibur nombor satu negara itu, simetri menggambarkan sebuah keseragaman dari pelbagai elemen penghasilan muzik.

Ia termasuk pemilihan komposer dan lagu, lontaran bait lirik serta produksi rakaman muzik untuk album secara keseluruhan.

“Saya sengaja memilih SimetriSiti sebagai judul untuk album kali ini. Ia membawa maksud istimewa kerana lagu-lagu dimuatkan terhasil berpandukan piawaian kualiti yang sama.

“Sehinggakan, saya tidak dapat menamakan satu lagu yang paling digemari kerana 10 karya yang dimuatkan dalam SimetriSiti adalah terbaik bagi saya,” ujar Siti pada majlis pelancaran albumnya di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ditanda sebagai album ke-16 milik wanita berusia 38 tahun itu selepas Fragmen (2014), SimetriSiti turut memuatkan beberapa kejutan buat pemuja setia beliau. Antaranya adalah lagu ciptaan Siti sendiri yang berjudul Penghiburku.

Kongsi Siti, ada kisah menarik di sebalik penciptaan lagu yang turut menampilkan penyanyi hip-hop Joe Flizzow itu.

Penghiburku

“Sudah agak lama tidak menulis lagu untuk dimuatkan dalam album. Jadi, saya berpendapat ini adalah masa yang sesuai untuk berbuat demikian.

“Tetapi, idea untuk mendapatkan melodi agak sukar dan saya mengambil masa yang agak lama untuk mencipta sebuah lagu yang lengkap,” katanya.

Sambung pemenang kategori Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Wanita) menerusi lagu Menatap Dalam Mimpi pada Anugerah Industri Muzik (AIM) tahun lalu itu, beliau akhirnya dapat mencipta melodi untuk lagu berentak rancak tersebut ketika sedang menantikan kelahiran cucu tirinya, Arif Jiwa Muhammad Asyraf akhir bulan lalu.


PASARAN Versi edisi terhad dan standard SimetriSiti bakal dilancarkan secara rasmi pada 10 Mei depan. Turut dipasarkan menerusi platform digital, album tersebut dilancarkan serentak di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.

“Kakak ipar selaku pengurus, Rozi Abd. Razak memberi tarikh akhir kepada saya untuk menghantar melodi kepada komposer Aubrey Suwito agar proses mastering dapat dilakukan untuk kesemua trek.

“Tidak sangka pula pada melodi lagu Penghiburku muncul dalam kotak minda ketika menemani menantu tiri, Tya Arifin melahirkan bayi sulungnya.

“Saya segera rakamkan melodi tersebut menggunakan telefon bimbit lalu dihantar kepada Aubrey untuk diterbitkan,” katanya yang turut menulis lirik lagu tersebut pada hari rakaman.

Lebih istimewa, lagu Penghiburku turut ditujukan kepada peminat yang selama ini tidak pernah lelah menyokong kerjayanya sebagai penyanyi.

“Peminat saya mempunyai pelbagai ragam dan kadangkala, telatah mereka sungguh melucukan.

“Jadi, lagu ini saya dedikasikan khas untuk mereka yang sering menghiburkan saya tanpa mengira masa dan ketika,” katanya.

Sambutan

Sekitar seminggu lalu, single utama yang dipetik daripada album SimetriSiti, Segala Perasaan telah dilancarkan menerusi beberapa platform digital tempatan.

Lagu ciptaan komposer dari Indonesia, Ivan Lahardika itu bukan sahaja menerima maklum balas positif peminat, tetapi berjaya menduduki carta teratas iTunes Malaysia untuk tiga hari berturut-turut sejak dilancarkan.

Keterujaan peminat terhadap buah tangan baharu Siti Nurhaliza tidak terhenti setakat itu. Sewaktu edisi terhad album SimetriSiti dilancarkan secara pratempahan menerusi portal beli-belah Lazada pada 4 Mei lalu, sebanyak 300 salinan habis ditempah dalam tempoh 20 minit terawal.

Menariknya, 300 edisi terhad SimetriSiti menampilkan sampul muka hadapan eksklusif yang berbeza daripada versi standard.

Mengakui gembira mendengar perkhabaran tersebut, Siti berkata, situasi berkenaan membuktikan masih ada peminat yang mahu berbelanja dan membeli lagu daripada artis kegemaran mereka.

“Melihat situasi muzik sekarang, saya agak terkejut dengan sambutan yang diberikan oleh peminat.

“Ia membuktikan bahawa karya yang bagus yang diadunkan dengan sokongan syarikat rakaman, ia mampu dijilidkan sebagai sebuah album berkualiti untuk dibeli oleh peminat,” ujarnya sambil tersenyum.

Bercerita lanjut, kata Siti, beliau dan syarikat rakamannya, Universal Music Malaysia mengambil masa selama empat bulan untuk menyiapkan album tersebut.


ANTARABANGSA Beberapa lagu dalam SimetriSiti seperti Bersandar Cinta, Segala Perasaan, Manis Terindah dan Tak Perlu Ragu dirakam dengan iringan Bulgarian National Radio Symphony Orchestra di Bulgaria.

Menariknya, sebanyak 300 karya dinilai terlebih dahulu sebelum 10 lagu terbaik dipilih untuk berdiri sebagai penguat SimetriSiti.

“Proses pemilihan dilakukan secara berperingkat. Proses tersebut melibatkan saya, pihak pengurusan dan syarikat rakaman.

“Kami mengundi lagu yang sesuai sehingga memutuskan 10 karya terbaik untuk dirakam. Alhamdulillah, proses tersebut tidak memakan masa panjang dan ia berlangsung dengan lancar,” katanya.

Beralih cerita mengenai rekaan kulit album, Siti memilih tema retro Hollywood yang menggambarkan perjalanan kariernya sepanjang 21 tahun berada dalam industri hiburan.

“Karier saya didukung oleh kelompok penting seperti peminat, jurugambar, jurusolek, pereka fesyen dan wartawan.

“Jadi, molek rasanya jika saya abadikan mereka secara visual menerusi rekaan kulit album SimetriSiti. Pastinya, ia berbeza daripada apa yang pernah dilakukan sebelum ini,” katanya lagi.

AIM

Ditanya mengenai hala tuju album terbaharunya, Siti menginginkan SimetriSiti mengulang kembali kejayaan beberapa albumnya terdahulu menerusi AIM.

“Selain kepuasan peminat, saya juga ingin melihat album yang dibikin mendapat tempat pada acara-acara anugerah.

“Hal ini kerana, saya seperti telah memikul tanggungjawab yang besar untuk menghasilkan karya terbaik selepas beberapa kejayaan yang diraih oleh album sebelum ini.

“Namun, ia bukanlah satu keutamaan. Asalkan album yang dipasarkan menepati piawaian khalayak, ia sudah cukup menggembirakan,” katanya yang mengharapkan album SimetriSiti dapat memenangi kategori Anugerah Kulit Album Terbaik pada penganjuran AIM akan datang.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... 1.htm#ixzz4gVD6BADn
Hakcipta terpelihara
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2017 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
eddysheddy replied at 8-5-2017 11:04 PM
Sedih pulak baca
Sumber: ig mohariz

Kenapa mohariz ckp mcm die baru nk bertapak dlm industri sbg komposer? Bukan ke dia mcm dh lama sjak zaman2 arwah tok nan abu hassan? X silap dlm album pertama semihah ada heols. Cume yes la kot, ni first time tok ti nyanyi lagu die.

Ke iols silap?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2017 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by eddysheddy at 9-5-2017 12:30 AM
danieladam replied at 8-5-2017 11:45 PM
Kenapa mohariz ckp mcm die baru nk bertapak dlm industri sbg komposer? Bukan ke dia mcm dh lama sj ...


Mungkin maksud dia kebangkitan semula

Atau

Dia yakin lepas ngan tokti ni barulah dia dikenali akhirnya  

Btw masa ngan album misha tu dia byk sebagai penulis lirik. Dia juga banyak sebagai komposer bersama utk lagu artis lain. Yang dia compose sorang ada juga tapi maybe tak berapa terkenal lagunya
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2017 12:10 AM | Show all posts
kenape ade yg ckp AMIN2 bila siti gtau dia jumpe doktor di ig ek..ade isi lg ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.182692 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list