|
|
Siapa pula yang kata kumpulan Projector Band ni sebenarnya datang dari geng mat rempit dan kini melupakan daratan sejak popular?
Berikutan dituduh sudah lupa daratan sejak meraih populariti mendadak pada tahun lalu menerusi lagu Sudah Ku Tahu, ketua kumpulan dan gitaris Razif menegaskan mereka bukanlah geng kaki motor sebelum menceburkan diri sebagai penyanyi.
"Ramai beri komen-komen yang kami sudah lupa daratan, sudah tidak mahu merempit lagi tapi kami dari dulu bukan jenis kaki motor.
"Cuma adik saya yang bekerja di bengkel dan tahu serba sedikit tentang moto. Saya pula dulu bekerja di rumah mayat, manakala vokalis kami masih belajar," ujarnya kepada mStar Online.
Selain Razif, Projector Band dianggotai adiknya, Muhammad Safiq selaku pemain dram, Iskandar Zulkarnain Shafin, 24, selaku vokalis, Isnaidi Eidham Razali, 22, (gitar) dan Ahmad Khusairi Shaferi, 27, (basis).
 Foto: IG Projector Band
Orang ramai diingatkan untuk tidak melempar tuduhan liar sewenang-wenangnya terhadap mana-mana selebriti tanah air atau sesiapa sahaja. Apapun, semoga Projector Band terus menghasilkan karya yang berkualiti dan berjaya dalam bidang diceburi. - CARI |
|