CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3264|Reply: 4

Tiga Ulama Yang Digeruni Oleh Komunis Ketika Perang Sabil

[Copy link]
Post time 8-5-2017 04:16 PM | Show all posts |Read mode






Ketika 1940 an dan 1950 an, pengganas Komunis telah menunjukkan sikap biadap & zalim terhadap masyarakat kampung. Mereka menculik anak gadis, membunuh para pemuda serta tok-tok imam di kampung-kampung.

Maka bangkit tiga orang ulama yang memimpin penduduk-penduduk kampung untuk bangkit berjihad menentang kekejaman pengganas Komunis tersebut. Perang sabil ini dipimpin oleh Tuan Guru Haji Yahya bin Taha di selatan Kedah dan utara Perak, Tuan Guru Haji Bakri di Hilir Perak dan Perak Tengah dan Kiyai Haji Salleh di Johor.

Angkatan perang sabil yang dipimpin oleh ulama-ulama ini ternyata menggerunkan pengganas komunis. Dengan kelengkapan senjata yang terbatas, mereka berjaya membunuh ramai pengganas2 Komunis sehingga mereka serik untuk membuat onar di kampung2 lagi.

Disamping itu, ketiga-tiga orang tokoh ulama ini juga dikatakan sangat mahir dengan ilmu persilatan. Menurut cerita, banyak maunah (bantuan Allah) berlaku seperti parang terbang, para pejuang tidak mengalami luka ketika ditembak Komunis dan lain-lain peristiwa di luar logik akal.


Semoga perjuangan mereka terus dihayati oleh kita!



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2017 04:43 AM | Show all posts
Bullshit ah. Komunis bapok sekor sekor cuma berani culik sesama cina. Mungkin dengan Jawa &  Banjar di johor dan perak pun mereka berani gak. Itu sebab suku jawa & banjar di sana terpaksa bangkit melawan

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2017 09:02 AM | Show all posts
Jangan lupa Tuan Guru Hussin Che Dol atau lebih terkenal dengan nama Hussin Parang Panjang yg juga menentang komunis di Kedah.Tuan Guru Hussin adalah orang yg bertanggungjawab mengijazahkan amalan 70 000 Al Ikhlas kepada Guru Utama Gayung Pusaka Malaysia iaitu Cikgu Majid Mat Isa
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2017 08:58 PM | Show all posts
kat tempat lak cmna
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2017 05:28 PM | Show all posts
al fatihah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:14 PM GMT+8 , Processed in 0.148752 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list