View: 1231|Reply: 9
|
Sasarkan Kutipan Cukai Tertunggak Lebih 300 Juta, LHDN Lancar Ops Kutip Nasional
[Copy link]
|
|
Selama dua hari bermula Isnin, kempen yang bertujuan Untuk Tingkatkan Pemungutan (Ops Kutip Nasional 2017) dilancarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) secara serentak di 13 cawangan Pejabat Pengarah Negeri seluruh negara dengan jumlah sasaran kutipan RM16.31 juta.
Memetik laporan Bernama, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Sabin Samitah berkata operasi tersebut merupakan antara inisiatif LHDN bagi mencapai sasaran kutipan sebanyak 90 peratus atau RM293.57 juta dari RM326.19 juta cukai tertunggak menjelang hujung tahun ini.
"Operasi melibatkan 3,838 pembayar cukai yang mempunyai tunggakan iaitu 1,402 adalah dari kategori syarikat dan 2,436 adalah selain syarikat. Ia adalah bagi meningkatkan dan mempercepatkan pemungutan."
Selain itu, bagi memantapkan lagi prosedur pengendalian kes melibatkan pembayar cukai yang gagal mematuhi ansuran cukai tertunggak dalam tempoh yang ditetapkan, LHDN turut menubuhkan cawangan guaman Kuala Lumpur pada awal bulan ini.
Dalam pada itu, pembayaran cukai tertunggak hanya boleh dilakukan secara cek atau draf bank (atas nama Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri) melalui petugas yang dilantik dan pembayaran secara tunai kepada petugas dilantik adalah tidak dibenarkan.- CARI
sumber : internet
|
|
|
|
|
|
|
|
kutip modal PRU kot...nak dkt dah tu |
|
|
|
|
|
|
|
waahhhh besar lah bonus thn ni |
|
|
|
|
|
|
|
Hurm..kutip lah apa saja selagi dapat di ambil |
|
|
|
|
|
|
|
Slmt la keje gomen, awal2 dah potong |
|
|
|
|
|
|
|
Habis la. Makin banyak la cp38 nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Yeayy..cukaii cukaii cukaii..: |
|
|
|
|
|
|
|
Cukai dan rasuah seiring kat msia.
Can vavikan.
Kenyangkan perut depa je.
Puii |
|
|
|
|
|
|
|
Cukai dan rasuah seiring kat msia.
Can vavikan.
Kenyangkan perut depa je.
Puii |
|
|
|
|
|
|
|
Gali gali dlm dlm |
|
|
|
|
|
|
| |
|