CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 2673|Reply: 67

Engkar keputusan parti - Exco PAS tetap bertugas seperti biasa

[Copy link]
Post time 9-5-2017 10:10 AM | Show all posts |Read mode
Exco PAS dalam kerajaan Selangor akan terus menjalankan tugas seperti biasa ketika parti itu sudah menerima usul memutuskan kerjasama politik dengan PKR.
Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata parti itu masih tetap bersama dalam kerajaan negeri yang mendapat mandat darpada rakyat pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 lalu.
"Oleh yang demikian, exco PAS akan menjalankan tugas mereka seperti biasa dan memastikan semua program kerajaan negeri seperti Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) dapat dilaksanakan dengan jayanya," kata beliau hari ini.
Kenyataan Iskandar yang juga naib presiden PAS itu dibuat hanya kira-kira seminggu selepas muktamar parti itu menerima [color=rgb(41, 121, 255) !important]usul memutuskan kerjasama politik dengan PKR.
Kerajaan Selangor dibentuk melalui penguasaan 29 kerusi Dewan Undangan Negeri oleh PKR, DAP, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan PAS. Pembangkang pula diwakili Umno yang menduduki 12 kerusi lain.
Usul memutuskan kerjasama politik (tahaluf siyasi) antara PAS dan PKR itu diterima selepas dibentang wakil dari Dewan Ulama Pusat PAS pada 30 April lalu.
Bagaimanapun PAS bertegas, keputusan muktamad hanya akan dibuat oleh Majlis Syura Ulama (MSU) parti terbabit yang akan bersidang, [color=rgb(41, 121, 255) !important]dijangka tidak lama lagi.
Pimpinan PAS Selangor sudah beberapa kali menyatakan kesediaan mereka meletak jawatan dan berundur jika MSU PAS menetapkannya begitu.
Sebelum PKR, PAS juga memutuskan kerjasama dengan DAP.
Di tengah pelbagai khabar angin mengenai nasib kerajaan Selangor ketika ini serta [color=rgb(41, 121, 255) !important]kecaman PAS terhadap PKR serta Pakatan Harapan semasa muktamar ke-63 parti itu di Kedah baru-baru ini, wakil rakyat mereka [color=rgb(41, 121, 255) !important]hadir menyambut kepulangan Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 5 Mei lalu.
Antara yang hadir ialah dua exco PAS, Zaidy Abdul Talib, dan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, serta Timbalan Speaker DUN Selangor, Shafie Ngah, yang juga dari PAS.



Bagaimanapun, Iskandar tidak kelihatan pada majlis anjuran kelab penyokong kerajaan negeri itu.
Iskandar berkata, exco Selangor juga akan terus memainkan peranan aktif dan berkesan dalam kerajaan, selari dengan komitmen yang diberikan untuk mendukung prinsip serta dasar di Selangor sejak Mac 2008.
"Dengan itu, kami memberi sokongan kepada kerjasama dan persefahaman serta kepimpinan sedia ada untuk memastikan rakyat Selangor dapat menikmati kestabilan dan pembelaan yang berterusan," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-5-2017 10:10 AM | Show all posts
saya menjangka PAS Selangor bakal berpecah menjelang PRU nanti
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2017 10:14 AM | Show all posts
cakap je la nk jawatan tu..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2017 10:16 AM | Show all posts
khadam lobai dah marah


Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2017 10:30 AM | Show all posts

asal tk ngam je terus ckp pengkhianat...

mohon YB PAS berkenaan masuk terus ke Amanah... senang cerita.. tenang sikit nak buat keja...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2017 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam macam la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-5-2017 11:00 AM | Show all posts
presiden nak putus dgn pkr

naib presiden nak terus sama dgn pkr




macai bawahan konpius
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2017 11:01 AM | Show all posts
budaktua replied at 9-5-2017 10:30 AM
asal tk ngam je terus ckp pengkhianat...

mohon YB PAS berkenaan masuk terus ke Amanah... senang ...

itulah pangai lobai...dgn sedara sendiri pun leh tak tego sapa kalo tak sependapat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2017 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam2 hal
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2017 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Tukar je parti...PAS pun dah hilang hala tuju...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2017 11:41 AM | Show all posts
politik 24 jam...smpi dr mesyuarat nun jauh kt kedah tuh boleh pula terkena bala nyer ke selangor... x paham bahwa maslahat umum lebih penting drpd parti. Biaqlah depa buat keja depa, jgn dok campuq sebok jah..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2017 11:46 AM | Show all posts
dah la... PAS yang Selangor patut buat parti baru dan bergabung dengan AMANAH, DAP dan PKR.. just for Selangor.. senang.. persetan kan setan2 dalamPAS..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2017 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Kahkahkah...!! Lobai2 dah kepanasan sbb exco selangor taknak lepas jawatan. Ujong2 gado sama sendiri. Cash lah lobai2 walaun @wajevo @sabbath_shalom @namirulmukminin
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2017 11:49 AM | Show all posts
hmmmmmmmm..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2017 11:54 AM | Show all posts
teruskan kerja sampai PRU.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2017 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 9-5-2017 11:47 AM
Kahkahkah...!! Lobai2 dah kepanasan sbb exco selangor taknak lepas jawatan. Ujong2 gado sama sendiri ...


Kau tuduh aku lobai walaun pulak tu ye dodol,  takpe....  
Lobai pandap dah menggelupor nak merasa dilantik exco sebelum pru kot.
Suka hati lobai pis lah nak lepas jawatan atau teruskan.  Kan dulu masuk pru sama2, kempen sama2. Siap pemimpin Dap pun diostadkan dan disetazahkan lah. Kita dah menang katanya.
Masing-masing kebulo jawatan kan,  ada jawatan ada gaji. Kalau idak kang kena jadi red bin army ajelah macam dodol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2017 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
sayang_mulut replied at 9-5-2017 11:46 AM
dah la... PAS yang Selangor patut buat parti baru dan bergabung dengan AMANAH, DAP dan PKR.. just fo ...

kalau mcm tu pas selangor elok join Amanah...taklah pengundi serabut
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2017 12:23 PM | Show all posts
kecimpret replied at 9-5-2017 11:00 AM
presiden nak putus dgn pkr

naib presiden nak terus sama dgn pkr

bak kata mcm lagu kembara..


semua ini duittttt....
bikin org beliiittttt....




Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2017 12:31 PM | Show all posts
alesandra replied at 9-5-2017 12:23 PM
bak kata mcm lagu kembara..

lobai pun pening skg..nak amik tindakan ke tak kat dorang ni



Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2017 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
scorpionkiki replied at 9-5-2017 12:18 PM
kalau mcm tu pas selangor elok join Amanah...taklah pengundi serabut

Apasal lobai pis kena kongsi jawatan dengan lobai pandap pulak? Lobai pandap pun taknak kongsi kan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.876225 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list