CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7660|Reply: 30

10 Bandar Paling Berbahaya Di Dunia

  [Copy link]
Post time 10-5-2017 01:13 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by spiderman80 at 11-5-2017 11:20 PM

1. San Pedro Sula, Honduras



San Pedro Sula terletak di bahagian utara Honduran dan merupakan bandar yang paling ganas serta berbahaya di dunia. Bandar yang dikenali sebagai ‘pembunuh ibu kota dunia’ ini telah menjadi bandar paling ganas dipercayai berpunca daripada aktiviti perdagangan dadah serta kumpulan-kumpulan kongsi gelap yang berjuang demi kuasa. Selain itu, gejala rasuah turut memainkan peranan utama dalam negara ini. Ramai penduduk telah melarikan diri dari bandar ini berikutan daripada faktor kemiskinan yang membelenggu masyarakat setempat.

2. Rio de Janeiro, Brazil



Walaupun Brazil gah dengan penganjuran sukan Olimpik Rio 2016, namun bandar ini sebenarnya merupakan antara lokasi yang bermasalah. Rio dipengaruhi oleh keganasan malah turut mengundang bahaya kepada para pelancong. Untuk kekal selamat di sini, orang ramai dinasihatkan untuk tidak mengambil sebarang ubat-ubatan atau dadah yang dijual serta sentiasa elakkan untuk berada di bawah pengaruh dadah. Selain itu, orang ramai turut dinasihatkan untuk tidak mempamerkan alatan mereka seperti telefon pintar dan tablet.

3. Cape Town, South Africa



Cape Town merupakan kota kedua terpadat di Afrika Selatan. Selain daripada serangan jerung, kegiatan jenayah juga merupakan antara masalah terbesar di Cape Town. Pergaduhan dan pertempuran sesama kumpulan merupakan penyebab utama Cape Town menjadi bandar paling merbahaya di Afrika. Namun begitu, walaupun Cape Town mempunyai beberapa bahagian yang menakutkan, lokasi pelancongan di sini kebiasaannya terhindar daripada sebarang jenayah.

4. San Salvador, El Salvador



EL Salvador terkenal dengan jolokan merbahaya berikutan mempunyai beberapa kumpulan ganas dan ditakuti seluruh dunia seperti MS-13. Disebabkan oleh masalah kumpulan pengganas ini, ramai pihak telah melarikan diri ke utara untuk mencari perlindungan di samping menggelakkan diri daripada masalah kemiskinan di negara berkenaan.



5. Kabul, Afghanistan



Kabul , Afghanistan merupakan antara lokasi yang bukannya menjadi tumpuan pelancong di seluruh dunia. Bandar dan negara ini turut dikaitkan dengan serangan 11 September sehingga menyebabkan kuasa-kuasa seperti Taliban dan Amerika Syarikat telah menduduki kawasan luar bandar tersebut. Selain itu, dengan kewujudan ISIS, ia telah menimbulkan lagi ketegangan di Iran dan Afghanistan.

6. Baghdad, Iraq



Baghdad adalah ibu negara Iraq dan mempunyai populasi dianggarkan seramai 7,000,000 orang. Selain itu, ia merupakan bandar raya terbesar di Iraq. Seperti Kabul , Baghdad masih di ambang perang, dan ia dianggap tidak selamat untuk pelancong.

7. Caracas, Venezuela



Caracas merupakan bandar yang mempunyai banyak kumpulan terlibat dengan aktiviti keganasan. Difahamkan, seramai 24,000 orang telah dibunuh di Venezuela pada tahun 2014. Bandar ini adalah di bawah aktiviti harian kartel dadah dan samun bersenjata. Rakyat dan pengunjung perlu sentiasa berwaspada tidak kira yang kawasan yang mereka lawati. Jika anda mahu untuk melawat Caracas, pastikan anda tidak pergi ke bandar seorang diri.

8. Acapulco, Mexico



Suatu masa dahulu, Acapulco adalah merupakan lokasi tarikan pelancong yang mempunyai pemandangan pantai serta air laut yang cantik. Namun begitu, bandar berkenaan kini tidak lagi seperti dahulu apabila sering kali dilanda keganasan dan membahayakan pelancong yang datang. Tentera Mexico terpaksa dipanggil bagi membantu menenangkan keadaan sekiranya berlaku keadaan tidak diingini.

9. Guatemala City, Guatemala



Guatemala turut mempunyai banyak masalah seperti jirannya, El Salvador dan Honduras. Masalah kumpulan pengganas, pengedaran dadah dan kemiskinan merupakan punca mengapa banyak pihak melarikan diri daripada bandar ini. Walaupun ia merupakan bandar yang indah dan mempunyai sejarah tersendiri, namun jenayah dan keganasan yang sering kali berlaku di sana menyebabkan pelancong tidak berani untuk berkunjung ke sana.

10. St. Louis, USA



St. Louis adalah bandar yang paling merbahaya di Amerika. Walaupun St. Louis jauh lebih selamat daripada bandar-bandar di Amerika Tengah , ia masih berdepan dengan isu-isu yang serius. St. Louis telah berdepan dengan isu keganasan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Sebagai contoh, rusuhan di Ferguson merupakan antara keganasan yang berlaku di sana.

https://www.taikotai.tv/2017/05/ ... -digeruni-di-dunia/

Anak hekan sis @ Bedah.Cun  

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2017 01:31 AM From the mobile phone | Show all posts
pyopura.....mana soklan tolol hang?
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2017 06:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Mostly city yang aktif dengan dadah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2017 10:39 AM | Show all posts
Tahun depan meols ada convention kat Brazil... hadoii... tak yah gi lah jawab nya...
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2017 10:48 AM | Show all posts
Tempat banyak tokey dadah tinggal chief gengster segala bagai mana tak bahaya
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2017 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku ada kawan Honduras dh mcm melayu pun ada tapi hensem yg amat jauh panggang dari jate melayu la..proud to be latino katenye..mate itam kulit pun tanned..tapi smpai kesudah taknak balik homecountry agknya sbb dadah kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-5-2017 11:44 AM | Show all posts
buragazz replied at 10-5-2017 10:39 AM
Tahun depan meols ada convention kat Brazil... hadoii... tak yah gi lah jawab nya...

Ganja penah bawak traveler dari Brazil pegi Bukit Ampang tgk view malam2 n makan kat situ.
Diorang terkejut tgk Malaysian boleh chill2 sambil makan tetengah malam macam tu kat luar.
Katanya klu kat Brazil mmg xde la nak melepak kat luar kalau dah malam.
Silap2 kena rompak klu melepak macam tu


Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2017 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
... sayang Guatemala, rambutan dia antara yang terbaekk dunia


http://4.bp.blogspot.com/-AcKEnb ... /s1600/P1030287.JPG
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2017 01:44 PM | Show all posts
GegarVaganja replied at 10-5-2017 11:44 AM
Ganja penah bawak traveler dari Brazil pegi Bukit Ampang tgk view malam2 n makan kat situ.
Dioran ...

Erkkk... lagi bertambah seram...
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2017 02:14 PM | Show all posts
nk menetap di bandar2 ni kena ada pestol
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2017 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
buragazz replied at 10-5-2017 10:39 AM
Tahun depan meols ada convention kat Brazil... hadoii... tak yah gi lah jawab nya...

Bole pegi tp no night life..brazil kt ne?
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2017 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 10-5-2017 12:07 PM
... sayang Guatemala, rambutan dia antara yang terbaekk dunia



Hodohnya ko pyro
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2017 03:34 PM | Show all posts
CardiGans85 replied at 10-5-2017 02:50 PM
Bole pegi tp no night life..brazil kt ne?

Sao Paolo... Rasanya ok kot sini...
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2017 05:28 PM | Show all posts
kalau kat aussy tak boleh hibur cm kt malaysia malam2.. bandar aussy senyap sunyi je.. bagus dia org ada peraturan
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2017 05:52 PM | Show all posts
ezp11 replied at 10-5-2017 05:51 PM
Hello kawan2,

marilah lawati forum terbaru

pi jahanam dgn gambar sex lu.

bongok punya olang.


Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2017 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
kakiselit replied at 10-5-2017 01:31 AM
pyopura.....mana soklan tolol hang?

Kenapa ada nugara2 Isle yang berbahaya, padahal bunoh/rompak tu dosa besar... kalau negara kapir jadi bahaya kita paham lah sebab takde igama? Ada jawapan soklan aku, Ayun?  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2017 07:17 PM | Show all posts
ada 2 bandar di atas dalam to-do list aku.

Rio and Cape Town....

tapi bila memikirkan jauh nya..... KIV je lah dulu.....

Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2017 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 10-5-2017 03:01 PM
Hodohnya ko pyro

Bila masa pulak itu gambar aku?  
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2017 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Night life yng tk boleh keluar .. banyak travel agent buat travel ke cape town...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2017 11:18 PM | Show all posts
Alah kat sineh pun dah macam Brazil tue dah. Tengah sedap mamam roti canai kat Taman Malawati pastu kena rompak dengan penyamun
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:49 AM GMT+8 , Processed in 0.073033 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list