CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7735|Reply: 65

[Jenayah] Majlis perkahwinan kelam-kabut, PAK ANDAM 'lelaki lembut' HILANGKAN diri beberap

  [Copy link]
Post time 11-5-2017 09:07 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Kentang.Goreng at 11-5-2017 09:15 AM


Baju akad nikah disiapkan pak andam lebih besar daripada saiz sebenar

Pak andam lesap sebelum majlis
10 Mei 2017

SEREMBAN - Impian seorang ibu untuk melihat majlis perkahwinan anak bongsunya berjalan dengan meriah akhirnya berkecai, akibat perbuatan pak andam yang diupahnya.

Majlis perkahwinan Sabtu lalu menjadi kelam-kabut apabila 'lelaki lembut'  berkenaan menghilangkan diri beberapa jam sebelum majlis akad nikah berlangsung.

Malah, pakej perkahwinan berharga RM5,000 ditawarkan pak andam terbabit meliputi tiga pasang persalinan dengan solekan, pelamin serta hiasan meja pengantin hanya indah khabar dari rupa.

Kehilangan pak andam itu menyebabkan Sarifah Malek, 53, terpaksa memanggil seorang mak andam lain pada saat-saat akhir menyebabkan persiapan majlis pengantin berusia 22 tahun itu bertukar menjadi kucar-kacir.


Sarifah menunjukkan gambar pelamin ketika ditemui media, semalam

Saya hubungi dia (pak andam) banyak kali tak berjawab. Memang masa itu kami tertekan sangat.  Sudahnya, pukul 11 pagi saya ambil keputusan panggil mak andam lain dengan bayaran RM2,500 pula," katanya.

Menurutnya, pelamin yang dipasang pak andam berkenaan pada awal pagi, beberapa jam sebelum majlis akad nikah juga tidak siap.

“Sudahlah pelamin yang dia sempat pasang sebelum itu sangat teruk. Cuma ada empat hiasan bunga tanpa kerusi.



Pelamin yang dipasang tidak siap pada hari majlis perkahwinan berlangsung

"Alasannya, kain tak cukup sebab halaman rumah saya besar. Sedangkan sebelum itu, dia yang datang ukur. Itu pun dia datang pasang jam 2.30 pagi selepas setelah 10 kali kami hubungi dia,” katanya kecewa.

Menurut Sarifah, dia mengenali pak andam itu daripada anak sulungnya, Mira, 34, yang sebelum ini pernah bekerja bersama di sebuah pasar raya.

Selain itu, katanya, dia mengetahui lelaki itu mengusahakan pakej perkahwinan menerusi Facebook dan Instagram  yang turut dilengkapi dengan foto hasil solekan dan andaman yang menarik.

“Anak saya tertarik dengan pakej perkahwinan dia tawarkan, lebih-lebih lagi lelaki itu mendakwa dia kini bekerja sebagai juru mekap artis. Kononnya khidmatnya pernah digunakan untuk penggambaran sebuah drama di TV3.

“Lagipun kita dah kenal dia, taklah terfikir yang dia menipu. Selepas berbincang, saya setuju bayar deposit sebanyak RM2,500 pada 25 Mac lalu. Kemudian saya bayar lagi  RM1,000 selepas dia minta atas alasan untuk beli labuci,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Bagaimanapun, kata Sarifah, dia mula tidak berpuas hati apabila baju pengantin yang diminta tidak seperti dijanjikan, selain saiznya besar.


Baju bersanding yang dapat disiapkan.(Kanan: Baju songket yang ditempah tidak muncul sehingga majlis berlangsung.)

"Bila saya komplin, dia kata pereka fesyen terkenal yang bantu jahitkan baju itu dan janji akan buat lain seperti mana yang saya nak.

“Dia janji bila nak datang solek pada hari majlis nanti, dia nak bawa semua baju. Tapi terus hilang dan kami tak dapat hubungi dia lagi
," katanya.

Berikutan kejadian itu, Sarifah berkata, dia membuat laporan polis.

Malah, katanya, anaknya turut memuatkan kejadian itu dalam laman Facebook sehingga menjadi tular supaya orang lain tidak menjadi mangsa sama.


Contoh reka bentuk pelamin yang dijanjikan pak andam berkenaan

Bagaimanapun, katanya, dia amat berharap lelaki berkenaan tampil memberikan penjelasan, malah dia sedia menyelesaikan masalah itu secara baik dengan memulangkan semula wang deposit yang sudah dibayar.

“Ini menjadi pengalaman paling pahit saya. Dua anak saya berkahwin sebelum ini tidak pula jadi masalah macam ini. Niat asal saya hanyalah mahu membantu kerana dia kawan anak saya, tapi lain pula jadinya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh mengesahkan menerima laporan polis dibuat mangsa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2017 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Celake punye pondan, dah la sapu duit ribu2 keje xnak buat, nasib baik pengantin laki ko xbwk lari sekali
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2017 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian pengantin ... ambik gambar studio aje lah...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2017 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
kelapaparut replied at 11-5-2017 09:14 AM
Celake punye pondan, dah la sapu duit ribu2 keje xnak buat, nasib baik pengantin laki ko xbwk lari s ...

Biasaklaa pondan..  
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2017 09:23 AM | Show all posts
duit nak...kerjanya menipu je
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2017 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Syaiton nirojim sgt mak hayam sorg ni tauuu..duit ko nak:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2017 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
kesiannye..dh la hari penting..dasar pondan laknat!
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2017 09:43 AM | Show all posts
Apa nama pak andam pondan tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2017 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
hmm tak logik pelamin gitu 5k dgn baju plus mekap
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2017 09:57 AM | Show all posts
kesiannya..
mesti frust giler kan..
bertabah laaa..
mcm mana org yg suka menipu boleh hidup yer..
x rsa bersalah langsung...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2017 10:00 AM | Show all posts
Kasihan pengantin...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2017 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Murah sgt dgn pelamin, baju , mekap n meja pengantin. Lps buat  half way baru rasa tak nalik modal agaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2017 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki melayu ke pak andam tu?
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2017 10:47 AM | Show all posts
kesian     
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2017 10:52 AM | Show all posts
sian hari bahgia  jd ribut .  Janji pelamin grand skali nan hado .

Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2017 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Melayu punya business kan??? Tak sah kalau tak menipu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2017 11:00 AM | Show all posts
Edited by chinta89 at 11-5-2017 11:01 AM
“Ini menjadi pengalaman paling pahit saya. Dua anak saya berkahwin sebelum ini tidak pula jadi masalah macam ini. Niat asal saya hanyalah mahu membantu kerana dia kawan anak saya, tapi lain pula jadinya,” katanya.


bab2 mcm ni x pyh nk bantu membantu sgt. atau makcik nk jimatkan ongkos.. kte kena btl2 ambik dgn bridal yg opkos kite tahu hasil dia mcm mne, at least org yg penah bekerjasama dgn org yg kite kenal, means kite tgk dh hasil pelamin dia, hasil make up dia, dan hasil baju2 dia. setakat tgk dlm gambar, touch ape2 ntah nmpak semua lawalah lagipun entah gmbr siapa2 dia ambik then ngaku gambar hasil kerja sendiri!
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2017 11:06 AM | Show all posts
takziah....
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2017 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
I setuju je kalo kes2 gini berlaku mak n pak andam dipukul sehingga lunyai. Cathering pun sama pukul sahaja mereka separuh nazak
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2017 11:09 AM | Show all posts
i boleh rasa mcm mn,i punya wedding dl pon lebih kurang mcmnie laaa. Butik mmber akak, mmg rapat dgn family i.....baju sanding masa mekap baru siap jahit, msa tuu laa first time fitting, msa tu laa nk oter bagai....1 tahun i sudah booking . Bila msg tanya pasal baju, diam tak balas msg. Pergi butik,  ada pkerja jaaa, jawab x tahu apa2....Husband i dah marah2 dh masa tuuu, warning lepas nie jgn rekemen dekat sapa2...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.071423 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list