CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7888|Reply: 6

Khasiat Air Rebusan Serai Dan Halia, Sangat Berkesan!

[Copy link]
Post time 11-5-2017 12:05 PM | Show all posts |Read mode
Mencegah lebih baik daripada mengubati. Tak gitu? Ramai yang tahu pepatah tu tapi tak beramal. Sebenarnya bukan susah pun nak buat. Cuma nak istiqamah tu yang payah kan. Hari ni abang nak kongsikan kepada anda khasiat air rebusan serai dan halia ni.

1. Mengatasi masalah perut
Teh serai mampu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, perut berangin, kejang usus dan cirit birit. Serai membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan.

2. Melegakan senggugut
Untuk wanita yang mempunyai masalah senggugut. Cuba amalkan meminum teh serai setiap pagi ketika datang bulan, bukan sahaja senguggut, malah rasa mual juga akan tutut hilang.

3. Agen pencegah kanser
Setiap 100 gram serai mengandungi anti oksidan pencegah kanser. Elemen semulajadi yang terdapat dalam serai dipercayai boleh mematikan sel kanser aktif tanpa merosakkan sel sihat.

4. Menurunkan tekanan darah
Serai juga banyak dimanfaatkan untuk mengurangkan tekanan darah serta merangsang peredaran darah. Dengan mengambil minuman yang mengandung serai setiap hari, ia sangat membantu dalam menurunkan hipertensi.

5. Buat yang over STRESS tuu…. boleh lah minum. Mudah-mudahan dapat mengurangkan stress.

6. Sebagai diuretik
Serai juga diketahui berkhasit sebagai diuretik, meredakan kejang-kejang otot dan anti-rematik. Salah satu cara memanfaatkan serai adalah dengan cara merebusnya untuk mengatasi gejala batuk. Sebanyak 5 gram akar serai dicuci, direbus dengan 1 gelas air selama 15 minit. Lalu air rebusan serai tersebut diminum. Bolehlah diamalkan dua kali sehari.

7. Detoksifikasi
Jika anda ingin tahu, serai mempunyai elemen yang bertindak sebagai detoksifikasi. Serai dapat membantu anda melancarkan pembuangan air kecil sekaligus membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang.

8. Meningkatkan kadar metabolisme
Halia juga dapat meningkatkan metabolisme dan membakar kalori kerana sel tubuh harus mengeluarkan tenaga ekstra hingga 20 peratus untuk mengolahnya. Khasiat lain halia ialah meningkatkan suhu tubuh hingga merangsang mekanisme pembakaran lemak dalam tubuh.

Cara penyediannya:

3batang serai - di ketuk

3 inci halia - di ketuk

Air dalam 1litter

a)  Masukkan  kesemuanya dalam periuk, masak atas dapur api sederhana.
      Perlahankan api, masak dalam 1jam hingga air bertukar colour ala-ala tea-o

b)  Sejukkan dan sedia diminum. Sejuk pun sedap! Simpan dalam peti sejuk.

Minum setiap pagi atau malam



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2017 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
gud info.thanks
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2017 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Info yg menarik..bole try ni..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2017 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Interesting
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2017 02:14 AM | Show all posts
banyak dah petua sana sini keluar... pernah try air halia + madu + lemon... amik kau... cerry berry... so jgn mudah percaya sgt petua yg berlambak keluar kt internet ni.... petua sembuhkan goput lah... sakit jantung lah... last2 kena buasir...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Thanks for the sharing
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-7-2017 03:42 PM | Show all posts
NAK CUBA LA UNTUK KEKALKAN BERAT BADAN
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 06:00 AM GMT+8 , Processed in 0.075570 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list