Edited by spiderman80 at 12-5-2017 10:46 PM
Logo Umno terpampang di bangunan DBKL
Logo Umno dikesan terpampang di bangunan ibu pejabat Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) setinggi 34 tingkat di ibu negara hari ini. Hari ini Umno menyambut ulang tahun ke-71 parti itu, setelah ditubuhkan secara rasmi pada 11 Mei 1946 di Johor Bahru. Berdasarkan rakaman video orang awam yang dikongsi bersama Malaysiakini, logo itu dipamer melalui pancaran laser, bersama gambar bendera Malaysia dan imej mirip logo rasmi sambutan itu. Ia dirakam daripada atas kereta api LRT pada awal pagi tadi, ketika langit masih belum cerah. Seorang wakil rakyat pembangkang Lim Lip Eng menyatakan tidak puas hati dengan langkah itu. Katanya, majoriti warga kota telah memilih pembangkang di sembilan daripada 11 kerusi parlimen dalam pilihan raya umum lalu di Kuala Lumpur. “Mereka tidak membenarkan lambang Umno dipamerkan di Menara DBKL. Kos siapa yang digunakan?
“Saya minta pameran itu diturunkan dengan segera,” katanya.
|