Edited by rashiman at 13-5-2017 07:03 PM
Pada PRU lalu, daripada 56 kerusi Dun di Selangor, DAP menang 15 kerusi; Pas (15) dan PKR (14) sehingga berjaya membentuk kerajaan yang pada masa itu dikenali sebagai Pakatan Rakyat. Manakala BN pula memperoleh 12 kerusi.
Setelah berlaku pergolakan politik sepanjang empat tahun lalu, pembahagian kerusi antara parti-parti pembangkang turut berubah dengan DAP kekal 14 kerusi; Pas (13), PKR (13), Amanah (2) dan Bebas (2). BN kekal 12 kerusi.
Dan jika berlaku lagi sekali pergolakan politik contoh dua Adun PKR lompat menjadi bebas, Pas (13), BN (12) dan Bebas ( 4 ) bersamaan 29 Adun sudah boleh membentuk kerajaan dengan majority mudah dengan DAP (14), PKR (11), Amanah (2) iaitu 27 Adun menjadi Pembangkang pulak atau Adun dibubarkan jika MB azmin tidak mahu melepaskan jawatan itupun bergantung atas Perkenan Sultan. Wallahualam. Apa-apa pun tak mustahil boleh berlaku.
|