CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5639|Reply: 17

CERPEN PENDEK: Nama

  [Copy link]
Post time 14-5-2017 05:20 PM | Show all posts |Read mode
Edited by lesprincesse at 14-5-2017 05:22 PM

Berlarian anak kecil itu kearah ibunya membuka bicara.

'mama! mama! tahu tak... tadikan baby ada new friend yang baru masuk class baby.. muka dia kan.. macam mat salleh'

'iya? did you say hello to her?' balas ibunya

'Mestilah... and then kan mama, you know what... nama dia pun sama macam baby...Teacher cakap baby sekarang ada kembar'  petah mulut itu memnyambung cerita

'Iye la tu... ' balas ibu acuh tidak acuh. Masakan tidak, sedang sibuk menggoreng ikan, menyiapkan air untuk jauadah anak tersayang

'Tapi kan nama dia Nur kat belakang bukan kat depan macam baby. Spelling pun sama.... S.Y.A.L.I.F.F.A'

Ibu yang tadinya bergerak pantas terus tergamam. Hampir terjatuh cawan yang sedang dipegang. Tak mungkin. Cetus hatinya.

Malam itu berseorang setelah menidurkan anak tunggalnya itu ibu termenung lama

Takkan lah... mungkin that is just a coincidence. But then, it is too much of a coincidence...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-5-2017 05:24 PM | Show all posts
**** 7 tahun sebelum ******

'Sayang, nanti anak first kita , we combine our names ... ok tak... Syaliza + Aliff... so jadi Syaliffa... what do you think'

Syaliza tersenyum. 'Nice.. but i think kalau taruk Nur kat depan lagi sweet kot. Nur Syaliffa. '

Aliff buat muka. Mencebik.

'Nur Syaliffa? ala... tu common sangat. I think 'Syaliffa Nur' is better.

'Mana ada orang taruk Nur kat belakang .. selalu org taruk kat depan la...' Syaliza juga tidak mahu mengalah

I dont want to be everybody, I want to be me. Syaliffa Nur. Muktamad. U kena ikut i, sebab Kuasa veto di tangan suami' Aliff tertawa kemenangan

Indahnya saat itu, sebelum segalanya punah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2017 05:31 PM | Show all posts

'Daddy..  What is a kembar..?'  

Belum tidur lagi rupanya budak ini getus Aliff di dalam hati.

Sambil berpaling ke arah anaknya, Aliff menompang dagu,  sabar menerangkan perkataan yang ditanya oleh anaknya itu. Dia tahu, anaknya itu masih perlu belajar banyak.

'Kembar means twins. It means there are two of the same kind'

'oh i know i know... like the twin towers?  teriak si kecil berambut perang itu

Aliff tersenyum. 'Yes baby, like the twin towers. Did you learn about it today?'

'Naahh.... teacher called me and the other girl 'kembar' because we have the same name. She's my new bestie!'

'wow.. thats good..' Aliff lega, sekurang2nya anaknya itu sudah pandai bergaul, walaupun Bahasa Malaysianya masih berterabur

'You know daddy, because her name is the same as me, I can also spell her name. Its N.U.R. S.Y.A.L.I.F.F.A!'

Aliff terdiam. Apakah?

Pagi itu, ketika menghantar anaknya ke sekolah dia bertanya.  'So which one is your kembar?'

Anaknya mengilas ke kiri kanan mencari teman barunya 'Daddy... She's not here yet'

'Its ok, i will wait with you until she arrives'

Aliff menunggu dengan sabar. Dalam sibuk dia membalas email di blackberry, anaknya melompat kegirangan... 'she's here !!'

Aliff melihat hampa. 'Kembar' anaknya itu dihantar oleh sebuah van sekolah.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2017 05:34 PM | Show all posts
First try.. harap dapat komen2 dari taiko2  dan rakan2 semua
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2017 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Interesting.. Keep on writing
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2017 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Cepat la sambung....saspen
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2017 09:05 PM | Show all posts
dik cerita adik ni bagus.. kalau akak jadi moderator akak angkat adik jadi  editor.. daripada akak penulis lembut thread  chef tajuk ke laut
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2017 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Menarik...teruskan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2017 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Wahh..menarik TT..
Mohon nasihat, iolls kalau menulis mesti sekerat jalan je..
Paling malas nak buat dialog dn monolog. Kalau hanya narator je takde dialog, mcm xbest pula.
Idea mencurah curah le ladang gandum, tapi skill tu kosong.

Mohon nasehat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2017 11:00 PM | Show all posts
Victorioussss replied at 15-5-2017 01:05 AM
Wahh..menarik TT..
Mohon nasihat, iolls kalau menulis mesti sekerat jalan je..
Paling malas nak bu ...

saya pun tak pandai... ini baru first time nak post.

tulis2 cerita ni ada laa jugak kadang2 boring and bila tetiba terasa nak tulis cerita. selalu saya start dengan apa yang terfikir kat kepala je.. bahasa pun selalu tunggang langgang.. bila baca balik, baru edit sikit2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2017 11:54 PM | Show all posts
Sambungan...


Hari berganti bulan, dalam tidak sedar sudah sampai ke penghujung tahun.

Aliff yang dulunya mempunyai zero knowledge di dalam menguruskan puterinya itu kini semakin

mahir.

Jika dahulu, hampir setiap jam dia menelefon mamanya untuk bertanya itu dan ini, kini tidak lagi.

Seperti pagi ini, anaknya itu inginkan waffles untuk sarapan pagi, tidak sampai setengah jam segalanya siap.

'It's good Daddy'

Senyum lebar si ayah mendengar pujian itu, almaklum lah setelah berbulan-bulan, baru hari ini dilihat puterinya itu berselera memakan masakannya walaupun setakat plain

waffles

'Daddy..Daddy.. did you hear me?? my school is asking me to sing in a concert'

Jika tadi dia tersenyum lebar, sekarang riak muka Aliff berubah cuak.

'Really, wow...' itu sahaja yang termampu diluahkan. Reti ke budak ni nak menyanyi?? dibuatnya keluar pelat2 telor mat salleh adoi malunya aku. Aliff sudah mula

berfikir yang bukan-bukan.

'what song are you going to sing?' Mungkin gurunya menyuruh dia menyanyi Negaraku agaknya, bukankah itu kebiasaannya di keramaian? Aliff cuba untuk lebih positif

'uhmmm i dont know.. but I like the Barney song' Nafas lega ditarik panjang, sambil menepuk kepalanya. Anaknya itu kan belajar di montessori, sudah pastilah segalanya di dalam bahasa inggeris, yang dia nak kalut2, dah kenapa?

'My twin loves that song too' Sambung si kecil lagi

Hati yang baru hendak mula pulang ke rentak biasa, berpalu laju semula

'so when is your concert?'

Entah mengapa, dia jadi tidak sabar menunggu tarikh 18 October itu

----

Sesampainya di Montessari, tangannya yang memegang kemas anaknya terlucut.

Apa yang ditakuti telah terjadi. Dia tetap sama, masih tampan seperti dulu. Syaliza tunduk memegang kerusi menahan getar dihatinya.

Aliff menoleh. Dia seolah dapat merasai kehadiran Syaliza. Wangian itu masih sama. Masih tetap membuat hatinya tak keruan.

Mereka memaku pandang dari jauh. Anak mereka sudah berlarian bersama, mengerumuni guru mereka.

Aliff melangkah perlahan.

'Hi'

'Hi. What a small world'  Syaliza mengetap bibir.

'yes, small world'. Aliff couldnt have agreed more. Bertahun dia merantau, namun sejauh mana pun dia pergi mereka tetap bertembung. Seolah dijanjikan untuk mereka.

'Where is your other half?' Aliff bertanya

Syaliza tunduk. 'just me. What about your other half?'

Aliff mengangguk seolah memahami. 'we are in the same boat'

---

Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 09:45 AM | Show all posts
best.. cepat2 smbung ye tt..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2017 09:02 PM | Show all posts
Nice story.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2017 10:04 PM | Show all posts
Dua dunia berbeza, namun pengakhiran yang sama.

'Single parent'

Sungguh berat di dengar, lebih berat lagi bahu yang memikul. Lebih2 lagi dengan anak yang semakin bijak berfikir, petah berkata-kata.

Syaliza yang mengangkakan panas hingga ke petang, rupa2nya hujan di siang hari. Syaliza yang baru berkahwin lima bulan, sudah kehilangan suami di sebab kan kemalangan jalan raya. Sebak, sayu semua terasa, lebih2 lagi selepas kehilangan suami dia mengetahui yang dia berbadan dua.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2017 10:12 PM | Show all posts
Edited by lesprincesse at 27-5-2017 11:46 AM

Aliff pula, lari  membawa diri nun jauh ke Amerika.

Cuba melupakan segala kenangan dengan Syaliza, lalu menikahi si manis bermata biru, berambut perang.

Kata pepatah, Hujan emas di negara orang, hujan batu di negeri sendiri. Setelah bertahun merantau, Aliff merasakan hatinya tetap dengan tanah tumpah sendiri. ISterinya juga begitu. Tidak ingin meninggalkan tanah air sendiri, lalu terjadilah perpisahan antara mereka.

Siapa sangka, setelah bertahun tidak bersua, setelah jauh masing2 berlari , setelah bermacam onak dan duri, mereka harus bertemu semula?

Ketika sama-sama mengubat luka
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2017 04:45 PM | Show all posts
takde sambungan ke TT?
berbulan dah tergendala ni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-9-2017 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Hiks ... sorry sesamgat tgg busy
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2018 10:30 PM | Show all posts
Edited by lesprincesse at 9-2-2018 10:32 PM

3 bulan kemudian...

Kenangan sepuluh tahun dahulu kembali menerjah. Sudah satu dekad, namun peritnya masih terasa. Sakitnya masih berbisa. Gentarnya masih tetap sama.

Di dalam rumah semuanya masih sama, susun atur yang sama, langsir yang sama, yang berbeza, cuma sekarang ada gambar2 si cilik Nur Syalifa menghiasi ruang. Di kerusi inilah dia duduk dahulu, di kerusi ini jua lah dia rasa hampir mahu pitam dan kelam dahulu. Aliff menghela nafas panjang cuba bertenang.

Syaliza juga tampak gelisah. Mungkin dia juga merasai yang sama.

'Haa Iza, dah lama sampai?' tiba2 suara Cikgu Asiah memenuhi ruang. Tampak penat dan berpeluh2, walau dia cuma dari surau yang selang dua rumah.

'Baru mak. Ni, kawan Iza ada sekali, yang Iza cakap tu' Perlahan Syaliza memperkenalkan Aliff

Aliff bingkas bangun bersalaman, siap kali ini dia bawa buah tangan kuih puteri mandi kegemaran cikgu Asiah. 'Ini ada saya bawa kuih sikit makcik, Syaliza kata makcik suka kuih puteri mandi ni'

'Laaah...apa lah susah-susah..duduk-duduk.. ' Setelah bersalaman, Cikgu Asiah berpaling pada Syaliza 'tak buat air ke tetamu datang ni? budak ini... dah jadi mak budak pun masih nak bersuruh..'

Terherot2 mulut Aliff menahan senyum. Hendak ketawa, takut pula. Iyalah... siapa tidak tahu betapa garangnya cikgu Asiah ini. Cikgu disiplin tu beb.

Syaliza masuk ke dalam membawa kuih2 yang dibawa Aliff tadi dan membuat air.

Sambil membuat air terdengar suara ibunya dan Aliff berbual di luar, sekali sekala terdengar letus tawa ibunya. Hatinya yang tadi tidak keruan, merasa tenang sedikit.

'Mak... ni airnya.. Aliff.. jemputlah minum' pelawa Syaliza.

'Haa Iza, kawan kamu ni dari tadi mak cuba nak ingatkan. Mak rasa macam penah jumpa dulu. Ini kawan2 sekolah kamu ke?'

Aliff dan Syaliza sama saling berpandang. Ok, yang ini tiada dalam script. Tak sangka pula yang Cikgu Asiah hendak bertanya begitu.

'er... er...' Syaliza sudah tergagap2 hendak menjawap

'Iya makcik, saya pernah datang dulu' Alif ambil keputusan untuk berterus-terang sahaja. Lambat laun tentunya 'bakal ibu mertua'nya itu tahu juga

'haa itulah mak cik rasa macam penah nampak kamu ni. Sama sekolah ya dengan Iza? ke student saya?' Cikgu Asiah sedar yang dia kadang2 memang cepat lupa sekarang. Tapi itulah, puas dia cuba namum tetap dia tidak dapat mengingati di mana dia pernah lihat anak muda dihadapannya ini.

'Ya makcik.. saya pernah datang dulu. Saya yang datang dulu selepas kami sama2 balik dari UK' Aliff yang tadinya confident mula berasa nervous.

Cikgu Asiah diam sejenak. Kemudian perlahan dia mencuit Syaliza. 'Iza, ini ke budaknya yang rambut panjang bertocang2 dulu?'

Syaliza pandang Aliff. Aliff pandang Syaliza. Syaliza sudah mula meramas2 tangannya tanda gusar. Tidak tahu apa hendak jawab. Hendak mengiya kan, takut kisah lama berulang. Hendak menidakkan, Ampunn mati hidup balik pun tak berani berbohong dengan Cikgu Asiah

'Iya makcik, saya lah dulu tu.'

'Tapi saya bukan macam itu lagi makcik'  Cepat Aliff cuba perbaiki situasi

'haaa itulaaah makcik rasa macaaam pernah tengok kamu ni. Elok pun rupa. Tak ada lah serupa budak2 mat rempit. Kan segak rambut pendek baju kemas macam ni.'

Alif tarik nafas lega.

Sekurang-kurangnya ada improvement. Tidak lah kena reject terang-terangan seperti dulu. Dia jugasudah bersedia kali ini. Tidak mahu ambil risiko lagi. Memang dia pastikan yang bajunya bergosok rapi, rambutnya di potong kemas. Kasut pun berkilat hitam. Semasa hendak pegi interview kerja pun dia tidak titik berat penampilannya sebegini.

Di sudut hatinya, dia akui, memang salahnya juga dulu. Syaliza sudah memberi tahu yang ibunya itu cikgu disiplin. Memang garang dan memang tegas orangnya. Tapi dia degil. Iyalah. Belum pernah pula ada sesiapa menidakkan nya sebelum itu. Wajahnya juga agak tampan,  berasal dari keluarga yang baik2, bapanya seorang doktor dan ibunya pula seorang lecturer. Baru pula pulang dari UK, Lepasan University with honors pula. Tentunya mana2 orang tua dengan senang hati menerimanya. Apalah sangat rambut panjang paras bahu itu, sangkanya. Maklumlah di UK tu hampir semua students berambut panjang. Memang trend,kan.

Namun tidak bagi ibu Syaliza.

Terus Cikgu Asiah tidak lansung mahu menerima. Walau puas dia dan Syaliza merayu. Rambut yang panjang juga sudah  dipotong pendek crew cut persis askar namun nasi sudah menjadi bubur.

Dalam pada yang sama rupa2nya Ibu Syaliza sudah ada pilihan sendiri untuk Syaliza.

Tidak semena2 fikiran Syaliza mengimbau peristiwa itu.

'Mak... Iza tak mahu lah mak anak Cikgu Misnah tu, Iza dah ada kawan'

'Kan mak tanya kamu hari tu, masa kamu telefon masa raya tahun lepas dari UK. Kamu cakap, kamu takde kawan' Sergah ibunya pula

Iza bungkam. Dia masih ingat perbualan dengan ibunya itu. Memang ibunya bertanya. Tapi dia tidak sangka pula yang ibunya itu bertanya bersebab. Sangkanya Ibunya cuma ingin tahu samada dia tekun belajar atau tidak. Iyalah, siapa berani nak mengaku sedang bercinta sambil belajar dengan Cikgu Asiah. Nak kena pelangkung jawabnya. Kini, dia yang tersepit.

Ibunya pula sangka memang dia tiada teman, sudah bersetuju hendak menjodohkan dia dengan Rosli anak teman lamanya Cikgu Misnah.

Lebih memburukkan keadaan, terang2 Cikgu Asiah tidak berkenan dengan penampilan Aliff yang agak kurang matang di matanya. Di bandingkan si Rosli yang sudah bekerja tetap dan begitu pandai menghormati orang tua, memang Aliff kalah berbatu-batu.

Walau menangis air mata darah, keputusan Cikgu Asiah tetap sama.

Syaliza, walau kecewa terpaksa akur dengan pilihan ibunya.

Alif, sayangnya pada Syaliza yang tiada bertepi, merasa tiada erti hidup di bumi Malaysia terus membawa diri.  


'Ni.. kamu ni bersungguh ke hendakkan si Iza ni?' Tanya Cikgu Asiah, membawa Aliff dan Syaliza kembali ke ruang tamu Cikgu Asiah

'Iya makcik' Angguk Aliff laju

'Kamu tahu kan, dia ni bukan anak dara lagi, sudah ada anak seorang, kamu masih mahu ke?' Tanya cikgu Asiah. Memang cikgu Asiah ini orangnya berterus terang, tiada korner2 bila bercakap.

'Iya makcik, saya masih sayang dia macam dulu juga, saya pun, sudah ada anak juga'

'hah? apa maksud kamu? nak jadikan Liza numbor dua ke?' suara Cikgu Asiah sudah naik satu oktaf

'eh takkk takkk, saya ni bapa tunggal, kami sudah tidak sehaluan lagi' Cepat2 Alif menerangkan situasinya

Cikgu Asiah yang tadinya kelihatan agak mesra, kini tampak apprensive semula. 'Inilah budak2 sekarang, senang2 hendak bercerai'

Alif menelan air liur. Terasa kena setepek di muka namun Aliff mengambil langkah untuk berterus terang akan kekhilafannya

'Saya tahu saya tak sempurna, memang salah saya terburu2 berkahwin dengan bekas isteri saya dulu. Saya ingat saya mampu bimbing dia, tapi rupanya agak sukar. Bekas isteri tu orang Amerika, dia tidak mahu ikut cara kita orang Islam sepenuhnya, tidak mahu ikut saya balik kesini, mahu hidup cara dia juga. Saya gagal membimbing dia, sebaiknya lah kami bawa haluan masing2. Apa yang penting buat saya masa itu, cuma masa depan anak saya. Saya tidak mahu anak saya terpesong akidah. Jadi saya fikir berpisah lah jalan paling baik buat kami.' terang Aliff perlahan. Di dalam hati terasa jua sedih lebih-lebih lagi bila terkenangkan si anak yang seolah tiada ibu.

Lama Cikgu Asiah memandang ke arah Aliff bagai ingin menebak apa di dalam isi hatinya.

'Yalah, kalau begitu kata kamu' Dicuitnya pula Syaliza semula

'Kamu pulak, memang dah fikir panjang ke Iza? Mak tak mahu cucu mak tu dibiarkan pulak nanti' Cikgu Asiah memang amat sayang cucu nya nan seorang itu.

'Makcik, hal itu jangan lah risau, saya sedia bertanggung jawab tentang Syaliza dan Nur Syalifa. Sekarang pun memang saya dah anggap seolah anak saya juga. Anak saya sebaya. Begitulah kami jumpa semua, di sekolah anak2. Rupa-rupanya budak2 tu BFF kat sekolah itu' Aliff senyum mengingatkan momen mereka berjumpa

'BFF? apa bendanya tu?' berkerut dahi Cikgu Asiah.

'Tapi iyalah. Kuat jodoh kamu berdua ni. Mak takde halaangan. Dulu tu pun bukan mak benci kamu, cuma itulah kalau elok rupa macam ni takde lah mak susah hati dulu' leter Cikgu Asiah

Aliff perasan yang Cikgu Asiah sudah bertukar ganti nama 'Mak' Hatinya sudah bersorak Yabedabeduuuuuu

'Tak pe makcik' Dalam hati mesti jaga budi bahasa kan. Belum berani panggil mak.

'Sudah ada anak sendiri ni, baru saya faham perasaan makcik. Kalau budak2 tu bawak balik boyfriend rambut panjang macam saya dulu tu, agak nya saya pun keluar senapang pistol segala' seloroh Aliff. Masa ni lah nak ambil extra point kan.

'hmmm elok lah tu. Ni bila nak menikahnya, mak ayah kamu dah tahu  ke? ' Selepas itu memang panjang lah soal jawab Cikgu Asiah dan terus lah mereka berbincang hal pernikahan.

Aliff dan Syaliza sudah berbincang sebelum itu sebenarnya, tidak mahu buat besar-besaran. Cukup lah sekadar bernikah di masjid dan kenduri kecil sebagai tanda kesyukuran.
---------------
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

21-4-2024 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.169588 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list