CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1689|Reply: 1

"Alea iacta est" - Julius Caesar

[Copy link]
Post time 15-5-2017 03:12 PM | Show all posts |Read mode
"Alea iacta est" - Julius Caesar

Nukilan Robotech



Semuanya bermula apabila Julius Caesar menyeberangi Sungai Rubicon dengan bala tenteranya pada tahun 49 SM. Dengan berkata, " Alea iacta est / The die is cast / Alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan." Julius Caesar dengan sengaja melanggar peraturan Republik Rom yang melarang mana2 jeneral Rom memasuki Itali bermula di Sungai Rubicon dengan pasukan tentera mereka.

Tradisi pantang larang itu bertujuan memastikan para jeneral hanya boleh masuk ke Itali wilayah kekuasaan Rom dengan membubarkan pasukan tentera mereka di luar Itali bagi mengelakkan jeneral gila kuasa melakukan rampasan kuasa.

Tindakan Julius Caesar yang menyeberangi Sungai Rubicon dengan bala tenteranya mencetuskan peperangan saudara Rom selama 5 tahun dimana puak Populares yang dipimpin Caesar - Marc Anthony - Octavius vs puak Optimates dipimpin Pompey - Scipio - Varus. Kekalahan perang saudara blok Optimates pada 45 SM, akhirnya membawa bibit2 kebencian blok Optimates diwakili para senator Optimates membalas dendam kepada pembunuhan Julius Caesar pada tahun 44 SM.

Apakah natijah kesan pembunuhan Caesar? Ya, rakan2 karib Caesar seperti Brutus juga mengambil keputusan membunuh Caesar kerana ingin mempertahankan demokrasi Republik Rom. Ini kerana Caesar adalah jeneral supremo Rom yang berjaya menguasai minda rakyat dan tentera sehinggakan dia sendiri sudah jadi ibarat seorang bakal diktator yang takkan tunduk pada senat Rom. Yang ironisnya, kematian Caesar membawa pada peperangan saudara yang berakhir dengan kemenangan sekutu Caesar, diikuti pula pengkhianatan demi pengkhianatan antara sekutu Caesar itu sendiri (Augustus Octavian Caesar vs Marc Anthony) dan berakhir dengan penaklukan Mesir dijajah Rom dan tamatnya dinasti Firaun Ptolemy Mesir. Setelah itu demokrasi Republik Rom berakhir dengan Augustus Caesar dilantik sebagai Maharaja Empayar Rom yang pertama dan memperkenalkan pemerintahan beraja monarki di Rom.

Legasi Julius Caesar pula amat besar pada Rom. Ini kerana impian Julius Caesar untuk menjadi diktator berkuasa mutlak telah punah, tapi direalisasikan oleh Augustus Caesar yang memanipulasi sentimen rakyat pro-Caesar dengan menabalkan dirinya sebagai Maharaja Rom berkuasa mutlak (setelah menakluk Mesir dan menamatkan riwayat sahabatnya Marc Anthony). Nama Caesar diabadikan kekal sebagai gelaran pada Maharaja Rom sehinggalah berakhirnya Empayar Rom Baizentin di tangan Khilafah Uthmaniyyah pada 1453.

Gelaran Caesar masih digunapakai oleh Empayar Rum Baizentin Timur selepas kejatuhan Empayar Rum Barat. Tapi pada era 1000an Masihi -1400an Masihi, gelaran Caesar "diturunkan" kepada waris Maharaja Rum Baizentin (setaraf Raja Muda). Malah pada era itu turutan adalah seperti berikut, Augustus / Autokrator (Maharaja) diikuti Caesar (Raja Muda), Sebastokratōr, Despotēs, dan Mégas Doméstikos. Terma Caesar pula diwarisi Maharaja Russia Kristian Ortodoks dengan gelaran "Tsar / Czar".

Gelaran Caesar turut diwarisi secara simbolik oleh Sultan Muhammad Al-Fatih setelah baginda dan tentera bani Uthmaniyyah menakluki Constantinople pada 1453 dengan gelaran "قیصر روم‎ " - Kayser-i Rûm dalam bahasa Turki. Malah pimpinan tertinggi Gereja Kristian Ortodoks Timur iaitu Patriach Gennadios II bagi Gereja Ekunumikal Constantinople mengiktiraf Sultan Muhammad Al-Fateh sebagai pemilik gelaran Caesar yang sah. Menurut sarjana Baizentin iaitu George Trebizond menulis mengenai warisan gelaran Caesar kepada Sultan Muhammad Al-Fatih seperti berikut, " Kekuasaan Empayar Rom ialah Constantinople ... dan baginda yang sekarang dan kekal sebagai Maharaja Rom juga adalah Maharaja bagi seluruh dunia."
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2017 06:13 AM | Show all posts
Itu laa. Galak sangat nak jadi diktator. Kan dah kena bunuh secara berjemaah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.072192 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list