CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1759|Reply: 12

Ilmu itu Dengan Belajar

[Copy link]
Post time 16-5-2017 05:45 PM | Show all posts |Read mode
IRSYAD AL-HADITH



IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-191: ILMU ITU DENGAN BELAJAR
Ditulis oleh Muhammad Mushfique Bin Ahmad Ayoup @ Ayub
Diterbitkan: 16 Mei 2017
sumber :http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith/1591-irsyad-al-hadith-siri-ke-191-ilmu-itu-dengan-belajar





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-5-2017 05:45 PM | Show all posts
Soalan: Apakah sahih hadith ini “Sesungguhnya ilmu itu dengan mempelajarinya?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2017 05:46 PM | Show all posts
Jawapan :

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.



Berdasarkan soalan di atas, hadith di atas amat masyhur dan sering kita mendengarnya ia diungkapkan oleh para ustaz atau penceramah. Untuk itu, di sini kami sertakan matan hadith yang dimaksudkan:



Daripada Abi Darda’ RA, bahawa Nabi SAW bersabda:


إِنَّمَا الْعِلْمُ بِالتَّعَلُّمِ

Maksudnya: “Adapun sesungguhnya ilmu itu dengan mempelajarinya”. [Riwayat al-Thabarani (2663) di dalam Mu’jam al-Awsath]



Selain itu, hadith seperti ini juga diriwayatkan oleh sahabat yang lain. Berikut adalah beberapa hukum terhadap hadith yang diriwayatkan oleh Abi Darda’ RA:



Imam al-Iraqi mengatakan bahawa hadith riwayat Abu Darda’ sanadnya adalah dhaif ketika mengtakhrijkan kitab Ihya’. [Lihat: al-Mughni, 850/2]
Imam al-Suyuthi menghukum hadith ini sebagai dhaif. [Jami’ al-Saghir, 221/1]
Imam Ibn al-Jauzi menilai hadith ini tidak sahih. [Lihat: al-‘Ilal, 223/2]
Imam al-Ajlouni mengatakan sanadnya terdapat Muhammad bin al-Hasan seorang kazzab (pendusta) tetapi Imam al-Baihaqi meriwayatkan di dalam al-Madkhal daripada Abu Darda’ secara mawquf. [Lihat: Kasyf al-Khafa’, 215/1]




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2017 05:47 PM | Show all posts
Walaupun hadith riwayat Abu Darda’ ini dhaif tetapi di sana terdapat syahid atau syawahid bagi hadith ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muawiyah bin Abi Sufiyan. Beliau telah mendengar Nabi SAW bersabda:



يَا أَيُّهَا النَّاسُ إنَّمَا الْعِلْمُ بِالتَّعَلُّمَ وَالْفِقْه بِالتَّفَقُّهِ

Maksudnya: “Wahai sekalian manusia, adapun sesungguhnya ilmu itu dengan mempelajarinya dan fiqh itu dengan memahaminya”. [Riwayat al-Thabarani (929) di dalam Mu’jam al-Kabir]



Hadith riwayat Muawiyah ini sanadnya adalah hasan berdasarkan Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani. [Lihat: Fath al-Bari, 161/1] Tambahan pula, Imam al-Haithami mengatakan bahawa riwayat Muawiyah ini terdapat padanya perawi yang tidak dinamakan. Akan tetapi, ‘Utbah bin Abi Hakim telah dihukum thiqah (dipercayai) oleh Abu Hatim, Abu Zur’ah dan Ibn Hibban. Tambahan pula, ‘Utbah ini dihukum dhaif oleh jemaah daripada ulama’. [Lihat: Majma’ al-Zawaid, 128/1]



Setelah melihat sebahagian perbahasan para ulama’ di atas, kami cenderung untuk mengatakan bahawa hadith di atas adalah sahih dengan syawahidnya iaitu dengan sokongan hadith daripada Muawiyah bin Abi Sufiyan.



Penutup

Kesimpulannya, terdapat lagi beberapa hadith-hadith sahih yang menceritakan akan kelebihan menuntut ilmu. Tambahan pula, kita perlulah sentiasa membetulkan niat kita dalam setiap perkara yang kita lakukan terutamanya dalam menuntut ilmu dan kita juga perlulah beramal dengan ilmu yang kita telah pelajari kerana ilmu yang bermanfaat merupakan amalan yang tidak akan terputus walaupun diri seseorang itu telah meninggal dunia. Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita ilmu-ilmu yang bermanfaat dan memberi kita kefahaman dalam agama ini agar kita dapat sampaikannya kepada orang lain. Amin.



Wallahua’lam
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2017 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
'Sesungguhnya ILMU itu dengan mempelajarinya'

HANYA lima patah perkataan.....
Adakah sangat penting untuk mengetahui samada ayat ini keluar dari lidah NABI MUHAMMAD S.A.W ataupun tidak? YA atau TIDAK ......MENGAPA?
Dapatkah sesuatu ILMU itu dimiliki atau digunakan tanpa dipelajari?
Apakah ILMU yang tidak perlu kepada pembelajaran/pengajian? Apakah yang dikatakan ILMU sebenarnya?
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2017 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari seawal hidup bayi.....diri telah melalui proses pembelajaran....seawal hidup di dalam perut ibu,lahir ke dunia,remaja,dewasa akhirnya tua....masih di dalam proses pembelajaran.....hatta ketika diri TIDUR sekalipun masih juga di dalam proses pembelajaran....kerana itu mengajilah sehingga dapat TIDUR yang SEDAR.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2017 11:52 PM | Show all posts
Salam TT

Ilmu dan ta'lim tu  bg saya
Umpama beri dan terima.
Jika diberi tahu, adakah kita terima?
Or boleh hadam atau tidak.
Banyak juga ilmu yg cendung kpd kejahilan.
Sama ada, dek penerima ilmu yg dungu
Atau pemberi ilmu yg dah sampai arasy tuhan dia lah.

Bab hadis, masih boleh dipanjangkan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2017 04:11 AM | Show all posts
kucing_2016 replied at 16-5-2017 10:53 PM
'Sesungguhnya ILMU itu dengan mempelajarinya'

HANYA lima patah perkataan.....

Bismillah walhamdulillah. Assalaamu'alaikum. Apa kabar saudara? Semoga Alloh memberikan kita kefahaman dalam agama serta petunjuk agar dapat kita mengamalkan apa yang Dia cinta dan redho.

Maaf saudara, saya mencelah, cuma nak share yang memang penting untuk kita tahu sama ada sesuatu hadits itu benar atau tidak ia disandarkan kepada nabi muhammad shollallohu 'alaihi wa sallam. Sebab dalam sebuah hadits yang shohih iaitu hadits yang telah disahkan (dengan penilaian dari ilmu hadits) bahawa ianya adalah perkataan nabi sendiri iaitu (maksudnya):

"Barangsiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka dia akan mendapatkan tempat duduknya di api neraka."

Untuk info, hadits ni mencapai darjat mutawatir, iaitu ianya diriwayatkan dari sahabat nabi yang ramai jumlahnya dengan lafaz dan makna yang sama.

Kita memohon perlindungan kepada Alloh dari dimasukkan ke dalam api neraka.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2017 04:15 AM | Show all posts
Dari satu segi pula, ianya sangat penting sebab ini merupakan wahyu yang dibina atasnya syariat agama Islam. Tak boleh kita kaut semua yang ada, sebab konsep hadits dari nabi itu, ia harus dibuktikan sama ada ia benar datang dari nabi atau direka-reka kerana memang ada orang yang cipta hadits palsu yang mereka sandarkan pada nabi.

That is why ada amalan yang pelik-pelik datang dari sekelompok manusia sedangkan nabi tak buat pun, sampai tahap berdzikir sambil menari. Ini kesesatan yang nyata, wallohul musta'aan.

Kelompok-kelompok ini juga selalunya berhujah dengan mimpi-mimpi yang mereka dapat, sedangkan wahyu tu dah terputus sejak kewafatan nabi dan agama ni dah pun sempurna. Dakwaan sebegitu rupa seolah-olah mereka dapat wahyu lagi dan adakah mereka nak kata yang tugas nabi muhammad shollallohu 'alaihi wa sallam sebagai penutup para nabi dan rosul masih belum selesai?  Ini tak lain datangnya dari tipu daya syaitan.

On the other hand, ilmu itu memang diperolehi dengan belajar, sebab kita semua pada asalnya jahil, tak tau apa-apa. Al-bukhori sendiri dalam kitab shohihnya buat 'bab al-ilmu qobla al-qoul wa al-amal', "Bab: Ilmu sebelum ucapan dan perbuatan."

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2017 04:39 AM | Show all posts
Untuk tidak off topic, saya share juga bagaimana ilmu hadits dimanfaatkan oleh ahlinya yang mana sudah tentu perlu kepada proses belajar agar dapat mencerahkan apa yang samar. Moga kita sama-sama beroleh manfaat wallohu a'lam.

Tumpang ye mod, sebab kebetulan saya pernah terbaca juga tentang hadits ni, dan ada ulasan dari ahlinya sebagai faedah tambahan. Just saya nak share sebab apa yang saya boldkan bawah tu seakan sama dengan apa yang penulis dari jabatan mufti ni nukilkan wallohu a'alam.

إنما العلم بالتعلم و الحلم بالتحلم و من يتحر الخير يعطه و من يتوق الشر يوقه



Hadits no. 342 : Sesungguhnya ilmu pengetahuan hanyalah melalui proses belajar, dan 'al-hilm' (sabar dari kemarahan) diperoleh dengan 'tahallum' (berusaha menahan sabar untuk tidak membalas keburukan dengan keburukan). Dan barangsiapa berusaha mencari kebaikan, maka dia akan memperolehnya.  dan barangsiapa berusaha melindungi diri (menjauhi) dari kejahatan, dia akan dijauhkan darinya.

Hadits ini di-takhrij oleh al-khothib (al-baghdadi) dalam Tarikh-nya (9/127):

Telah bercerita kepada kami ali bin ahmad ar-razzaz; telah bercerita kepada kami abdush-shomad bin ali ath-thusti; telah bercerita kepada kami ahmad bin bisyr bin sa'ad bin al-martasadi; telah bercerita kepada kami sa'ad bin zanbur; telah bercerita kepada kami ismail bin mujalid; dari abdul malik bin umair dari rojaa' bin haywah dari abi huroiroh secara marfu'.

Hadits ini hasan dari segi sanad-nya atau hampir mendekati hasan (tidak mencapai status hadits shohih tetapi diterima).  Ali bin ahmad ar-razzaz dikatakan sebagai perowi yang shoduq (status rowi bagi hadits hasan) oleh adz-dzahabi. Biografinya ada dalam kitab karangan al-khothib (9/330-331). Al-khothib memberi ulasan; ''Kami telah menulis darinya. Perowi yang banyak mendengar (hadits) maknanya banyak pula syaikh (guru) nya. Dia meninggal pada tahun 419h."

Sedangkan biografi abdush-shomad juga telah ditulis oleh al-khothib (9/41). Dia berkata; "Dia adalah seorang rowi yang tsiqoh (dipercayai /  setingkat martabat di atas rowi shoduq). Saya mendengar al-barqani menyatakan demikian. Bahkan memuji dan mengajurkan kami untuk menulis hadits-nya."


Sedangkan mengenai ahmad bin sa'ad al-martasadi, al-khothib (4/54) mengutip dari ibnu al-kharrasi yang memujinya. Juga dari ali bin  al-munadi yang mengulas; "Dia salah seorang perowi tsiqoh, wafat pada tahun 286h." Sementara sa'ad bin zanbur ditulis juga biografinya oleh al-khothib dari ibnu ma'in yang mengatakan; " Dia seorang rowi yang tsiqoh. Saya belum pernah menyaksikan dia berdusta. Dia meninggal pada tahun 230h."

Semua perowi yang disebutkan dalam sanad tersebut adalah perowi-perowi shohih, kecuali ismail bin mujalid. Dia termasuk salah seorang perowi al-bukhori, namun masih diperbincangkan hafalannya. Dalam at-taqrib disebutkan bahawa dia seorang rowi yang shoduq, tetapi pernah membuat kesalahan.

Saya berpendapat (al-albani); Rowi seperti ini tidak dapat mencapai darjat hasan, apalagi dia tidak meriwayatkannya sendiri. Ada rowi lain yang meriwayatkan dengan sanad lain dan teks yang lengkap, seperti hadits berikut nanti insyaa Alloh. Al-hafizh al-iraqi memberi ulasan (3/153); "Hadits tersebut diriwayatkan ath-thobroni dan ad-daruquthni dengan sanad yang dho'if."

Hadits tersebut memiliki syahid lain dengan teks yang bermaksud:
"Wahai sekalian manusia, sesungguhnya ilmu itu melalui proses belajar dan fiqh itu dengan memahaminya. Dan barangsiapa yang Alloh mahukan kebaikan bagi dirinya, dia akan diberi kefahaman dalam agama. Dan sesungguhnya yang takut pada Alloh dari kalangan hamba-hamba Nya, hanyalah ulama'."

Dalam al-majma' (1/128), al-haitsami mengulas; "Ath-thobroni meriwayatkannya dalam al-kabir dari mua'wiyah secara marfu'. Dalam sanad tersebut ada seorang rowi yang tidak disebutkan namanya. Sementara 'utbah bin abi hakim dikategorikan sebagai rowi yang tsiqoh oleh abu hatim, abu zur'ah dan ibnu hibban. Namun oleh sekelompok ahli hadits, dia dikatakan dho'if."


Saya katakan (al-albani); Dalam at-taqrib disebutkan bahawa dia adalah rowi yang shoduq, tetapi banyak melakukan kesalahan. Al-manawi menyatakan; "Hadits tersebut juga diriwayatkan oleh abu 'ashim ." Sementara ibnu hajar mengatakan dalam al-mukhtashor; "Hadits ini hasan dari segi sanadnya, kerana ada rowi yang mubham (rowi yang tidak disebutkan namanya dalam sanad tersebut), tetapi sudah dikuatkan oleh sanad yang lain."  

Saya berpendapat (al-albani); Seolah-olah isyarat al-hafizh ditujukan kepada hadits abu huroiroh. Hadits tersebut juga sudah di-takhrij oleh ibnu asakir dalam tarikh dimasyq (4/117/1) melalui sanad lain, iaitu dari ismail bin mujalid.

end quote (al-albani; silsilah al-ahaadits ash-shohihah)


وحسنه الألباني في سلسلة الأحاديث الصحيحة




Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
irbadh replied at 17-5-2017 04:15 AM
Dari satu segi pula, ianya sangat penting sebab ini merupakan wahyu yang dibina atasnya syariat agam ...

Mungkin page ini lebih mudah difahami jika kurang memahami ilmuNya.

https://konsultasisyariah.com/28 ... -dari-kenabian.html
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 06:33 PM | Show all posts
cantikkkkk
jadi kita kenalah belajar kannnn
belajar sungguh2 dlm apa2 jua yg kita ceburi
dgn niat dan keikhlasan diri sebagai HAMBANYA


eerrrr...ilmu malaikat boleh di ajar atau dipelajari gak ke???
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 16-5-2017 05:45 PM
Soalan: Apakah sahih hadith ini “Sesungguhnya ilmu itu dengan mempelajarinya?


Soalan: Apakah sahih hadith ini “Sesungguhnya ilmu itu dengan mempelajarinya?

Mcm tak sahih aje. Ini kerana wahyu pertama yg turun ke dunia kpd baginda Rasullullah saw ada pada awal surah Al-A'laq.

Baca antara cara utk belajar ilmu. Bagaimana cara membaca? Dgn menggunakan pancaindera. Seorang yg buta, mampu membaca dgn caranya. Seorang yg pekak, mampu membaca dgn caranya.  Dan seorang yg bisu, mampu membaca dgn caranya.

Mempelajari sesuatu ilmu HANYA melalui pembacaan. Dari sinilah makna tahu. Dan mempraktikkan sesuatu ilmu HANYA melalui pembacaan. Dari sinilah makna faham.

Seseorang yg hanya tahu, belum tentu faham. Akan tetapi seseorang yg faham, pasti tahu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:47 AM GMT+8 , Processed in 0.058108 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list