CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9367|Reply: 46

Penumpang Tidak Diundang Di Lebuh Raya Segamat

[Copy link]
Post time 17-5-2017 10:26 AM | Show all posts |Read mode


Aku pernah bekerja sebagai krew sebuah syarikat bas eksekutif yang tak perlulah kusebutkan namanya. Tugasku sebagai ‘pramugari bas’ tak adalah sesukar mana pun: sekadar memastikan keselesaan penumpang sepanjang perjalanan sehingga sampai ke destinasi dan mengedarkan makanan ringan dan minuman.




Gajinya boleh tahan untuk seorang gadis pemegang diploma dan yang paling penting, aku boleh berjalan-jalan melihat negara orang walaupun sekadar di seberang tambak Johor.

Bas-bas eksekutif syarikat ku adalah dari jenis double decker. Di tingkat atas ada 33 tempat duduk dan bahagian bawah pula merupakan lounge eksekutif. Bas eksekutif kami jarang kosong, tapi entah kenapa hari itu, cuma ada enam orang penumpang sahaja yang naik dari Singapura menuju ke KL. Lapan orang termasuk aku dan pemandu, yang ku namakan Encik Fattah.

Keenam-enam penumpang duduk di atas. Cuma tinggal aku dan Encik Fattah di tingkat bawah. Memandangkan lounge eksekutif tak berpenumpang, Encik Fattah memadamkan lampu agar lebih fokus memandu. Aku yang duduk di sebelahnya hanya tunduk bermain game di telefon.

Lembayung senja kemerahan menyelubungi langit ketika bas eksekutif kami dipacu laju di lebuhraya.

Sesiapa yang sering berulang-alik dari selatan ke KL, pasti ada 1001 kisah untuk dikongsi tentang Lebuhraya Segamat – Yong Peng.

Orang kata laluan di sini agak keras. Bekas kawasan perkuburan kata orang. Banyak juga cerita ‘penumpang tak dipelawa’ yang sering menjelma di tempat duduk belakang selepas matahari terbenam. Kata oranglah.


Aku tak ambil pusing. Sudah dua tahun aku bekerja sebagai pramugari bas, tak pernah pula aku nampak benda-benda pelik.

Tapi malam itu aku rasa lain macam. Bulu tengkuk aku meremang. Encik Fattah seperti biasa fokus memandu. Siaran radio Sinar FM yang dipasang perlahan menjadi white noise untuknya, menenggelamkan bunyi deraman enjin bas. Aku memandang keluar. Gelap gelita. Cuma sekali-sekala cahaya kenderaan yang memotong bas eksekutif kami menerangi selama beberapa saat lounge eksekutif kami.

Beberapa saat tu tak lama, tapi cukup untuk ku ternampak ‘sesuatu’ yang jaraknya cuma beberapa meter dari belakang kami. Elok terbaring beralaskan bantal. Aku menggigil. Mulutku terkumat-kamit membaca apa-apa juga ayat suci yang aku tahu.

“Encik Fattah!” kataku perlahan, tapi mataku masih memandang ke hadapan.
“Hah? Pehal?” dengusnya, sempat memandang ke arahku.

“Belakang encik tu…”
“Kenapa belakang aku?”
“Ada benda tengah baring…”
“Kau jangan macam-macam Ayu”
“Encik Fattah… cuba pandang belakang kejap”

Dia menoleh beberapa saat sebelum kembali memandang jalanraya di hadapannya.
“Kau ni mabuk ke apa? Gi duduk belakang sana!”
Gila apa dia suruh aku duduk belakang dengan benda tu.
“Encik Fattah, bukak CCTV kalau tak percaya cakap saya”

Aku tak pasti kenapa Encik Fattah membuka CCTV. Sama ada dia sendiri pun dah menggeletar ataupun dia ingin meyakinkanku bahawa tak ada apa-apa pun di belakang kami.

Apa yang dia nampak? Aku sertakan bersama foto CCTV yang sempat aku rakamkan. Kalian nilaikan sendiri kesahihan cerita ini. Foto ini menjadi viral di syarikat kami dan bas yang kami naiki itu digelar Bas Puaka. Tipulah kalau aku tak goyang. Selang beberapa bulan selepas peristiwa itu, aku terus berhenti kerja.

Oh, apa jadi dengan benda yang terbaring di belakang kami tu? Hilang sesampai sahaja kami di Seremban.

Sumber


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2017 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
takot weiiii... Seb baik en fattah tu x panik steady lagi bawak bas...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2017 10:38 AM | Show all posts
iols selalu ulang alik KL JB , JB KL ...

mlm2 jam 2-3pagi pun ada ...  scary nieh ..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2017 10:39 AM | Show all posts
mcm 'pempuan' jah ...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2017 10:41 AM | Show all posts
baik punya lending.....
tapi mcm pernah tengok je gambar ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2017 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Entah-entah ada penumpang saja nak padajalkan diaorang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2017 11:29 AM | Show all posts
Alahhhhh tak nampak picture
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2017 11:52 AM | Show all posts
fuhh.. ada cik gula2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2017 11:58 AM | Show all posts
lenanya dia
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2017 11:59 AM | Show all posts
x nmpk pic
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2017 12:00 PM | Show all posts
mujur ler cik Fattah ni sejenis kayu kayan
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2017 01:41 PM | Show all posts
mcm perempuan terbaring tp elok je berambut... xnampak cam bungkus... ni pandangan mata aku.. apepun scaryyyyyyyyyyyy
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2017 01:55 PM | Show all posts
AlienGurlz replied at 17-5-2017 11:15 AM
Entah-entah ada penumpang saja nak padajalkan diaorang.

aku tgk sofa tu mcm bas ****line..
aku tak rasa penumpang yg pedajal...
slalunya yg naik bas ni kebanyakan foreigner & cina...
seat bwh bkn blh duduk suka2 hati..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2017 02:05 PM | Show all posts
Nampak macam mayat pun ada..
Lena je landing kat situ
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2017 03:08 PM | Show all posts
peminat fattah amin kot? pilih bas drebarnya fatah, jd antu pun cuma terbaring kaku kayu jek.. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2017 05:10 PM | Show all posts
Nampak macam ppompuan landing baek punyer. Lena sungguh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2017 05:22 PM | Show all posts
Elok je dia tidur belakang tu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2017 05:51 PM | Show all posts
Bas aeroline ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2017 07:50 PM | Show all posts
palmolive replied at 17-5-2017 11:00 AM
mujur ler cik Fattah ni sejenis kayu kayan


Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2017 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmm..
Aku tgk mcm pompuan tgh tido berselimut tgn terkeluar sikit... Rambut pun nampak sikit...

Serem sbb serba putih ala ala cik gula gula...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:42 PM GMT+8 , Processed in 0.062286 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list