CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4114|Reply: 73

PKR Arah Semua Lantikan Politik Di Kelantan Letak Jawatan

[Copy link]
Post time 17-5-2017 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by spiderman80 at 18-5-2017 11:11 PM

PKR arah semua lantikan politik di Kelantan letak jawatan


Biro Politik PKR malam ini memutuskan supaya semua lantikan politik PKR dalam kerajaan negeri Kelantan dilepaskan berkuatkuasa serta merta.

Dalam kenyataan yang dibaca Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, perkara itu juga telah disampaikan kepada pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan.

"PKR juga telah membuat keputusan bahawa semua lantikan politik PKR di dalam kerajaan negeri Kelantan diminta melepaskan jawatan-jawatan tersebut berkuatkuasa serta merta.

"Perkara ini telah disampaikan kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya malam ini.

Beliau berkata demikian selepas mesyuarat Biro Politik PKR berakhir pada kira-kira jam 11.30 malam.

Selain itu, menurut Wan Azizah, kedudukan PAS dalam kerajaan negeri Selangor pula akan diputuskan pimpinan PKR selepas Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden, Datuk Seri Azmin Ali pulang dari lawatan rasmi ke luar negara.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan bekas senator PKR, Saiful Izham Ramli, berkata parti itu perlu mengarahkan semua anggotanya yang mendapat lantikan politik daripada Kota Darulnaim meletakkan jawatan.

Dengan itu, katanya, barulah rakyat melihat bahawa PKR meletakkan kepentingan rakyat dan prinsip lebih utama berbanding keperluan peribadi.

Tolak alasan PAS

Selain itu, Wan Azizah yang juga anggota parlimen Permatang Pauh menegaskan bahawa PKR menerima keputusan PAS untuk membatalkan kerjasama politik dengan parti itu.

Bagaimanapun, katanya, PKR menolak alasan yang telah diberikan PAS kerana memutuskan tahaluf siyasi.

"PKR menolak alasan-alasan yang telah mereka berikan. Walaupun PKR telah berusaha untuk menjaga dan melunakkan hubungan di antara kedua-dua parti.

"PKR akan segera mengatur langkah bersama Pakatan Harapan dan sekutu lainnya yang mendokong agenda reformasi untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14," katanya lagi.

Majlis Syura Ulama PAS pada awal Mei lalu membuat keputusan memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR selepas mendakwa begitu banyak pelanggaran syarat tahaluf siyasi yang dilakukan PKR.


Sos: https://m.malaysiakini.com/news/382448

P/s: haritu walaun lobai2 gigih suruh pkr letak jawatan kan? Nahh sekarang dah terbukti pkr lebih jantan drpd lobai pondan! @wajevo @namirulmukminin @sabbath_shalom

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2017 12:49 PM | Show all posts
pas parti pondan, akak tak suka pas.. serius..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2017 12:49 PM | Show all posts
hmmmmmmmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2017 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka pas pis pus.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2017 01:00 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 17-5-2017 12:49 PM
pas parti pondan, akak tak suka pas.. serius..

habis kau suka dap ke di?
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2017 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by wajevo at 17-5-2017 01:20 PM

Presideng pkr bagi arahan.  Cacai-cacai bawahan nak ikut ke? Orang atas gadoh, cacai-cacai yang jadi mangsa menganggur.  Tuan presideng takpelah,  anak beranak dah kaya,  elaun MP lagi,  adun lagi,  duit kelepet lagi.  Kali ni aku sokong parti lobai yang ada pertimbangan dgn cacai bawahan.  Terpulang pada cacai di negeri berkenan. Itu baru betul
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2017 01:09 PM | Show all posts
curik kerusi bila mau bagi balik
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2017 01:11 PM | Show all posts
azmin belum mengadap lagi sultan selangor. buat apa nak letak jawatan


Barisan exco Selangor satus quo - Istana Selangor

Kedudukan barisan exco kerajaan negeri Selangor masih status quo sehingga Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, setakat ini, baginda tidak menerima maklumat secara rasmi berkenaan kedudukan tiga exco PAS itu.
“Sehingga saat ini juga, pihak istana tidak menerima apa-apa surat rasmi daripada kerajaan negeri. Saya difahamkan Mohamed Azmin sekarang berada di luar negara," kata Mohamad Munir yang dipetik akhbar Sinar Harian hari ini.
Beliau mengulas soalan apakah Sultan Selangor sudah dimaklumkan mengenai kedudukan exco kerajaan negeri Selangor rentetan PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.
Azmin kini di Belgium atas urusan rasmi dan dijangka pulang Ahad ini. Beliau juga tidak hadir pada mesyuarat Biro Politik PKR malam semalam yang memutuskan [color=rgb(41, 121, 255) !important]kedudukan exco PAS dalam kerajaan negeri akan hanya dibuat sekembalinya dari lawatan rasmi ke luar negara.
Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata, hanya Sultan Selangor boleh mengarahkan ketiga-tiga exco PAS berkenaan meletakkan jawatan.
Beliau dilaporkan berkata, Datuk Iskandar Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib akan kekal memegang jawatan selagi diperkenan sultan.



Kedudukan exco PAS dalam kerajaan negeri menjadi persoalan apabila PAS pada muktamarnya pada Apri lalu memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.
Ini kemudiannya dimuktamadkan dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS pada awal Mei lalu bahawa hubungan PKR terputus selepas mendakwa begitu banyak pelanggaran syarat tahaluf siyasi yang dilakukan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2017 01:12 PM | Show all posts
Lobai tak malu masih nak gayut dgn jawatan...gila talak punya lobai



Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2017 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak zangat pkr tak propesenel.  Nak campur aduk pentadbiran dengan politik.  Cip minister azmin pun belum decide lagi kan.  Cacai pkr kat kelate dah letak jawatan ke belum?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2017 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Cacai dan lobai masih xdpt terima kenyataan pkr berpolitik matang manakala parti sendiri sangap jawatan hadap duit elaun
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2017 03:05 PM | Show all posts
@dodolgemuk lebai taliban buat2 terkejut

PAS tak jangka keputusan drastik PKR

KOTA BHARU: PAS tidak menjangkakan Biro Politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat keputusan mengarahkan semua lantikan politik dari parti itu dalam kerajaan negeri Kelantan melepaskan jawatan mereka serta-merta.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata keputusan itu adalah tindakan drastik pucuk kepemimpinan PKR, memandangkan pihaknya menjangkakan ketika ini adalah tempoh bertenang susulan isu hubungan kedua-dua parti terbabit.

"Bagaimanapun, kita tidak menghalang jika mereka mahu meletak jawatan, namun keputusan kekal (jawatan dalam kerajaan negeri) adalah lebih baik.

"Kami mengalukan mana-mana ahli PKR yang mahu kekal dengan lantikan itu supaya dapat bersama-sama memberi khidmat kepada rakyat...itu lagi penting.

"Apa pun, ia terserah kepada mereka dan kita mengalu-alukan apa saja keputusan yang dibuat," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat EXCO negeri, di sini, sebentar tadi.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar, berkata setakat ini, pihaknya masih belum menerima sebarang surat daripada ahli PKR di negeri ini berhubung keputusan terbabit.

"Bagi kerajaan, apa saja keputusan tidak menjejaskan pentadbiran negeri, cuma mereka akan rugi kerana tidak boleh berkhidmat kepada rakyat.

"Kami harap supaya mereka kekal sekurang-kurangnya hingga hujung tahun atau sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) nanti," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/283530
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2017 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by xy_daen at 17-5-2017 04:37 PM

Andaikan MCA keluar BN...adakah MCA masih layak memegan jawatan Menteri dalam Kabinet? Lobai2 bodoh takleh hadam benda2 gini...

Tahniah kepada kepimpinan PKR kerana mengambil tindakan yang tepat. Undian kepada Pakatan di Kelantan adalah berdasarkan kesepakatan Pakatan ketika PRU13. Sekarang PAS telah memutuskan kesepakatan tersebut...dan PAS lah yang menidakkan undi rakyat kepada Pakatan melalui parti parti yang bersekutu ketika PRU13 yang lalu...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2017 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 17-5-2017 02:18 PM
Cacai dan lobai masih xdpt terima kenyataan pkr berpolitik matang manakala parti sendiri sangap jawa ...

Pas sekarang...? Akak tak nampak sebesar hama pun sebuah parti agama... pas vawah hari skarang adalah parti gila wang dan jawatan.... perosak martabat agama islam sejak makan rasuah 90 juta dari najib...

Muka tepek kulit babi kot bila meeting kerajaan negeri dgn parti pkr, dap, amanah...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2017 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Hura hara punya pakatan. Nasib baik puak2 ni tak menang pru13, kalau tidak, semua bertumbuk nak jadi PM.

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2017 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
palmolive replied at 17-5-2017 01:09 PM
curik kerusi bila mau bagi balik

Kawan akak cakap.. dia sanggup pasang khemah dok depan rumah tuntut mp parti amanah pulang kerusi masa tanding logo pas dulu dengan syarat pas pulang balik undi dan tenaga siang malam berkempen yg dia beri pada pas sebelum ni....

Dia kempen dan undi pas dulu untuk jatuhkan umno, bukan undi untuk pas jadi anjing belaan umno,mca,mic,gerakan cam sekarang ni.   Bleh pulang undi tak...?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2017 03:55 PM | Show all posts
vandergooh replied at 17-5-2017 03:52 PM
Kawan akak cakap.. dia sanggup pasang khemah dok depan rumah tuntut mp parti amanah pulang kerusi  ...

pulang undi time PRU la kak...
dia join amanah la nie? sebab kecewa ngan tingkah laku pas sejak 2 menjak nie?
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2017 04:11 PM | Show all posts
harkktuih replied at 17-5-2017 03:05 PM
@dodolgemuk lebai taliban buat2 terkejut

PAS tak jangka keputusan drastik PKR

Tempoh betenang penye??dah geng2 ko yg nk putus bahalul siyasi tu mendenye plak??tetibe lobai jd bodo
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2017 04:37 PM | Show all posts
lebai serba salah skrg...penyokong bawahan pun dok protest sbb pucuk pimpinan pilih umno  dari pakatan... bersatu pun sikit punya dok hasut ..undi pas bagi umno menang percuma katenya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2017 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
harkktuih replied at 17-5-2017 03:05 PM
@dodolgemuk lebai taliban buat2 terkejut

PAS tak jangka keputusan drastik PKR

Lobai bangang pura2 terkejut haritu beria2 suruh letak jawatan jugak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:28 PM GMT+8 , Processed in 0.075488 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list