CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3624|Reply: 31

[Jenayah] Anak TIKAM bapa lepas tu tikam PERUT sendiri sebab SYAK bapa kandungnya ada HUBU

[Copy link]
Post time 18-5-2017 03:31 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Kentang.Goreng at 18-5-2017 03:32 PM


Mangsa, Ali Nordin yang dibunuh anak sendiri.

Amarah anak lelaki
Khamis, 18 Mei 2017 @ 1:30 PM

MARAH kerana mengesyaki bapanya mempunyai hubungan intim dengan isterinya, seorang lelaki menikam ayahnya sehingga maut di Kampung Sungai Gading Wakuba, dekat Tawau, hari ini.

Mangsa, Ali Nordin, 56, disahkan meninggal dunia di ruang tamu rumah berkenaan, dalam kejadian kira-kira 3 pagi.

Menurut sumber-sumber, ketika kejadian mangsa dikatakan mengunjungi rumah anaknya yang kemudian berlakunya pertengkaran antara suspek dengan mangsa.

"Selepas itu, tercetus pergaduhan antara mereka sebelum suspek dikatakan menikam bapanya menggunakan senjata tajam.

"Suspek kemudian keluar dari rumah itu dan menikam pula dirinya sendiri di bahagian perut," katanya di sini, hari ini.

Sumber berkata, suspek yang cedera kemudian dibawa ke Hospital Tawau untuk rawatan manakala bapanya disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

"Polis turut menemui satu pisau dan parang yang dipercayai digunakan suspek.

"Kejadian dipercayai berikutan suspek mengesyaki bapanya (mangsa) mempunyai hubungan intim dengan isterinya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Fadil Marsus ketika dihubungi berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan.

"Suspek berusia 27 tahun kini dirawat di Wad Kecemasan Hospital Tawau kerana mengalami pendarahan teruk pada bahagian perut.

"Siasatan masih dijalankan dan suspek disyaki dibawah pengaruh dadah ketika kejadian," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2017 03:38 PM | Show all posts
hmmmm...dadah dadah dadah dadah...bosanla
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2017 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
InfO org rebutan tidak adakah..umur, berat badan,hitam ke putih..org pilak ke. Senang cite ada gambo x? Btw suspek nak wat harakiri kan..tapi x expert lagi...kesian
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2017 03:43 PM | Show all posts
ade bukti x??
kesian bapak kene bunuh cmtuu jee..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2017 03:47 PM | Show all posts
siannya bapak tu... orang kalo dah mendadih memang tak boleh pikir waras.... takziah
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2017 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Ilusi dadah benda xdak pun nmpk ada. Mgkin krn akibat jd penagih, anak bini terabai
Dan bapanya mgkin nk ambil tahu keadaan mereka lalu timbulah salah faham bapa nk merampas bini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2017 03:50 PM | Show all posts
ke semasa anaknya balik kerja tengok ayahnya sudah ada dirumah nonton tv....
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2017 03:54 PM | Show all posts
jeles dengan bapak sendiri plak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2017 03:56 PM | Show all posts
insecure dengan bapa sendiri..

hahaha jantan bodo
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2017 04:00 PM | Show all posts
rs mcm deja vu pulak..

bukan ari tu ada confession pompuan mana tah ada skandal dgn bapak mertua?
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2017 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas ni boleh bininya mintak cerai dan cari laki lain.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2017 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnalillahirojiun.. Hmm sebab dadah rupanya..kalau x nnti kluar pulak statement trdengar suara2 halus berbisik kt telinga suruh bunuh bapak dia..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2017 04:15 PM | Show all posts
nama pun taik dadah..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2017 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Tah2 betol mmg ada hubungan sulit tak
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2017 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak derhaka:
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 02:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada hubungan sulit konon...ntah2 bini bapa dia @mak dia sendiri lagi cun dari bini dia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2017 07:34 AM | Show all posts
leylapple replied at 18-5-2017 04:00 PM
rs mcm deja vu pulak..

bukan ari tu ada confession pompuan mana tah ada skandal dgn bapak mertua?

iols pon mcm terfikir menda yg sama...teringat bc pengakuan tu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 07:46 AM | Show all posts
knpa dia bleh terfikir ayh tu ada skandal dgn bininya..
tp pernak la terbca kat forum ni ker, x ingat dahhh
menantu berscandal dgn pak mertua..
Nazubillahiminazalik..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
utk kes ni tak taulah pulak betul ke tidak...tp benda ni mmg ada terjadi pun....
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Ganasnya manusia zaman sekarang
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:44 PM GMT+8 , Processed in 0.107556 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list