Warner Bros mengalami mimpi ngeri terburuk apabila King Arthur: Legend of the Sword dilabel sebagai box office paling gagal. Malah, mimpi ngeri itu berlipat ganda apabila mereka menjangkakan bakal kerugian sebanyak ASD 150 juta (RM649,125,000).
Ditayangkan seminggu selepas Guardians of the Galaxy Vol. 2, filem ini sepatutnya 'mencuri' perhatian penonton. Namun, ternyata Warner Bros 'gagal' dan hanya mampu meraih ASD 15.4 juta (RM66,643,500) dalam pasaran domestik.
Memetik ScreenRant, analisis dilakukan The Hollywood Reporter menganggar Legend of the Sword hanya dapat meraih keuntungan maksimum ASD 145 juta (RM627,487,500) sahaja.
Jumlah itu sudah tentu terlalu sedikit jika dibandingkan dengan kos produksi dan pemasarannya yang berjumlah ASD 175 juta (RM757,312,500).
Mengikut analis, kegagalan dialami filem garapan Guy Ritchie ini didorong beberapa faktor.
1. Filem adiwira - Penonton masih 'panas' dengan filem 'superheroes'.
2. Masa tayangan tak kena - Penonton lebih berminat dengan Guardian of the Galaxy Vol. 2 kerana ia adalah cerita baru berbanding jalan cerita King Arthur mencabut pedang yang agak sama sejak dulu.
3. Kritikan negatif - Filem ini hanya mendapat rating 27% dari Rotten Tomatoes membuat penonton berasa ragu untuk menonton.
4. Membosankan - Tak dapat dinafikan kemungkinan penonton sudah bosan dengan filem berlatarbelakangkan abad pertengahan seperti drama bersiri popular Game of Thrones dan Vikings.
Foto: IMDb
Meskipun mendapat kritikan teruk dari pengkritik, kita tidak boleh ketepikan tanggapan positif daripada penonton yang melihat filem ini berpotensi untuk pergi jauh. Apa pula komen anda yang sudah menonton filem ini? - CARI
Verdict untuk filem ini berdasarkan tontonan aku (mungkin ada spoiler):
Jalan cerita: Kisah legend King Arthur dan pedang Excalibur yang terkenal (biasa aje), tapi kali ini diceritakan bagaimana King Vortigern sekutu Modread (mage jahat) iaitu sepupu King Uther, bapak King Arthur dibunuh dengan kuasa setan disebabkan perebutan kuasa yang melampau. Sebelum King Uther mati, dia sempat hanyutkan King Arthur ke kawasan gettho dan dibesarkan di rumah pelacuran. Pada masa yang sama, King Vortigern telah mengarahkan pembinaan wizard tower (macam game coc) untuk menjana kuasa mage dalam diri beliau. Tatkala wizard tower berada di fasa2 terakhir, perkara ajaib berlaku di mana air laut menjadi surut dan menimbulkan pedang excalibur yang pernah terkubur di dasar laut. Maka di situlah berlakunya firasat yang kuasa jahat akan dimusnahkan oleh kuasa baik. Yang lain2 ko tengok la sendiri.
Konsep: Ada campur brit culture sikit. Tak seperti medieval movie yang biasa.
CGI: Fuh, yang ni best. Dah macam cite lord of the ring + prince of persia + harry porter + one piece + naruto.
Yang tak best:
1) Cerita banyak flashback. Mungkin nak bagi jalan cerita dia ada sense kot.
2) Pelakon mungkin tak menarik sebab Charlie Hunnam taklah popular mana tapi bagi gayah2 dan gadis2 wechat dan insta mungkin terpesona juga dengan badan kekar mamat ni.
3) Takde Merlin. So tak payah ko nak tunggu Merlin bila nak keluar.
Conclusion:
Mungkin versi Guy Ritchie's King Arthur agak lari dari cerita yang diketahui tapi seronok untuk ditonton. Lagi seronok kalau takde sensor. Itu aje. Kbai,
ntah la, tak selera nak tengok king arthur versi baru ni.
berapa banyak kali remake da.
dalam banyak2 movie pasal king arthur,
aku paling suka movie Excalibur, tahun 1981.
ada patrick stewart aka professor X , dia muda lagi belum femes time ni.