CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: annehuda

WHAT MOVIES HAVE YOU SEEN RECENTLY PART 2

  [Copy link]
 Author| Post time 26-2-2018 12:10 PM | Show all posts
babydoll replied at 22-2-2018 08:38 PM
Title: Forgotten
Year: 2017
Origin: Korea

masa aku tgk movie ni, aku ingatkan ni movie hantu. taaaapppiiiiiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2018 12:25 PM | Show all posts
annehuda replied at 26-2-2018 12:10 PM
masa aku tgk movie ni, aku ingatkan ni movie hantu. taaaapppiiiiiii

hahhaha!! sama la kak Anne. mula2 i bukak pn i ingat cerita hantu. punya la dia pusing2, kes bunuh rupanya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2018 12:39 PM | Show all posts
babydoll replied at 26-2-2018 12:25 PM
hahhaha!! sama la kak Anne. mula2 i bukak pn i ingat cerita hantu. punya la dia pusing2, kes bunuh ...

tp i suke plot twist die. mmg tak sangka mcm tu rupenye.

ha neul lately suka bawak watak2 bermasalah camni. mendonia sungguh heols sblm masuk tentera ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2018 07:27 AM | Show all posts
babydoll replied at 22-2-2018 08:38 PM
Title: Forgotten
Year: 2017
Origin: Korea

best pulak baca review chuolsss.... kasiklah tau sampai ending. berdeborrrr pulakksss

kalo xle spoiler mohon pm iols.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2018 12:17 PM | Show all posts


Tittle : Relentless
Movie : Mexico & US
Rating sendiri : 9/10
Sinopsis :

Movie ni based on true event. Pasal pemerdagangan gadis gadis muda dari Mexico ke US.
Permulaan cerita dia throwback pasal pakcik dalam gambar tu masa zaman kecik-kecik (aku tak tengok,tengah bz makan.haha)
Masuk pulak bab seterusnya, Gwen. Dia ada anak perempuan sorang nama Ally, tengah belajar kat Mexico. Ally stay kat rumah Laura.
Satu malam diorang masuk tido, tetiba bunyi bising kat bawah. Ally pergi intai nampak ada 2 bijik truck tengah gaduh dengan mak Laura. Macam nak merompak. Tapi diorang tak merompak, diorang carik sesuatu. Ally kejutkan Laura dan diorang menyorok bawah katil.
Geng-geng jahat ni naik bilik atas. Jumpa diorang bawah katil n culik dedua.
Mak Laura call mak Ally, Gwen cerita semua. Gwen terus ke Mexico haritu jugak.
Sampai kat Mexico Gwen terus buat report. Polis macam tak membantu so Gwen mengamuk kat situ,polis tu bagi satu contact, Keel.
Gwen bergegas cari orang tu dengan abang Laura. Dalam perjalanan abang Laura bagitau yang dia kenal penculik tu, geng yang kira otai la kawasan tu. Laura mengamuk sebab abang Laura menipu polis.
Sampai je kat tempat si Keel, dia tanya Keel. Keel bagitau kena kejar sebelum diorang sampai ke US.n kemungkinan untuk anak dia kena rogol n bunuh sangat tinggi.
Pastu yang Ally n Laura diorang dibawak ke satu Brothel(xtau maksud ape, macam motel tempat pelacuran kot).kat sana diorang dipaksa pakai baju seksi untuk dijual/dilacur.
Berbalik pada Gwen. Diorang otw ke Guatemala, jumpa satu roblok. Abang Laura turun dari jeep n depan mata Gwen dia kena tembak. Polis tu nampak Gwen dalam kereta n diorang tembak. Gwen sempat larikan diri dengan jeep. Dia berjaya menyorok dalam hutan. Masa tengah tenangkan diri, ade satu kereta berhenti belakang jeep.rupanya si Keel follow Gwen. Keel nak tolong sebab dia teringat kisah masa kecik dia. Keel bagitau abang Laura kena tembak dengan polis corrupt.Diorang nak hapuskan trail yang menjejaki geng penculik tadi.Gwen n Keel teruskan perjalanan.
Sampai ke brothel, mak hayam jaga, deal punya deal, diorang tau Ally dibawa ke next destination. Diorang teruskan perjalanan lagi sampai ke satu gudang. ni kira transit sebelum dibawa masuk US. kat sini Gwen sorang g selamatkan Ally. Keel xnk follow dah walau Gwen merayu.
Gwen buat pertukaran dengan penjahat untuk lepaskan Ally sebab dia xde duit untuk bayar dua-dua sekali.
Masa tengah lawan si Keel ni muncul balik sebab dia tak sampai hati. Akhirnya diorang selamat.
#spoiler


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2018 12:36 PM | Show all posts


Tittle : Taree Zameen Par
Rating sendiri : 10/10
Sinopsis :

Mesti ramai dah tengok tapi nak jugak cerita. Cerita bagus sangat.buka mata ibubapa kat luar sana.

Permulaan cerita dia pasal Ishaan, budak 8 tahun yang sangat buas dan nakal. Dalam kelas kat rumah memang orang kata disaster la dibuatnya.
Geram jugak memula dengan budak ni, buat tu lambat, buat ni lambat, asyik berkhayal. Yang tak tahan tengah buat ujian Math, abes je jawab soalan pertama, masa habis, punya la teruk dia berkhayal.haha.

disebabkan kenakalan dia, Ishaan dihantar ke sekolah asrama. Macam sesetengah parent kat Malaysia lah, anak nakal je hantar gi sekolah tahfiz. Lol.

Kat sekolah baru lagi teruk Ishaan kena marah sebab dia masuk dah tengah sem, dengan x pandai mengeja, membaca, menulis. Masa tu jiwa dia memberontak sampai dia tak nak langsung cakap dengan parent n abang dia.

Satu hari, diorang dapat berita cikgu seni pindah dan ganti dengan cikgu baru, Amir Khan. Amir pakai pendekatan yang happy-happy dengan budak-budak ni. Lama kelamaan Amir perasan kan Ishaan istimewa dari budak lain. So Amir tarbiyah kan parent Ishaan. Sket sket parent Ishan sedar yang Ishan ni disleksia walaupon dari dulu orang cakap anak dia istimewa, dia bangkang habisan.

Ishaan pulak still sama.hilang semangat.tapi slow slow Amir buat bnda menarik perhatian Ishaan. rupanya Amir pon penghidap disleksia. Pastu diorang mula rapat. Amir pon slow slow ajar Ishaan baca,eja,kira.

Satu hari, Amir buat pertandingan melukis. Lepas pertandingan tu tamat, kawan-kawan n parent Ishaan nampak sebenarnya Ishaan tak boleh dipaksa n dia memang berbakat dalam seni lukisan. Last skali parent Ishaan berterima kasih kat Amir. Cerita ni best, sedih,lawak n paling penting bagi ilmu baru untuk penonton.Aku pon baru tau disleksia tu ape n ape dia punya behaviour.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2018 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts


Baru tgk weekend td, best giler kut nsib baik sempat tgk kt panggung sblm hbis tyngn sbb mbr kata best. Aku dgn mmbr2 aku yg mengantok ni terus celik mata tgk cter ni. Dari mula smpi hbis gelak ajer.

Cter dia pasal grup member ni bkumpul utk main game night di mna salah sorg akn diculik n diorg kna rungkai misteri pculikan tu tp sbliknya pnculikan tu jd btul2 n jd misi nk slmatkn abg salah sorg ahli yg kna culik. Ada twist skit cter ni n mcm2 aksi lucu time diorg nk slmtkn mbr diorg nih. 5/5 la aku bg sbb mmg syok gler

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 08:31 AM | Show all posts


Assasination Classroom ni adaptasi dari anime jepun yg sama nama.  movie ni mengisahkan kemunculan satu makhluk asing yg telah memusnahkan separuh daripada bulan.  makhluk asing tersebut mengumumkan yg die akan memusnahkan bumi plak pd mac thn dpn, tapi dia kasi syarat nk jadi cikgu kelas tercorot kelas 3e.  jadi kerajaan pun kasikla die mengajar kt situ, dan kerajaan turut hantar 2 agen utk melatih budak2 3e ni jadi pembunuh yg berjaya utk bunuh makhluk asing tu.
dalam kelas tu ada pelbagai karakter,tp karakter plg lemah adalah nagisa. nagisa ni rajin catat dan observe ape kelemahan makhluk asing yg diorg pggl korosensei tu. tapi lama kelamaan kelas 3e ni makin sayang plak ngan korosensei dan akhirnye mcm tak sampai ati nak bunuh korosensei. jadi apekah yg akan terjadi seterusnye?

hakak kasi 7/10 utk movie ni. sbb movie ni mcm movie jepun tipikal biasa jah. overacting dan overreaction skit. tp menarik gak movie ni sbb korosensei sgt sgt appreciate anak murid die walaupun anak murid die keje nk membunuh je.  tp mcm biasa la, anime lagi best. hahahha

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2018 08:48 AM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 21-3-2018 09:01 AM



Steel Rain, movie aksi korea. movie ni mengisahkan kisah pergolakan antara north and south korea.

Eom Chul-woo ni sorg ejen perisik korea selatan. jadi satu hari tu dia disuruh oleh bos die utk bunuh seorang pegawai kerajaan yg dipercayai pengkhianat negara di korea utara. jadi masa die tgh sniper tu, die pun heran la aik takde plak pegawai kerajaan tu, tp yg muncul adalah diktator korea utara, org number 1 masa tu. masa tu la jugak, ada satu jet amerika kene hijack, dan menjatuhkan bom peluru kat kawasan tu. Chul-woo sempat selamatkan diktator die sblm dia diserang oleh tentera korea utara sendiri yg telah membunuh suma saksi-saksi di tempat kejadian.

Chul-woo pun larikla ke korea selatan ditemani 2 gadis dan diktator tersebut. sampai kt korea selatan, die diselamatkan oleh seorang pegawai kerajaan yg keje di kementerian luar negeri, kebetulan sama nama jugak dgn die, Kwak Chul-woo.

korea utara, bila dah diserang mcm tu, terus mengumumkan nak berperang dgn korea selatan. plak tu, diktator diorg hilang dan dipercayai mati. pengumuman perang diorg dh menyebabkan negara2 jiran dan allies kedua dua negara tak senang duduk sbb takut dgn bom nuklear korea utara.  pulak tu, kebetulan korea selatan nk bertukar perdana menteri, perdana menteri lama mmg nak berperang sbb nk balas dendam dgn korea utara, tp perdana menteri baru pulak nk bersekutu balik dgn korea utara.  

jadi chul woo utara dan selatan tu, diorang berdua pun bekerjasama la nak selesaikan konflik antara dua-dua negara yg diambang peperangan ni. smpi la diorg dpt tau, yg diktator korea utara tu ada pakai satu jam yg mengandungi kod utk aktifkan bom nuklear, dan dalang serangan kt korea utara tu sbnrnye adalah org dalam sendiri.

aku kasi 9/10 utk movie ni. best kot. fighting scene antara agen korea utara tu mmg superb terbaik dowh.  dan korg leh tgk sendiri korea utara ni walaupun diorg ni kebulur kt negara sendiri tp tetap rasa korea utara tu yg terbaik jugak.  cuma chul woo selatan tu, mcm nk buat lawak sbb chul woo utara mmg serius sokmo. cuma dlm movie ni, sbb melibatkan banyak negara gak mcm us ally korea selatan, dan china sbg ally korea utara, jadi campurtangan politik tu yg aku rasa mcm memboringkan jugak sbnrnye.  
tapi movie ni menginsafkan la juga, bila 2 bangsa yg sama sbnrnye akhirnye berpecah kepada 2 negara. yg untung bukannye diorg tp ally diorg. huhuh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 04:46 PM | Show all posts


V.I.P.  movie ni mengisahkan tentang seorang anak pegawai atasan north korea,Kwang-il yg merupakan pembunuh bersiri dr zaman die duduk kt north korea, sampaila dia defect pegi south korea. dh smpi south korea pun dia still membunuh gadis-gadis lagi. tapi malangnye, polis tak dpt nak buat apa apa sebab campur tangan agensi antarabangsa, sbb Kwang-il ni ada maklumat pasal akaun korea selatan di china.  so bermaharajalela la si kwang-il tu, nak plak die tu anak orang besar kt south korea, dan dia mmg gunakan sehabis baik title yg die ade tu utk lepaskan diri dari jenayah yg dia buat.

sis tgk movie ni mengharapkan yg movie ni  ala ala movie penyiasatan gitu. tapi takde maknenye la. sbb mmg awal awal lg si penjenayah tu dah ngaku die pembunuh. nk kata misteri pun bukan. tp lebih kepada perebutan kuasa je.  mula-mula tu mmg geram kt si kwang-il tu, sbb walaupun terbukti dia psiko, tapi takleh nk buat ape sbb title dia. cuma the ending, ada sangkut paut ngan the beginning die jugak. oh ye movie ni by chapter ye.  aku rasa kalau takyah beginning pun takpe sbb the ending tu dh jadi mcm tak surprise dah. hakak kasi 6/10 utk movie ni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 01:04 PM | Show all posts




Tak rugi tengok cerita ni. Percayalah.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 03:10 PM | Show all posts


Tajuk movie : Blood Diamond

Semalam tayang kat TV2, sebab bosan tertengok la movie ni. Rupanya memang best.

Movie ni bukan sekadar movie biasa yang kite tengok tapi banyak fakta-fakta yang kite tak tahu.

Sinosis ;

Bermulanya cerita kehidupan Solo bahagia bersama family dia. Tiba tiba ada geng anti-kerajaan datang serang (pengganas).
Masa tengah larikan diri dengan family, Solo tertangkap dan anak bini dia sempa lari.
Pengganas asingkan budak budak dengan dewasa yang nampak kuat untuk melombong diamond.
Yang budak budak diorang potong tangan. Masa tengah melombong Solo jumpa Diamond besar, dia sorok tapi kantoi dengan pengganas.
Pengganas tak sempat ambik sebab kawasan tu dikepung polis, tapi Solo sempat tanam diamond tu. Solo kena tangkap dan dibawa ke jel.
Pastu scene Leonardo Di Caprio seludup diamond untuk dibawa kepada Kolonel tapi tengah jalan dia terkantoi dan ditangkap masuk jel.
Masa dalam jel, Leonardo dengar perbualan pengganas dengan Solo pasal diamond pink besar. Dia bertekad untuk cari diamond tu.
Leonardo keluar jel dan dia suruh orang jamin Solo.
Dalam masa yang sama dia tak sedar dia diekori pengikut Kolonel sebab hilangkan diamond yang diseludup tadi.
Masa dalam usaha nak pujuk Solo untuk diamond, dia jumpe wartawan perempuan Mandy.
Solo pulak nak cari keluarga dia.
Kire berkait lah - Solo nak cari keluarga,Leonardo nak kan diamond dan Mandy nak maklumat untuk kantoikan penyeludup diamond terbesar Van Der Kaap. Diorang travel ber3 dalam usaha nak capai matlamat masing-masing.
Movie ni walaupon tahun 2006 tapi tak bosan sebab penuh aksi.
Yang buat aku stay tengok sampai habis sebab Leonardo hensem giler dalam movie ni.wakakakka

Aku bagi 9/10.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2018 08:57 AM | Show all posts
baru2 ni aku saja layan movie ni. siccin 1. sbb nk tgk amende yg hype bebenor dgn siccin ni.

siccin 1.


movie ni mengisahkan tentang Oznur sorang pompuan yg dah jatuh cinta ngan sepupu dia sendiri Kudret. jadi die pun jumpela sorg bomoh ni nak guna gunakan si Kudret tu, tapi bomoh tu warning, jangan sebab Kudret tu mmg bukan jodoh dia dan kalau die nak jugak si Kudret tu, dia akan ditimpa malapetaka.  fast forward 12 thn kemudian, si Oznur ni dah jadi janda kematian laki dan duduk ngan mak mertua dia.  dia menjalin hubungan sulit dgn si Kudret smpi termengandung, tp keguguran lepas bergaduh ngan Kudret. Kudret ni dah kawen dah dgn  Nisa dan ada anak pompuan sorg yg buta akibat kecuaian si Kudret ni. Si Oznur ni pun nak jugak si Kudret tu, jumpela bomoh tu balik dan bomoh tu mintak dia carik barang milik si Nisa utk bunuh Nisa tu dan darah daging si Nisa dalam masa 5 hari.

tapi malangnye dgn si Oznur ni jugak kene kacau dan akhirnye si Oznur tu mati. pasal ape mati? nah spoiler sila highlight kalau nak tau sbb si Oznur tu gi bomohkan pad berdarah milik anak Nisa dan Kudret tu. so technically si Oznur ni pun sepupu si Kudret pun adalah darah daging anak diorg jugakla sebab tu dia pun kene kacau

2.  Siccin 2

Movie ni mengisahkan pasal sepasang suami isteri yang baru kehilangan anak, iaitu Adnan dan Hicran. Anak diorg mati akibat kemalangan misteri, tetiba je almari jatuh.  kematian tragis anak diorg tu menyebabkan si Adnan dan Hicran ni jadi depressed dan Adnan salahkan Hicran sbb cuai. si Hicran ni jumpela bomoh lepas dia berdepan dengan kejadian menyeramkan pastu. Bomoh tu pun cakapla, ada dalam family Hicran ni, dah mengenakan sihir iaitu bapak segala mala sihir kepada keturunan Hicran yang menyebabkan Hicran dan keturunan dia menderita la gitu. jadi si Hicran ni pun balik kg jumpe mak dan nenek die. mak dan nenek die ni org alim, pastu mak die citerla, die dulu ada adik pompuan, adik tu dah kawen dan dah ada anak 3 org, tapi semua mati kene bunuh ngan suami adik pompuan tu. so Hicran ni pun pegi la melawat rumah arwah adik pompuan tu, tp sampai situ aku dah habeh tgk dah sebab bagi aku citer ni memboringkan

my verdict is, there's nothing new about this kind of genre la gitu. mcm biasa la, no 1 mesti la yg paling best skali. sbb yg no 1 tu pun, selain daripada elemen sihir ni, ada jugak elemen yang buat org tertanya, aik kenapa Oznur plak kene kacau, dia bukan ada ikatan ape pun ngan si Nisa tu. kalau korang memang biasa tgk zombie, korang akan rasa, oh yeah, hantu-hantu dalam movie ni suma dah macam zombie gitu. cuma sis is frust sbb banyak scene seram tu rupe-rupenye mimpi je

masuk no 2 tu, erm dah rasa boring dah. sis kata boring sbb sis mcm biasa la, nyampah ngan citer tak logik ni. ko dah tau rumah tu berantu, gigih jugak nak masuk sorang-sorang. konon nak menyiasat la. tapi kalau korang suka movie seram, silalah tgk.

cuma sis agak terganggu jugak, sbb penggunaan ayat ayat Quran dalam sihir ni. kalau ikut subtitle dia akan tulis surah Al Quran atas tulang babi. sis pun rasa macam erk biaq betik?? dah mcm elemen penghinaan kat situ. pastu bomoh dia tu selamba badak je pegang babi. masa scene korek kubur bleh plak berzikir La hau la wala quwatta illa billah. pastu bomoh tu pun, orang jumpa die kene pakai tudung tutup rambut hokkay. padahal ko tu bomoh bersekongkol ngan setan kot. sis confused islam ke bomoh ni? pastu bela hanjeng plak tu.

sis kasi 5/10 utk movie ni. sis tgk movie ni terus delete, sbb tak rasa nak rewatch. ha gitu la
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2018 11:51 AM | Show all posts


Tajuk : The Greatest Showman

Sinopsis :
Movie ni lebih kepada muzikal macam pitch perfect tapi lagu lagu dia best.
Macam PP dia pakai lagu orang tapi movie ni dia buat lagu berdasarkan apa yang terjadi that time.
Lagi satu movie ni best sebab banyak pengajaran yang kita boleh dapat.
Pelakon pon hebat-hebat. Hugh Jackman (Wolverine) jadi PT Barnum, Zack Epron(xtau betul x eja.haha) jadi Philip.

Permulaan cerita, Barnum masa kecik teman bapak dia g buat baju rumah orang kaya.
Masa kat sana, dia main mata dengan anak orang kaya tu-Charity.
Kantoi dengan orang kaya then orang kaya tu tampo dia.

Pastu bapak dia sakit dan meninggal, Barnum jadi gelandangan tapi dalam masa yang sama dia berutusan surat dengan Charity.
Lepas tu dia kawen dengan Charity. Masa dia datang rumah nak amik Charity, orang kaya tu cakap satu hari nanti anak dia akan belik semula ke rumah tu. Macam menghina la si Barnum ni sebab dia miskin.

Diorang mulakan hidup kat rumah flat. Ada anak perempuan 2.
Satu hari tempat kerja Barnum istihar muflis. So Barnum g bank pinjam duit. Dia buka circus.
Pada mulanya tak dapat sambutan langsung. Satu malam anak pompuan dia bagi cadangan untuk buat something alive dalam circus tu.
Esoknya dia kumpul orang orang pelik untuk join circus. orang pelik tu macam orang cacat - pompuan ada jambang, laki pendek,laki tinggi.
Diorang semua disisihkan masyarakat sebab cacat.Diorang buat renovation circus, letak banner cantik dan macam-macam lagi la.
tak disangkan circus jadi terkenal.tapi dapat tentangan dari beberapa orang penduduk sekitar dan Benneth-rasanya wartawan.
Diorang cakap circus tu fake mungkin sebab pakai orang cacat.tapi Barnum tutup telinga je.
Bila Barnum kaya macam Dato Alip, dia beli villa untuk 4 orang duduk.LOL.
Pastu dia jumpe Zac Epron-Philip. dia approach untuk jadi sebahagian team diorang. Philip setuju.
Lepas tu dia jumpa pulak penyanyi tersohor zaman tu, Jenny dan dia approach Jenny untuk buat show.Jenny setuju.
Ada satu majlis meraikan kerjasama dia n jenny, ade bapak mertua dia attend.
Dia perli la bapak mertua dia.FIL dia cakap "once a tailor always a tailor" Dia marah dan halau FIL nya. Charity tengok dari jauh je.
Masa majlis tu jugak dia tak bagi 'orang-orang cacat' tu join. Diorang semua jauh hati
Kat sini konflik bermula. Barnum mula ke sana ke sini dengan Jenny. Family pn dia abaikan.
Masa dia tengah travel dengan Jenny, ade geng geng busuk ati datang buat kacau dan bakar circus.
So circus totally destroyed. Pada masa yang sama jugak tersebar gambar scandal dia dengan Jenny tengah kissing,
padahal masa tu Jenny kiss good bye dan tinggalkan Barnum.
Barnum balik daerah terduduk la musibat dia kena. Charity pon dah lari balik kampung dengan anak-anak.
Belum tamat lagi tapi penat la nak tulis, korang tengok lah sendiri ye.haha

Movie ni aku bagi 9/10.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2018 04:08 PM | Show all posts
Devil



5 strangers stucked in an elevator, and one of the is a devil.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2018 11:36 AM | Show all posts
Edited by kuewTiau at 17-4-2018 11:38 AM



Title : A Quiet Place

Movie ni baru keluar wayang awal bulan 4. Tapi aku repeat sampai 2x,first and second day sebab sangat sangat best (bagi aku la.hehe)
Overall aku suka setiap karakter pelakon, terutama sekali Emily Blunt. Movie ni sangat 'suci' sebab takde adegan ngeseks (standard cite omputih), or cium-cium ke. Parent tu adalah pasangan suami isteri in real life dan anak perempuan diorang dalam movie ni memang betul-betul OKU. Memang semua pelakon gred A lah.

Plot : In 2020 most of Earth's human population has been wiped out, in just under three months, by an invasion of sightless creatures with hypersensitive hearing. The creatures are large, fast, and have a seemingly impenetrable armored shell. They use their hearing acuity to locate and attack anything that makes noise.

The Abbott family — husband Lee, wife Evelyn, sons Marcus and Beau, and deaf daughter Regan — silently scavenge for supplies while communicating non-verbally through American Sign Language. Lee relieves Beau of a toy space shuttle, warning him that its noise could attract the monsters. However, Regan returns the toy to Beau, who secretly replaces its batteries. On the way home, Beau activates the toy, causing a loud noise. One of the creatures appears and snatches Beau before Lee can reach him.

A year later, the family is surviving on their farm. Regan still struggles with guilt over her brother's death and Evelyn is in the final stages of pregnancy. Lee attempts to repair Regan's cochlear implant, but the device fails to restore her hearing.

Later, Lee takes Marcus to a nearby river to teach him to fish and forbids Regan from joining them. Frustrated, she goes off on her own to visit Beau's grave and stays there until nightfall. Lee explains to Marcus that they will always be safe from the creatures so long as louder sounds mask their audible movements.

Alone at the house, Evelyn goes into labor. While making her way to the basement, she steps on a nail. In agony, she accidentally drops a glass picture frame, alerting a nearby creature. Evelyn flips a switch that changes the exterior house lights from white to red as a danger signal to the others. She struggles to remain silent during contractions.

Arriving at the farm and seeing the lights, Lee instructs Marcus to set off fireworks as a diversion while Lee runs to find Evelyn. He discovers her hiding in the bathroom with their newborn son and narrowly avoids another attack while carrying them to their specially-modified soundproof basement. Lee leaves to find the other children after promising Evelyn he will protect them. Evelyn falls asleep and wakes to discover that the basement is flooded with water from a broken pipe and a creature is stalking her.

Regan sees the fireworks and hurries back to the farm. She and Marcus take refuge atop the grain silo, lighting a fire to alert their father to their whereabouts. A hatch door gives way and Marcus falls into the silo, sinking into the corn and nearly suffocating before Regan jumps in and saves him.

They avoid further danger by clinging to the fallen silo door and survive a subsequent creature attack by hiding under it. Regan's repaired cochlear implant reacts to the proximity of the creature by emitting a piercingly loud high-frequency sound that drives the creature away. The children escape from the silo and reunite with Lee.

The creature returns and Lee attacks it with a pulaski while Marcus and Regan hide in a pickup truck. Lee is wounded and Marcus inadvertently shouts, attracting the creature to the truck. Lee uses sign language to tell Regan and Marcus that he loves them before sacrificing himself to draw the creature away from his children. Regan and Marcus roll the truck down a hill to escape and reunite with Evelyn and the baby at the farmhouse.

Regan, not having been allowed in the basement previously, sees her father's notes on the creatures and his experimentation with several different implants, as well as radio equipment and security camera monitors. When the creature returns to invade the basement, Regan places the boosted cochlear implant on a nearby microphone, magnifying the feedback to ward off the creature.

Painfully disoriented, the creature exposes the flesh beneath its armored head, rendering itself vulnerable to a shotgun blast from Evelyn. The security monitors show two other creatures approaching. With their newly acquired knowledge of the creatures' weakness, Evelyn and the children prepare to fight back.

Rate: Aku bagi 10/10.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2018 04:19 PM | Show all posts
Their Finest (2016)


Si cantik manis Gemma Arterton berlakon as Catrin Cole, a former secretary yang dijemput jadi scriptwriter untuk movies. Waktu ni tengah London Blitz, so Catrin and husband hidup dalam suasana perang. One day, Catrin ni disuruh jumpa Lily and Rose, twin sisters yang terlibat dalam the Dunkirk evacuation menggunakan boat bapa diorang. Other scriptwriter involved adalah Tom Buckley (mamat dalam me before you..Sam Claflin) and Raymond Parfitt. Dalam masa yang sama, Secretary of State for War kata diorang mesti add an American actor so that movie tu appeal and maklumat sampai to Americans (typical american semua dia nak kena ada). Unfortunately, mamat yang dihantar berlakon tu tersangatlah kayu, and Catrin pujuk veteran actor Hilliard untuk tolong train si kayu tu.

In between all this, Catrin and Tom developed feelins for each other, tapi Catrin terpaksa jauhkan diri because she is married kan. Tapi yang sebenarnya tak pernah berkahwin pun. Deme just long time lover and Catrin guna last name Cole as propierty ja. Unfortunately, one day dia balik London and nampak si Ellis (laki dia) tengah mengeseks dengan perempuan lain, so dia campak ring kahwin diorang and naik train balik ke office dia. Dekat situ dia type the ending untuk movie Dunkirk tu and also a ltter to Tom confessing her love for him.

Now, because of the London Blitz, banyak crew movie yang affected - cedera, mati, rumah kena bomb etc. So Catrin ni jadi sangat busy terpaksa cover macam2. Tom terima confession Catrin, and masa tu ada crew ni kata dia perlukan Catrin sebab ada masalah teknikal, and instead Tom offered to tale her place. Hah masa ni mzz menangis kaw-kaw punya because a tragedy struck at the studio.

Imdb  : 6.8/10
RT      : 90%
Mzztomato  : 3.75/5

Movie ni is somewhat part of the Dunkirk trilogy in 2016..the other being Nolan's Dunkirk and The Darkest Hour. Their Finest focuses on the more feminin approach to Dunkirk. Movie Dunkirk yang lain semua cerita pasal Dunkirk itself, the war and all. Movie ni much lighter, slightly romanticized and focuses on the Ministry of Information's effort untuk buat movie yang akan inspire rakyat. The cast is simply stellar, i love the soundtrack and i love the movie.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 08:32 AM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 23-4-2018 08:36 AM



A-jin demi human. movie jepun. adaptasi dari komik gak

movie ni mengisahkan pasal a-jin. a-jin ni manusia gak, tp manusia yg berkebolehan untuk hidup semula lepas mati. dan a-jin ni ada power lain, diorg leh kuarkan semcm saka dlm badan diorg yg leh super kuat n tolong diorg bergasak.

so alkisahnye, adalah sorg mamat ni bernama Nagai Kei. die ni student university tgh blaja nk jadi doktor, tp die rupe-rupenye die adalah seekor a-jin. jadinye die pun kene tangkap ngan kerajaan jepun dan dijadikan bahan eksperimen.  ms die jadi ujikaji tu, muncul lah 2 orang a-jin yg lain yg cuba nk selamatkan si nagai kei ni, sato si ketua dan tanaka.  tapi sato selamatkan kei sbb nk tarik kei masuk team die, sbb nk demand jepun serahkan tokyo kepada geng a-jin utk jadik tmpt diorg la gitu.  tp kei taknak dan kei pun melarikan diri. si sato dan tanaka pun, mulalah demand macam-macam kepada kerajaan jepun, tp kerajaan jepun buat bodoh je. even masa sato dedahkan yang kerajaan jepun ni treat a-jin ni mcm bahan ujikaji, kene seksa dan macam-macam lagi lah.

sato dan tanaka start la mengganas dan kumpul balik geng a-jin yg lain utk memberontak terhadap kerajaan jepun. si kei ni, akhirnye setuju la nk bantu kerajaan jepun lawan balik sato dan tanaka, sbb si tanaka ni masih dendam kat kei sbb taknak join die lg. tp camne diorg ni mati, dah mati je hidup balik. hahahha

overall aku kasik 8/10 utk movie ni.  walaupun lain bebenor dr manga die (dlm manga hero tu sekolah menengah je, pastu ada kawan baik. kawan baik die takde dlm movie ni), tp aku suka sebab citer ni matang. ala mcm citer science fiction supernatural biasa la. overall best la nak layan kalau korang dh boring tgk citer superhero tp nak layan citer mcm superhero. hahahha

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2018 08:47 AM | Show all posts


Confession. Movie korea. citer ni mengisahkan pasal seorang lelaki kaya bernama Sang Woo yg baru bangun dari eksiden. masalahnye pastu doktor sahkan dia amnesia. dan dia pun tak ingat ape ape dah. tp ntah camne die pun mulalah nk siasat pasal diri dia. rupe2nye sblm eksiden tu, dia penah upah seorang spy utk spy bini die. dan bini die tu rupenye ada jantan lain. pastu dia mulalah dpt flashback pasal kecurangan isteri dia.

ekceli kalau korg penah tgk movie arjun rampal, Yakeen, memang sebijik la jalan citer die dgn movie ni. jd aku rasa mcm boring gak sebab dah tau dah ending die camne. cuma bezanye movie ni ada adegan bogel-bogel skit, dan movie hindustan tu lg best dan tak selow melow mcm movie ni. aku kasik 5/10 jelah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2018 07:54 PM | Show all posts

In 1979, 42 patients at Gonjiam Psychiatric Hospital killed themselves and the hospital director went missing. Rumors and strange stories about the now abandoned Gonjiam Mental Hospital abound. An internet broadcaster and 6 other people decide to enter the abandoned hospital to experience unbridled fear. They begin to stream live video from inside the hospital.


tengok tadi cerita ni tadi..
dengar dari review buat teruja nak pergi tengok..awal cerita aku dah menguap....yang mengharapkan extreme punya horor..cerita ni memang bukan pilihan wajar. cerita bebudak geng paranormal yang nak naik rating diorang dengan buat cerita ..yang akhirnya makan diri sendiri..yang tak betul terus jadi betul..
aku bagi 5/10


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:14 PM GMT+8 , Processed in 0.245230 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list