CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24748|Reply: 270

Isu Tampar: Afdlin Shauki Salahkan Rosyam Nor Keruhkan Keadaan

[Copy link]
Post time 19-5-2017 11:23 AM | Show all posts |Read mode
Susulan isu penerbit David Teo ditampar Mat Over dalam majlis Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) baru-baru ini, Datuk Rosyam Nor tampil memberi pandangannya berhubung perkara itu.




Foto: MalaysiaGazette




Rosyam menegaskan David perlu mengikut pe-patah Me-layu, ‘masuk kandang kam-bing me-ngembik, ma-suk kandang kerbau me-nguak’ kerana dia enggan 'pisang berbuah dua kali'



“Pepatah itu bermaksud, jika kita berada di tempat orang, kita harus ikut adab atau peraturan di situ.

“Namun sebaliknya berlaku apabila David bertindak mempertikaikan cara pengendalian majlis. Nasib baik saya boleh tahan marah dan kembali mengawal keadaan,” katanya kepada Utusan Online.


Memetik portal Utusan, Rosyam jelas terkilan dengan isu berkenaan kerana menurutnya insiden itu tidak sepatutnya berlaku selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuka peluang untuk penggiat seni berdialog secara bersemuka dengannya di kediaman beliau.


“Bagaimanapun, Perdana Menteri ada beritahu bahawa beliau suka cara saya mengendalikan sesi dialog itu dan juga idea-idea yang dilontarkan oleh penggiat seni,” katanya.


Dalam masa sama, Rosyam bersyukur masih tenang ketika insiden berlaku.


“Saya bukan baharu jadi pengacara dan sudah lama dalam dunia seni. Syukur kepada Allah SWT sebab memberi kematangan dalam diri walaupun orang lain belum tentu dapat menanganinya,” ujarnya.


Sementara itu, pelawak Afdlin Shauki bagaimanapun menyalahkan Rosyam ke atas insiden terbabit dan menyifatkan tindakannya mengeruhkan lagi keadaan.




Foto: mStar Online




"ada saya Moderator yang bersalah kerana tak mengawal keadaan dengan baik. Kemudian satu Malaysia dengar dia berkata pada PM 'dia ni memang kurang ajar datuk seri!'" tulisnya di akaun Instagramnya.




Foto: IG Afdlin Shauki




Pada masa sama, Afdlin turut menggesa Presiden Persatuan Seniman Malaysia Zed Zaidi mengambil tindakan terhadap Rosyam disifatkan memalukan penggiat seni tanah air.


Macam-macam pula yang timbul daripada kejadian tampar itu. Jangan disebabkan perkara itu, habis semua anak seni kita berpecah-belah sudah lah. Semoga semuanya dapat diselesaikan dengan aman. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2017 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu dia..pakat nk jadi hero dh
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 11:27 AM | Show all posts
setuju je apa yang afdlin cakap tu. toksyam pon tak kawal keadaan kosser
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Kita tengok zedzaidi ada tulur tak handle kes ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 11:28 AM | Show all posts
dahla rosyam .ko dah kantoi..ramai dah dengar bisikan penghasut hati busuk ko kat najib tu.lepas neh org2 dlm industri pikir byk kali nak rapat dgn ko.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 11:30 AM | Show all posts

semua pon dah berbunyik....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2017 11:32 AM | Show all posts
chup nak tanya, zed zaidi sebagai presiden seniman tiada di tempat kejadian ke? ataupun tidak diundang? ke dia ada tp ai yg tak perasan dalam commotion tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 11:33 AM | Show all posts
aku pun rasa benda yang sama..
as moderator ko x sepatutnya cakap cmtu even ko x berkenan prngai si DT tuh..
kena lah playsafe jadi tengah2 jek..
kdang aku rasa rosyam ni jenis tak boleh orang pertikaikan apa dia buat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2017 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Err.. part Afdlin minta Zed Zaidi ambil tindakan tuh....serius atau perli..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 11:38 AM | Show all posts
setuju gak....
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
tudia.. artis lelaki pun nak berdrama jugak
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 11:41 AM | Show all posts
Bm7add9 replied at 19-5-2017 10:33 AM
Err.. part Afdlin minta Zed Zaidi ambil tindakan tuh....serius atau perli..

iols pon rasa cam perli. sambil dia sebut zed zaidi sambil dia rolling eyes dalam hati gamaknya
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 11:43 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Haah, iols taknampak jedjedi pun malam tu. Yg iols nampak ada jozan jahh
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Hidup afdlin
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 11:44 AM | Show all posts
habislah kalau zed zaidi campur..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2017 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Kerana mat over, david teo dan rosyam.

Semua pun turut bg pndangan. Yg ini sokong orang ni, yg itu sokong orang tu.
Sudahnya orang ni gaduh dgn orang tu. Kacau bila. Hancur lebur industri.

Jed jaidi ada submission due nih. Ttba senyap pulak. Butang tak on sbb wakil temasik takde.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
macammm macamm halll
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun rasa Rosyam penyumbang juga..


Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi yg rosyam noor kata pm puji cara dia jadi moderator tu lawakkkk Lawak sgt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:22 AM GMT+8 , Processed in 0.078325 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list