CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7174|Reply: 111

[Tempatan] 'Saya sanggup tidur di kaki lima, itu janji cinta saya kepada suami'-KO SANGGUP

[Copy link]
Post time 19-5-2017 01:02 PM | Show all posts |Read mode
'Saya sanggup tidur di kaki lima, itu janji cinta saya kepada suami'


Syah Hairizal Kamalul Arifin, Astro Awani |                                                 

Mei 19, 2017 10:17 MYT                    




                                 Pasangan yang telah menjadikan kaki lima sebagai sebahagian potret hidup sejak 2 tahun lalu dikurniakan dua orang cahaya mata. - Foto Astro AWANI

KUALA LUMPUR: "Saya sanggup tidur di kaki lima ini kerana janji saya kepada suami.

"Walau seteruk mana kesusahan, walau semiskin dan sehina mana suami saya, selagi dia adalah suami saya, saya tempuhi demi janji saya.

"Biarpun perit untuk diterima tapi saya yakin mungkin belum sampai waktunya untuk kami menikmati sedikit rasa bahagia dan senang," ujar Liza (bukan nama sebenar) ketika ditemui di Jalan Tunku Abdul Rahman.

Menurut Liza seorang gelandangan di ibu kota, janji cinta setia itu dilafazkannya ketika menerima lamaran suaminya Husin (bukan nama sebenar) 8 tahun lalu.

Pasangan yang telah menjadikan kaki lima sebagai sebahagian potret hidup sejak 2 tahun lalu dikurniakan dua orang cahaya mata.



Puteri sulung mereka yang sentiasa girang ketika ditanya sebarang soalan kini berusia 6 tahun manakala putera mereka baru berusia setahun 7 bulan.

Penulis sempat menanyakan soalan kepada "si peramah" kecil molek yang ketika itu sedang menulis sesuatu di atas serpihan kotak lusuh yang ditinggalkan gelandangan.

"Adik lukis apa?" sapaku.

"Cikgu suruh lukis rumah, esok cikgu nak tengok," jawab intan (bukan nama sebenar dengan girang tanpa menoleh sedikit pun kerana asyik dengan kreativinya).

Jauh di sudut hati penulis, tahukah anak kecil ini bagaimana suasana sekolah sebenarnya sedangkan menurut bapanya hanya kanak-kanak kaki lima menjadi rakan penghibur si kecil itu lebih 2 tahun lalu.

"Pernah satu ketika kami benar-benar tidak mempunyai wang untuk membayar sewa bilik.

"Di kaki lima inilah saya bawa isteri dan anak-anak tidur," ujar Husin yang sedikit sayu.

"Perkara pertama saya buat ketika mencelikkan mata selepas tidur ketika itu adalah untuk melihat isteri dan anak-anak saya.

"Saya bersyukur sangat-sangat kerana isteri saya masih dengan janjinya itu dan anak-anak saya sedikit pun tidak menangis kerana ketidakselasaan beratapkan langit malam itu," ujarnya lagi.

Luluh hati penulis melihat mahkota ketabahan yang diberi pada insan-insan ini.

"Kenapa masyarakat perlu berterusan menghukum saya Bang?" soal Husin kepada saya.

Cerita lanjut kisah pasangan ini akan dapat anda saksikan dalam program Syah Kaki Lima - episod lapan berjudul  'Dilema Gelandangan Berkeluarga' Sabtu, 11:15 pagi di saluran 501 Astro AWANI dan di astroawani.com.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2017 01:05 PM | Show all posts
saya TAK SANGGUP bamgost..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapalah tak pikir anak2. TAnggunjawab basic ibubapa ialah menyediakan tempat tinggal utk anak.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 01:06 PM | Show all posts
xsangup menempah kesusuhana, yang bukan shj kita yg susah tp diwarisi kpd anak2..




janji setia korang berdua kotakan, xde masalah, tp jangan beranak pinak la,

anak2 xtermasuk dlm sumpah setia korang berdua
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2017 01:24 PM | Show all posts
ronapink replied at 19-5-2017 05:05 AM
saya TAK SANGGUP bamgost..

susah kemudian mendaki ke senang ok la.kalau susah pastu takde usaha memang iols rasa baik cabut kot
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 01:26 PM | Show all posts
GhostWalking replied at 19-5-2017 01:24 PM
susah kemudian mendaki ke senang ok la.kalau susah pastu takde usaha memang iols rasa baik cabut k ...

saya xnak susah2 dahulu senang2 kemudian..

lelaki xboleh dipercayai time dah senang dengan kita
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2017 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh 2 tahun hidup gelandangan...takkn x terpkir nk ubah nasib...cari keje la...kesian anak2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 01:44 PM | Show all posts
cannot hadam la orang macamni.. ini bukan takdir.. usahala sikit.. sian anak-anak..
tak kan semua orang nak suap.. mohon belajar cara hidup dan membina kehidupan dari orang indonesia bangla nepal tu semua ea..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2017 01:44 PM | Show all posts
Bersepah gelandangan tido area kakilima around kl

tak sakit demam lak bdk2 tu

tgh2 mlm seblum tido berlari ke hulu ke hilir

sejuk berembun
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Cmne diaorg buat projek ye? Di kaki lima jugak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 01:47 PM | Show all posts
mana la dia buat anak kecik dia tu...considering dorg ni gelandangan
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Tulus suci sangat cinta pun jangan sampai jadi bodoh
Ni pada aku la
Org lain aku xtau
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 01:54 PM | Show all posts
hurmmm...satu dalam seribu
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Selfish parents...bukan pasal setia ke tak sekarang ni...lagi penting pikir pasal tanggungjawab pada anak2 tu...sampai hati biar anak2 tidur kat kaki lima...

Kena cari jalan untuk hidup...mungkin KL tak sesuai sebab taraf hidup tinggi...buleh la cuba berhijrah ke luar bandar ke...sewa pun murah penduduk pun bertimbang rasa buleh buat kerja2 kampung lagi...jgn duk fikir nafsu sendiri je..pikir anak2 dulu...bagi rumah yg sempurna makan minum dan yg penting hantar gi sekolah....please la
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
boleh tak encik pegi kerja? contoh mcm pelayan kedai or kerja mcd. yg boleh dpt mkn free atau tempat timggal free?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 01:56 PM | Show all posts
Kejam sangat dua maknusia ni - pasal cinta sanggup bagi kehidupan yang daif pada anak anak. Emak ayah jenis apakah mereka ini ya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2017 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Lebih baik jd gelandangan daripada kerja ladang mcm buruh indon..ye dak..
Indon kt kg aku senang lenang..dok ambil upah buat kebun orang sana sini...
Yg rakyat tempatan lebih rela jd gelandangan di bandar besar..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Pemalasssss......

Tu je yg aku blh kata....kedai mkn bukan main susah nk dptkn pekerja...terpaksa amik rakyat asing....klu dpt rakyat tempatan, dorang bersyukur sgt....tapi rakyat tempatan suka jd gelandangan....


Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 02:17 PM | Show all posts
x sanggup aku...
biar la x kawin...
Nauzubillahiminazalik..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 02:21 PM | Show all posts
dorang berprojek celah kotak ke?

setia membabi buta. pi la cari kerja. tgk fb semua org simpati. aku x simpati pon. kerja malas harap doa je nasib berubah sila pegi mati.

macam mana ada mak bapak yg sanggup biar ank hidup gelandangan. org kawen dia pon nk kawen jugak. nak ubah masa depan lansung xnak.

ada jugak geng fb yg harap kisah percintaan gelendangan gini didramakan. konon kagum sgt la sbb ada perempuan setia hdup susah gini.puii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 09:45 PM GMT+8 , Processed in 0.363871 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list