CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4760|Reply: 58

[Tempatan] FINAL PIALA FA: KEDAH JUARA!!!!!!! 3-2

[Copy link]
Post time 19-5-2017 01:33 PM | Show all posts |Read mode
Edited by GhostWalking at 20-5-2017 03:34 PM

BARISAN pemain Kedah akan mengerah segala kudrat untuk menewaskan Pahang pada final Piala FA di Stadium Shah Alam esok.


JAGOAN utara, Kedah tidak berasa gentar untuk berdepan pasukan gergasi Pantai Timur, Pahang pada aksi final Piala FA di Stadium Shah Alam, esok.
Skuad bimbingan Mohd. Nidzam Adzha Yusoff itu tekad mempamerkan semangat juang tinggi untuk menahan amukan skuad Tok Gajah bagi menamatkan penantian sembilan tahun merangkul trofi sejak kali terakhir dimenangi pada tahun 2008.
Kapten Kedah, Khairul Helmi Johari serta rakan sepasukan enggan mengaku kalah sebelum tiupan wisel terakhir kerana skuad Helang Merah mempunyai keberanian dan perjuangan yang kental.
Katanya, pemain-pemain Kedah akan beraksi dengan penuh bertenaga tanpa mengenal erti penat dan lelah kerana mereka tidak mahu pulang dengan tangan kosong.  
“Kedah mempunyai kekuatan tersendiri. Kita bermain sebagai satu pasukan,” katanya.
Juara Piala Malaysia edisi 2016 itu pernah menjuarai Piala FA pada 1996, 2007 dan 2008.




Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0519&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4hV3DWzaV


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-5-2017 01:35 PM | Show all posts
Piala FA: Ini Agenda Nidzam Adzha     
Diterbitkan: Jumaat, 19 Mei 2017 10:33 AM






                                           (Ubah saiz teks)        


KETUA jurulatih Kedah Mohd Nidzam Adzha Yusoff mempunyai agenda tersendiri dalam perlawanan akhir Piala FA bertemu Pahang di Stadium Shah Alam pada Sabtu.

Legenda skuad hijau kuning itu mendedahkan, setelah berjaya menjulang Piala FA sebanyak dua kali sebagai pemain pada 90-an, kini beliau ingin mendakapnya sebagai jurulatih.

Menurut Mohd Nidzam, beliau tidak menjangka akan mengendalikan pasukan Kedah sebagai ketua jurulatih pada perlawanan akhir Piala FA kali ini.

Bagaimanapun, cabaran itu perlu dihadapinya selepas Tan Cheng Hoe dilantik sebagai penolong jurulatih skuad Harimau Malaya.

"Semua mahu menjadi ketua jurulatih tetapi tanggungjawabnya bukanlah mudah. Ia perlukan tumpuan, dedikasi dan kekuatan mental bagi menhadapi segenap tekanan yang datang.

"Setelah bersama Cheng Hoe dan Kedah sejak 2015, saya tidak menghadapi masalah untuk mengenal pasti keupayaan pemain dan juga corak permainan.

"Corak permainan kita mengikut kemampuan barisan pemain dan kesungguhan. Ia memberikan hasil sejak 2015.

"Tetapi ini bukan keselesaan untuk saya dan pemain kerana banyak juga yang perlu diperbaiki jika inginkan kemenangan," katanya kepada mStar Online.

Mohd Nidzam memberitahu, kemenangan pada separuh akhir lalu tidak boleh dijadikan ukuran bahawa skuadnya mampu sebaliknya memerlukan lebih usaha untuk berjaya.

"Dalam perlawanan akhir ini kita akan bertemu Pahang dan mereka juga layak kerana mempunyai kekuatan tersendiri.

"Apa yang penting kita perlu memberi sepenuh perhatian dan berusaha untuk membawa pulang Piala FA ke Alor Setar semula selepas kali terakhir pada 2008.

"Kita juga tidak terlepas pandang bahawa Pahang akan menurunkan penyerang import baharunya dari Argentina, oleh itu persiapan akan dilakukan sebaik mungkin," ujarnya.

Bekas pemain kebangsaan itu berkata, sorakan penyokong akan menjadi sebahagian daripada kekuatan pemain di atas padang nanti untuk mereka terus berusaha mendapatkan kejayaan.

MS
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Tok jib vs tun det

Ada org hantar kat wasap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2017 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kita tengok siapa yang menangggg
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 05:00 PM | Show all posts
saya sokong KEDAH!!! sbb sy sokong tun M..hehehe..

harap2 game esok pengadil xberat sebelah..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2017 02:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Sementara itu di penang presiden persatuan bolasepak pulau pinang masih lagi dengan mood bercinta dan comolot nya.. walau jiran sebelah dah berjaya pi final fa cup..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-5-2017 06:28 AM | Show all posts
simbolik, PM lawan matanPM
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2017 06:30 AM From the mobile phone | Show all posts
kedah serata rata
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2017 06:36 AM From the mobile phone | Show all posts
mane bet kuih rayenye ...pertemuan menarik, rsenye perlawanan pon akak ok, berbanding lawan dgn negara uganda selatan
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2017 06:37 AM From the mobile phone | Show all posts
aok tggu koi dtg ea...walaupon koi org pahang, koi suke loghat kedah lg..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2017 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
yang penting iols suka biskut suji..
n cornflakes madu...
kenapa x letak pic kuih raya sekaliiii?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2017 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku betting 2 bekas tart raya Kedah Menang!

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2017 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
x minat bola.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2017 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
GhostWalking replied at 20-5-2017 08:38 AM
Aku betting 2 bekas tart raya Kedah Menang!

yg bawah tu nampak sangatlah menggiurkan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2017 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
scorpionkiki replied at 20-5-2017 02:20 AM
yg bawah tu nampak sangatlah menggiurkan

Kiki sana time posa best pasar ramadhan kat mana?ceq balik next week  
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2017 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Berduyun duyun bas dari Kedah semalam .tiket tentu habis. Sapa kata rakyat menderita bawah Najib??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2017 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
GhostWalking replied at 20-5-2017 12:23 PM
Kiki sana time posa best pasar ramadhan kat mana?ceq balik next week

kat tmn mahsuri ada...kat kepala batas pun ada...babe.... balik mana?
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2017 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
GhostWalking replied at 19-5-2017 01:35 PM
Piala FA: Ini Agenda Nidzam Adzha     
Diterbitkan: Jumaat, 19 Mei 2017 10:33 AM


  • ai bet 2besen ketupat palas kedah menang.. tapi sorry ler.. tak minat bola  
    Reply

    Use magic Report

    Post time 20-5-2017 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
    Oooo negara selatan x masuk final eh?
    Ooooo lupa piala fa ape la sgt
    Kami minat afc jer
    Korang ada?
    Reply

    Use magic Report

    Post time 20-5-2017 12:57 PM | Show all posts
    hogoh pahang hogoh
    Reply

    Use magic Report

    You have to log in before you can reply Login | Register

    Points Rules

     

    ADVERTISEMENT



     

    ADVERTISEMENT


     


    ADVERTISEMENT
    Follow Us

    ADVERTISEMENT


    Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

    25-4-2024 01:49 AM GMT+8 , Processed in 0.079604 second(s), 47 queries .

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    Quick Reply To Top Return to the list