View: 46098|Reply: 274
|
[Tempatan]
6 PRAMUGARI Malindo Air ditangkap bersama 6 lelaki sedang BERKHAYAL BERPESTA dad
[Copy link]
|
|
Edited by spiderman80 at 21-5-2017 09:28 PM
INILAH rumah tempat enam pramugari ditangkap bersama enam lelaki yang disyaki mengambil dadah jenis ketamin di Kota Warisan, Sepang.
6 pramugari berpesta dadah ditahan
21 Mei 2017
SEPANG – Polis menahan enam pramugari yang berada dalam keadaan khayal bersama enam orang lelaki dalam serbuan di sebuah rumah tiga tingkat di Kota Warisan di sini kelmarin selepas mereka dipercayai berpesta dadah.
Dalam serbuan pada pukul 1.30 petang, kesemua 12 individu yang ditangkap itu masih berada dalam pengaruh dadah apabila sebahagian mereka kelihatan menari-nari ketika dibawa keluar dari rumah itu.
Menurut sumber, polis yang kemudian menjalankan sa-ringan ujian air kencing mendapati kesemua suspek berusia antara 21 hingga 25 tahun itu positif dadah jenis ketamin.
“Polis turut merampas serbuk putih disyaki dadah jenis yang sama (ketamin) seberat 0.05 gram yang diletakkan di atas pinggan. Pinggan itu terletak di atas kerusi meja makan di ruang tamu rumah tersebut.
Enam pramugari antara 12 ditahan kerana dadah
20 Mei 2017
SHAH ALAM - Enam pramugari sebuah syarikat penerbangan terkemuka antara 12 individu yang ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Kota Warisan, Sepang, semalam.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, dalam serbuan jam 1.30 petang itu, penghuni rumah pada mulanya enggan membuka pintu walaupun diketuk beberapa kali oleh polis.
Beliau berkata, polis kemudiannya bertindak memecahkan pintu tersebut dan setelah diperiksa mendapati terdapat enam wanita dan enam lelaki berada dalam rumah berkenaan.
Pemeriksaan pada badan kesemua suspek tidak menemui apa-apa.
"Siasatan lanjut dalam rumah kemudiannya menjumpai satu pinggan plastik bulat berisi serbuk putih disyaki dadah ketamin seberat 0.05 gram diletakkan atas kerusi meja makan di bahagian ruang tamu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Katanya, polis turut merampas bil elektrik, segulung wang kertas RM1 dan sekeping kad yang dipercayai dijadikan alat untuk menghisap dadah ketamin juga di ruang tamu rumah terbabit.
"Soal siasat awal mendapati kesemua suspek memperoleh bekalan dadah daripada seorang lelaki dikenali sebagai Izat yang dikatakan berada di kawasan sama.
"Ujian saringan awal air kencing turut mendapati kesemua suspek berusia antara 19 hingga 25 tahun itu positif dadah ketamin," katanya.
Abdul Aziz berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Langsung gelap masa depan, ramadan & hari raya dalam penjara...
Assalamualaikum YDH Tuan.
Makluman tangkapan (6) (P) Melayu, (5) (L) Melayu dan (1) (L) India yang di siasat di bawah Seksyen 12 (2) ADB 1952 bersabit BBST Rpt: 2508/17.
1. Pengadu:
Insp Nasrul Yamani
ROT BSJND Sepang Selangor
2. Peg. Penyiasat:
Sjn Kanagarajan
AIO BSJND Sepang Selangor
4. Ringkasan kes:
Bertindak atas maklumat dadah, pada 19/05/17 jam lebih kurang 1330 hrs, pengadu bersama sepasukan anggota BSJND Sepang telah buat serbuan di rumah alamat Rumah No 53, Jalan Warisan Indah 8/16, Kota Warisan, 43900 Sepang Selangor. Sampai di alamat berkenaan dapati pintu utama rumah berkunci dan tertutup di mana pengadu mengetuk pintu beberapa kali sambil perkenalkan diri polis namun penghuni dalam rumah enggan membuka pintu. Bagi melaksanakan tangkapan pengadu dan anggota serbuan bertindak memecahkan pintu rumah berkenaan dan dapati ada (6) (P) (M), (5) (L) (M) dan (1) (L) (I) berada dalam rumah berkenaan. Setelah perkenalkan diri sebagai pegawai polis, pengadu arahkan anggota serbuan buat pemeriksaan pada tubuh badan kesemua saspek namun tidak jumpai apa2 barang salah. Pemeriksaan lanjut di dalam rumah berkenaan di saksikan oleh semua saspek telah jumpai (1) pinggan plastik berbentuk bulat di atasnya ada serbuk putih disyaki dadah ketamin AB.0.05 gram yg berada di atas kerusi meja makan di ruang tamu rumah. Di atas pinggan berkenaan juga ada (1) gulungan wang kertas RM1 dan (1) keping kad yang di jadikan alat untuk menghisap dadah ketamin. Pengadu juga telah rampas bil TNB di ruang tamu berkenaan. Pengadu telah rampas barang kes berkenaan dan juga maklumkan sebab2 tangkapan di buat dalam bahasa yang di fahami kesemua saspek dan terangkan hak2 orang di tangkap bawah 28A KPJ.
5. Butiran Tangkapan:
(Momod terpaksa delete butiran-butiran suspek demi menjaga nama baik keluarga terdekat mereka selain melindungi hak-hak peribadi seseorang daripada terdedah kepada orang ramai)
6. Urin:
Ujian saringan awal polis dapati kesemua suspek positif dadah *Ketamine*
8.Sumber bekalan:
Di perolehi daripada (1) lelaki melayu nama *Izat* di Kota Warisan.
Sekian, untuk makluman YDH Tuan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Airline mana punya pekerja tuh ? |
|
|
|
|
|
|
|
kat situ ada tulis malindo aka batik air |
|
|
|
|
|
|
|
CrowneGlory replied at 21-5-2017 06:40 AM
AA or MH?
Batik air |
|
|
|
|
|
|
|
ni nanti kena buang kerja la ye? |
|
|
|
|
|
|
|
Muda-muda lagi .. kurang kasih sayang |
|
|
|
|
|
|
|
Melayu dan dadah berpisah tiade kalau di Malaysia :zz |
|
|
|
|
|
|
|
Alahaii muda lagi. Kerja pun baru berapa tahun. Sayangnya lah ko ni dikk |
|
|
|
|
|
|
|
dewinter25 replied at 21-5-2017 06:12 AM
Camne polis dpt tahu ek
mungkin muzik terlampau kuat,jiran2 report |
|
|
|
|
|
|
|
Malindo Air.. terkemuka la sangat kan |
|
|
|
|
|
|
|
Senarai lelaki yg ditahan semue mude2 dan bisnes sendiri bisnes dadah |
|
|
|
|
|
|
|
Apa laa kerja2 laki2 tu ye..
|
|
|
|
|
|
|
|
No botol tu no ape? |
|
|
|
|
|
|
|
Lengkap maklumatnya. Kasihan keluarga mereka |
|
|
|
|
|
|
|
Kang ada yg kene saman ni tt dedahkan maklumat peribadi org kt forum. |
|
|
|
|
|
|
|
BBNU & majoriti Melayu. Hebat betul budak2 Melayu zaman skrg |
|
|
|
|
|
|
|
maxim replied at 21-5-2017 07:42 AM
No botol tu no ape?
no botol air kencing |
|
|
|
|
|
|
| |
|