CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2091|Reply: 13

Berlawak dengan Syiar

[Copy link]
Post time 21-5-2017 11:39 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 21-5-2017 11:43 AM

Al-KAFILI AL-FATAWI



AL-KAFI #620 : BERLAWAK MENGGUNAKAN SYIAR-SYIAR AGAMA
Ditulis oleh Mohamad Ashraf
Diterbitkan: 19 Mei 2017




sumber pautan asal:
http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/al-kafili-al-fatawi/1608-al-kafi-620-berlawak-menggunakan-syiar-syiar-agama




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-5-2017 11:40 AM | Show all posts
SOALAN

Apakah hukum jika seseorang itu berlawak dengan menggunakan nama-nama Allah atau perkara-perkara yang berkaitan dengan syiar Islam?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2017 11:40 AM | Show all posts
JAWAPAN

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Islam merupakan agama yang meraikan kebahagiaan dan keharmonian dalam kalangan penganut-penganutnya. Justeru, agama Islam tidak pernah melarang perkara-perkara yang mampu membawa ke arah tersebut selagi mana perkara tersebut masih lagi dalam landasan yang disyariatkan oleh agama Islam. Perkara-perkara seperti bergurau senda dan membuat lawak jenaka adalah dibenarkan jika masih mengikut etika-etika yang ditetapkan oleh agama
.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2017 11:41 AM | Show all posts
Antara perkara yang harus diteliti dalam bergurau senda dan berlawak ialah berkata benar dan tidak menipu dalam perbuatan tersebut semata-mata untuk menghiburkan orang ramai. Perkara ini telah dinyatakan dengan jelas seperti hadis nabi SAW seperti berikut:

Dari Abu Hurairah R.A telah meriwayatkan bahawa:

قَالَ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّكَ تُدَاعِبُنَا ‏.‏ قَالَ ‏ "‏ إِنِّي لاَ أَقُولُ إِلاَّ حَقًّا ‏"‏

Maksudnya :Mereka berkata : Wahai Rasulullah, adakah kamu bergurau dengan kami?Nabi SAW menjawab : “Aku tidak mengatakan sesuatu kecuali yang benar sahaja”.

Jami` at-Tarmizi no. 1990
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2017 11:42 AM | Show all posts
Merujuk persoalan di atas, hukum berlawak dengan menggunakan nama-nama Allah dan perkara-perkara yang berkaitan dengan syiar Islam adalah perlu dijauhkan dan dielakkan kerana dibimbangi perbuatan tersebut akan jatuh kepada haram. Perkara ini jelas dapat dilihat daripada firman Allah SWT seperti berikut :


وَذَرِ الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَهُمْ لَعِبًا وَلَهْوًا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا


Maksudnya : Dan jauhkanlah diri dari orang-orang Yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia.


Surah Al-An’am ayat 70


الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَهُمْ لَهْوًا وَلَعِبًا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا


Maksudnya : (Tuhan berfirman: orang-orang kafir itu ialah) orang-orang Yang menjadikan perkara-perkara agama mereka sebagai hiburan Yang melalaikan dan permainan, dan orang-orang Yang telah terpedaya Dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya).


Surah Al-A’raf ayat 51


Tafsiran ayat-ayat di atas jelas menunjukkan kepada larangan untuk mempermainkan agama dan membuat sesuatu lawak yang mempunyai kaitan dengan ajaran Islam. Hal ini bertujuan untuk menjaga kehormatan agama Islam itu sendiri sepertimana yang telah digariskan dalam maqosid Islam yang dhoruriyyat iaitu menjaga agama.  Hal ini dapat dilihat dalam firman Allah SWT seperti berikut :



ذَٰلِكَ وَمَن يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّـهِ فَإِنَّهَا مِن تَقْوَى الْقُلُوبِ


Maknanya : Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa Yang menghormati syiar-syiar agama Allah maka (Dia lah orang Yang bertaqwa) kerana Sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2017 11:43 AM | Show all posts
KESIMPULAN

Islam tidak melarang pengikutnya dari bersuka-rai dan berhibur. Namun jika perkara tersebut sampai membawa kepada menjatuhkan agama Islam dan syiar agama, maka perbuatan tersebut adalah dilarang serta jatuh kepada haram. Begitu juga berlawak dengan menggunakan nama-nama Allah dan syiar-syiar agama, jika perkara tersebut menghina agama, maka perbuatan tersebut dilarang. Akhir sekali, semoga Allah SWT menjauhi kita daripada perbuatan dan perkara-perkara yang menjauhkan kita daripada rahmatnya. Amin.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2017 12:52 PM | Show all posts
salah seorang forumer persendakan agama pooh_key.. nanti dalam kubur atau lepas mati dia akan insaf.. kat dunia dia leka lalai..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2017 03:08 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 21-5-2017 07:35 PM

content edited- inappropriate content.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2017 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Beberapa syiar yg sering dijadikan bahan jenaka termasuklah urusan Qorin. Hal ini berlaku dikalangan mereka2 yg berharta akan tetapi jahil sehingga berpaling dari petunjukNya.

Diantara surah2 yang paling tinggi nilainya yg menjelaskan ilmu Al-Hikmah ada pada surah Az-Zukhruf. Firman Allah (Tafsir)

4. Dan sesungguhnya Al Quran itu dalam induk Al Kitab (Lauh Mahfuzh) di sisi Kami, adalah benar-benar tinggi (nilainya) dan amat banyak mengandung hikmah.

Maka, menjaga adab sesuatu ilmu itu perlu jika berlaku khilaf, bilamana Allah sudahpun menjelaskan hikmah menerusi PetunjukNya.

Maksudnya begini, jika kita dgn sengaja menduga sesuatu ilmu yg BELUM kita mahir, sedang Allah sudah nyatakan di dalam AlQuran, mana2 tindakkan berupa kelucuan pada makna sangkaan itu termasuk dosa2 besar dan lebih parah, jika dijadikan alat utk memuaskan hawa nafsu yg berakhir dgn "murtad nyata" a.k.a "kafir kpd Allah".

Kerana itulah, Allah dan Rasul memerintahkan kpd sesiapa jua yg mahu beriman, "jgn memperolokkan agamaNya". Ini kerana, akibat dari tindakan itu, akan menjadikan diri kita muflis diakhirat kelak.

Jika kita buka surah Az-Zukhruf, kebanyakkan mereka2 yg disesatkan Allah berkisar pada hal2 ini :
1) Menyatakan malaikat itu perempuan
2) Memfitnah Qorin yg dihantar oleh orang lain (byk berlaku dari kalangan para Ustaz2 yg terkenal, para guru, bomoh dan di page ini juga tidak kurang fitnahnya)

Sedangkan, mereka2 yg merasakan diri mereka itu diberi Petunjuk olehNya tidak sama sekali Allah swt perkenalkan diriNya Allah?

Jika mahu dihitung, ilmu2 para ilmuwan yg terdahulu, byk yg mengelirukan, malah ada juga dikalangan mereka, tidak kenal Allah yg sebenar2nya!

Inilah hakikat, hak menjelaskan kefahaman sesuatu ilmu itu hanya dari Allah.

Bila kita kerap memperolokkan urusan agama, pastinya Allah akan menyesatkan kita hingga tiada ruang utk mendapatkan kebaikkan dariNya (pahala) melainkan dosa semata2.

Nak lawak? Ikutlah cara Rasullullah. Berkata benar atau jika tidak tahu diam (bertanyalah dgn menjaga adab)
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2017 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahukah anda, kisah2 yg terdapat di dalam surah Az-Zukhruf akan menjelaskan hakikat orang yg disertakanNya dgn syaitan sebagai pendamping (Qorin).

Dan kerja Qorin ini adalah utk mengarah seseorg itu "memperolokkan agamaNya" dan juga mengajak manusia "jauh dari agamaNya" (mensyirikkan Allah) meskipun seseorg itu berbuat amal kerana Allah, hakikatnya, mereka2 itu muflis diakhirat kelak.

Bilamana jelas, kita hanya meminta perlindungan Allah, maka tak akan Dia sertakan syaitan sebagai pendamping (Qorin). Dan syaitan pendamping ini juga tidak tertakluk kpd jin, akan tetapi manusia jua.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2017 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang2 yg beriman, kerja mereka menjelaskan PetunjukNya. Syaitan itu pula menjelaskan kesesatan.

Apa nak dikisahkan, dalam board agama pun, tak ada keadilan dari mana2 Admin board. Semua sembang syok sendiri aje, akan tetapi hak Allah tak sama sekali ditegakkan?

Berbaloikah amal orang2 yg tidak membela hak2 Allah? Akhirnya muflis berserta mereka2 yg memperolok2kan dan menduga2 Allah... Na'uzubillah huminzalik.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2017 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kita copy paste apa yg mufti kata, akan tetapi kita biarkan yg jahil bermaharaja-lela?

Apakah saya kini berada di board agama hindu, atau buddha? Mungkin ada sejenis penyakit Allah campakkan sehingga seorang yg dungu agama mampu murtad melalui tulisannya dan kamu pula bersorak2 dibelakangnya?
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2017 11:03 PM | Show all posts
MohdNizamCY replied at 21-5-2017 04:49 PM
Kita copy paste apa yg mufti kata, akan tetapi kita biarkan yg jahil bermaharaja-lela?

Apakah say ...

kamu sendiri pun dah lebih teruk dari
makan nasi kangkang si qorin...
tapi kamu tak sedar dan xnampak
sebab Allah tutup dan tak kasi kamu sedar
itu paling lucu....
hijab berlambak lambak sampai xsedar diri...
masyallah...

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2017 01:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:59 PM GMT+8 , Processed in 0.078961 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list