View: 31431|Reply: 231
|
[Jenayah]
Inspektor polis menembak mati teman wanitanya yang memiliki skandal berjaya dita
[Copy link]
|
|
Edited by LaksamanaBentan at 22-5-2017 08:05 PM
KUALA LUMPUR: : Polis Sarawak berjaya menahan salah seorang pegawai berpangkat Inspektor yang menembak mati teman wanitanya kurang enam jam selepas kejadian.
Suspek ditahan berhampiran Pasaraya e-Mart Matang di Kuching kira-kira 9.35 malam Ahad oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah IPK Sarawak.
Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mazlan Mansur, pihaknya kini menumpukan aspek siasatan kepada motif suspek berusia 30-an itu berbuat demikian.
"Berikutan penahanan suspek, tumpuan kini diberikan pada proses siasatan, termasuk mengenal pasti motif sebenar pegawai terbabit membunuh mangsa.
"Fokus siasatan bertumpu kepada masalah peribadi antara mangsa dan suspek," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
BACA: Polis Sarawak buru Inspektor disyaki tembak mati teman wanita
Bagaimanapun, Mazlan tidak menyatakan sama ada senjata api digunakan dalam pembunuhan itu dirampas daripada suspek.
Mazlan turut mengesahkan suspek bertugas sebagai Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Belaga.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang tadi, seorang wanita ditemui mati di rumah keluarganya di Kampung Kakai, Serian, dipercayai ditembak teman lelakinya yang juga seorang pegawai polis.
Bagaimanapun difahamkan mangsa, Siti Nadirah Abdullah, 33, dikatakan berkahwin secara rahsia dengan suspek, yang juga seorang pegawai polis di Belaga tahun lalu, namun masih belum dikurniakan anak.
Siasatan awal mendapati suspek memasuki bilik tidur mangsa dan melepaskan satu das tembakan dan melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Saga sejurus menembak mangsa.
http://www.astroawani.com/berita ... angkap-143499?amp=1
bertengkar mengakibatkan kematian |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
malu la sikit.. ade proton saga je pon |
|
|
|
|
|
|
|
Haishhh.. mentang2 ada pistol.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lokal sarawakian ke bini dia tu? Cam rupa Sarawakian jer..... |
|
|
|
|
|
|
|
Suka suki je tembak org |
|
|
|
|
|
|
|
Klu dh kawin secara rahsia
Bknlh teman wanita
Xfhm lh status dorg based on tulisan reputz ni |
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 22-5-2017 01:48 AM
Klu dh kawin secara rahsia
Bknlh teman wanita
Kan? Ngoks tol. Kalu dah Bini sah gelfren kejadahnya. |
|
|
|
|
|
|
|
kabukiman replied at 22-5-2017 01:51 AM
Kan? Ngoks tol. Kalu dah Bini sah gelfren kejadahnya.
Atau kahwin tanpa nikah |
|
|
|
|
|
|
|
Inspektur Sahab? |
|
|
|
|
|
|
|
Kawin secara rahsia? Apsal nk kena rahsia2 ada bini lain kah? |
|
|
|
|
|
|
|
Senang2 je tembak org |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 22-5-2017 07:20 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
takziah kepada keluarga mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
Bini lawa husband x berapa.. kes jealous la ni |
|
|
|
|
|
|
|
inspektor ni mesti pakai cawat..org pakai cawat tak reti undi |
|
|
|
|
|
|
|
Note: Thread has been banned by manager
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 22-5-2017 01:43 AM
Lokal sarawakian ke bini dia tu? Cam rupa Sarawakian jer.....
Kejadian mmg kat sarawak...
X pelik kalau mereka rupa sarawakian |
|
|
|
|
|
|
|
akusukaq replied at 22-5-2017 01:40 AM
malu la sikit.. ade proton saga je pon
Kira betul dah pangkat inspektor ada proton saga.
Kalau ada bmw, audi, merc ke.. pelik pulak |
|
|
|
|
|
|
| |
|