View: 2692|Reply: 29
|
[Tempatan]
Mamat rampit maut ketika sedang lumba haram di ipoh perak.
[Copy link]
|
|
21 MEI 2017
[url=]
[/url]
IPOH - Seorang remaja lelaki dipercayai mat rempit maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta ketika sedang berlumba haram di Jalan Sultan Azlan Shah di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi tadi, mangsa yang berumur 19 tahun dari Sungai Siput, dekat sini maut di tempat kejadian.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak Deputi Superintendan Mohd Mahiri Hussin berkata, kejadian berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC, bergerak dalam sekumpulan mat rempit yang menjalankan aktiviti lumba haram di kawasan tersebut.
"Sebaik tiba di tempat kejadian, sebuah kereta jenis Proton Satria yang dipandu lelaki berumur 21 tahun merempuh belakang motosikal mangsa sehingga menyebabkan mangsa terjatuh dan maut.
"Selepas rempuhan berlaku, pemandu lelaki tersebut kemudiannya ditahan oleh kumpulan mat rempit tersebut dan memukulnya beberapa kali," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mohd Mahiri berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat, manakala pemandu kereta berkenaan menerima rawatan lanjut di hospital yang sama dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) APJ 1987.
Dalam kemalangan berasingan, seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah bas Perak Transit di Kilometer 41.8 Jalan Ipoh-Kuala Kangsar, 30 kilometer dari sini kira-kira pukul 8.20 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Abd. Fatah Abd. Rahman berkata, mangsa dikenali sebagai Mohd Farhan Razali, 24, dari Kuala Kangsar maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah akibat tersepit.
Katanya, kejadian berlaku apabila mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Myvi dari arah Ipoh, tiba-tiba hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar bas yang datang dari arah tersebut.
"Akibat kemalangan tersebut, pemandu kereta telah tersepit di tempat duduknya dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Sementara itu, pemandu bas, Abdul Samat Abu Hashim, 55, putus jari kelingking, konduktor bas, N. Krishnan Vanni, 57, pula patah tangan kanan, manakala dua penumpang bas tersebut cedera ringan dan dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk rawatan lanjut. - Bernama
http://www.sinarharian.com.my/se ... umba-haram-1.677916
|
|
|
|
|
|
|
|
Macam mana kereta tu langgar belakang moto...kereta tu join rempit sama ke..
Takziah buat pemandu kereta.. |
|
|
|
|
|
|
|
pearl.silver replied at 22-5-2017 07:06 AM
Macam mana kereta tu langgar belakang moto...kereta tu join rempit sama ke..
Takziah buat pemandu ...
Kes motor xde lampu belakang kot.. n pakai baju hitam ... bawak laju .. kete. Xnampak terlangar .. |
|
|
|
|
|
|
|
Sesama dorang je ni kot. Sama2 kejar atau potong lampu merah. Pastu yg kereta terlebih laju jd tersondol yg motor depan.
Memandai je aku buat cerita |
|
|
|
|
|
|
|
Tak buka aib mangsa ke sis? Nanti acik2 kepam meroyan pula |
|
|
|
|
|
|
|
Changa replied at 22-5-2017 07:58 AM
Tak buka aib mangsa ke sis? Nanti acik2 kepam meroyan pula
Hahahaha...akak ni...yg mampus tu jantan muka hauk..so akak akak bimbo acah ahlil sorga tak kisah sangat pasal buka tutup aib ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Takde duit pun buleh merempit lagi...bestkan jadi rakyat mesia... |
|
|
|
|
|
|
|
opcoz
sambil buat cerita arwah rajin g masjid
tolong bersih masjid bagai
puiii
|
|
|
|
|
|
|
|
kejadahnya letak gambar hiasan tak maklum.
satu lagi, bagero rempit atas jalan raya memang sesuai mampus awal. sebeb menyusah dan membahayakan pengguna jalan raya lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
sesama dorg apa nya, yg pmndu kete tu kena belasah
|
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirojiun. Salam takziah utk keluarga |
|
|
|
|
|
|
|
merempit secara haram pastu meroyan kena rempuh... ni mesti main cilok je tak tengok keta kat belakang rapat ke tak... |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya pemandu keta tu .. |
|
|
|
|
|
|
|
selayaknya la mampus kalau tengah merempit.. |
|
|
|
|
|
|
|
I thank you for the information! I was looking for and could not find. You helped me!
walmart headquarters |
|
|
|
|
|
|
|
Mat rempit ni laju,mcmana kete boleh langgar blakng motor,maknanya kete lebih laju dari motor,kesimplannya kete pun sama2 merempit, |
|
|
|
|
|
|
| |
|