CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6811|Reply: 103

[Jenayah] Wanita Minta Mahkamah Penjarakan Biawak

[Copy link]
Post time 22-5-2017 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by spiderman80 at 22-5-2017 09:14 PM

KOTA BHARU – “Makan tidur, makan tidur. Lepas tu pukul saya.”

Itu luahan seorang isteri ketika memberi keterangan impak di mahkamah majistret, di sini, semalam.


Dalam keterangannya itu, Wan Nor Hafiza Wan Ahmad, 30, turut memberitahu mahkamah, kejadian pukul tersebut bukan kali pertama dilakukan tertuduh, malah dia sudah sering menjadi mangsa lelaki terbabit.

“Saya seorang sahaja yang bekerja (penyambut tetamu), dia pula curi barang kemas, ambil duit saya. Saya minta dia dihukum penjara dua tahun dan selepas ini minta dia jangan datang cari saya serta anak kami lagi,” katanya.

Majistret, Nik Habri Muhammad kemudian menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap Mohammad Syahrill Mohammad, 34, selepas tertuduh mengaku bersalah.

Tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera kepada Wan Nor Hafiza di kedua-dua lengan dan mencekik mangsa di sebuah rumah di Jalan Kemboja, Taman Uda Murni, Pengkalan Chepa, di sini, pada jam 8 pagi, 10 April lalu.

Dakwaan terhadap tertuduh dibuat mengikut Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum dua tahun atau denda RM4,000 atau kedua-duanya.

Kes dikendalikan pegawai pendakwa, Inspektor Mohamad Marzuki Omar, manakala tertuduh diwakili peguam awam.

Kejadian berpunca selepas tertuduh berang apabila mangsa menemui kawan tertuduh untuk bertanyakan barang kemas mangsa yang hilang dalam simpanan.

Barang kemas mangsa dipercayai dicuri oleh tertuduh sendiri dan dijual kepada rakannya. Sejak itu, mangsa sering dipukul tertuduh dan duitnya pula diambil tanpa pengetahuan mangsa.

Nik Habri dalam keputusannya menasihatkan tertuduh yang tidak mempunyai pekerjaan itu supaya mengambil pengajaran dan menginsafi kesalahan yang dilakukan.

“Saya tidak menyebelahi sesiapa, namun menjadi tanggungjawab saya untuk melindungi mangsa. Di rumah kamu boleh jadi hero, tapi tidak di mahkamah saya.

“Perbalahan suami isteri adalah perkara biasa, tetapi apabila sudah sampai ke mahkamah akan menjadi sesuatu yang serius,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mo ... akan-suami-1.678023

Biawak: Makan, Tidur, Pukul Isteri, Repeat  

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2017 10:23 AM | Show all posts
padan muka biawak...dapat bini yg berani ok la, klu bini yang jenis menyerah ja, asal berlaki...
ermm...bertahan situ la...
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2017 10:39 AM | Show all posts
camne ye tergamak suami tu pukul, cekik isteri sendiri?
bagus isteri dia suh penjarakan saja
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2017 10:41 AM | Show all posts
mcm kes sorg tu..dia pergi balai suruh polis tangkap laki dia psal asik kena pukul..tapi kes malam tu berat sgt sebab dalam keadaan berdarah2 dia pegi balai. on the spot polis heret dia masuk lokap.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2017 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki tibai bini ni dayus sangat.
Semoga mereput :
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2017 10:48 AM | Show all posts
padan muka bewak gabok
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-5-2017 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Mintak jauh lah spesis laki macam ni tu pun dah banyak kali dia pukul bini dia.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2017 11:22 AM | Show all posts
padan muka...mujoq bini tu panjang akal... mereputla hang kat penjara...awatla dua tahun..buh p la 20tahun...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2017 11:22 AM | Show all posts
Aku tengok berita ni malam tadi, terus bersorak "YOU GO, GIRL!!!"

Semoga lebih ramai mangsa2 biawak idop di luar sana dapat keberanian untuk bertindak macam akak ni. Sampai bila nak jadi kain lap kaki.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2017 11:24 AM | Show all posts
Kalau dah makan tido makan tido je kerja, hujung2 buat bini macam punching bag, memang tak payah simpan dah.
Bagi je kat mahkamah biar mereput dalam penjara.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2017 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
biawak spesis ni rpnya...awat mintak 2 thn je...skjp je tu..mintak fasakh siap2,ye kak.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2017 11:27 AM | Show all posts
patut direjam smpai pgsan je org mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2017 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
2 taun je. Jgn lepas kuar ko bunuh bini n anak ko plak. Alang2 nk makan tido je , elokla dok penjara seumur hidup. Free tkyah keje kan
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2017 12:10 PM | Show all posts

Isteri terseksa, minta suami pemalas dipenjarakan!!

Edited by xanderz at 22-5-2017 12:11 PM

Wanita mohon mahkamah penjarakan suami


Mohammad Syahrill Mohammad, 34, (tengah) dihukum penjara dua tahun selepas mengaku bersalah.



KOTA BHARU – “Makan tidur, makan tidur. Lepas tu pukul saya.”

Itu luahan seorang isteri ketika memberi keterangan impak di mahkamah majistret, di sini, semalam.

Dalam keterangannya itu, Wan Nor Hafiza Wan Ahmad, 30, turut memberitahu mahkamah, kejadian pukul tersebut bukan kali pertama dilakukan tertuduh, malah dia sudah sering menjadi mangsa lelaki terbabit.

“Saya seorang sahaja yang bekerja (penyambut tetamu), dia pula curi barang kemas, ambil duit saya. Saya minta dia dihukum penjara dua tahun dan selepas ini minta dia jangan datang cari saya serta anak kami lagi,” katanya.

Majistret, Nik Habri Muhammad kemudian menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap Mohammad Syahrill Mohammad, 34, selepas tertuduh mengaku bersalah.

Tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera kepada Wan Nor Hafiza di kedua-dua lengan dan mencekik mangsa di sebuah rumah di Jalan Kemboja, Taman Uda Murni, Pengkalan Chepa, di sini, pada jam 8 pagi, 10 April lalu.

Dakwaan terhadap tertuduh dibuat mengikut Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum dua tahun atau denda RM4,000 atau kedua-duanya.

Kes dikendalikan pegawai pendakwa, Inspektor Mohamad Marzuki Omar, manakala tertuduh diwakili peguam awam.

Kejadian berpunca selepas tertuduh berang apabila mangsa menemui kawan tertuduh untuk bertanyakan barang kemas mangsa yang hilang dalam simpanan.

Barang kemas mangsa dipercayai dicuri oleh tertuduh sendiri dan dijual kepada rakannya. Sejak itu, mangsa sering dipukul tertuduh dan duitnya pula diambil tanpa pengetahuan mangsa.

Nik Habri dalam keputusannya menasihatkan tertuduh yang tidak mempunyai pekerjaan itu supaya mengambil pengajaran dan menginsafi kesalahan yang dilakukan.

“Saya tidak menyebelahi sesiapa, namun menjadi tanggungjawab saya untuk melindungi mangsa. Di rumah kamu boleh jadi hero, tapi tidak di mahkamah saya.

“Perbalahan suami isteri adalah perkara biasa, tetapi apabila sudah sampai ke mahkamah akan menjadi sesuatu yang serius,” katanya.

sumber : sinar harian


Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2017 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus la tu kak. Toksah la pegang prinsip asalkan berlaki
Sib baik ko cakap suruh penjarakan je. Patutnya suruh je ditembak smpi mampus
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2017 12:12 PM | Show all posts
Saya minta dia dihukum penjara dua tahun dan selepas ini minta dia jangan datang cari saya serta anak kami lagi

Sila berpegang teguh pada kata-kata ini yer kak!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2017 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
aHoi83 replied at 22-5-2017 12:10 PM
2 taun je. Jgn lepas kuar ko bunuh bini n anak ko plak. Alang2 nk makan tido je , elokla dok penjara ...

minta mahkamah buat restraining order dr jantan biawak setan ni. Tuntut fasakh sekali. Nasib pompuan ni bijak minta polis tangkap jantan ni. So dia bukan spesis asal berlaki
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2017 12:13 PM | Show all posts
Di kelate banyak 'biawak'?



Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2017 12:15 PM | Show all posts
harap jgn esok keluar penjara double tibai bini plk
tapi kudos la bini berani bwk kes ke pengadilan
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2017 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Peterpan17 replied at 22-5-2017 12:13 PM
minta mahkamah buat restraining order dr jantan biawak setan ni. Tuntut fasakh sekali. Nasib pompu ...

Ye demi keselamatan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:35 PM GMT+8 , Processed in 0.084536 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list