CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1611|Reply: 2

LAGU NASYID KLASIK TERBAIK SEPANJANG ZAMAN

[Copy link]
Post time 23-5-2017 02:54 PM | Show all posts |Read mode
Secara ringkasnya, lagu Nasyid adalah lagu yang berkaitan dengan agama Islam, puji-pujian kepada Allah SWT, kisah para Rasul/Nabi, kata-kata nasihat dan sewaktu dengannya. Pada permulaan kemunculan lagu Nasyid, ianya banyak dibawakan secara acapella iaitu nyanyian tanpa iringan muzik. Namun, tidak lama kemudian, irama Nasyid mengalami revolusi muzik tersendiri apabila muncul dengan pelbagai instrumen muzik yang lain seperti gendang, gambus, kompang, gitar dan sebagainya.Jika di Malaysia, irama Nasyid sudah lama bertapak di sini sejak era 70 an lagi dengan kemunculan kumpulan nasyid legenda Nusantara seperti Orkes Sinar Murni (Malaysia), Al-Mizan (Singapura/ 1977), Al-Jawaher (Singapura/1979), Orkes El-Surayya (Indonesia), Allahyarham Ahmadi Hassan (Malaysia) dan ramai lagi. Selepas itu, muncul pula kumpulan Nasyid era 80 an yang terdiri daripada kumpulan Nadamurni (1987) dan The Zikr (1990). Rasanya mungkin ramai sudah tahu bahawa kebanyakan ahli kumpulan Nasyid Raihan, Rabbani dan Hijjaz ini sebenarnya berasal daripada ahli kumpulan Nasyid Nadamurni dan The Zikr. Selain itu, irama Nasyid juga selalu didendangkan di sekolah rendah, menengah, mahupun institut pengajian tinggi melalui persembahan amal dan juga pertandingan nasyid yang diadakan oleh mereka sendiri. Bersempena dengan pertandingan Gema Gegar Vaganza yang tengah hangat berlangsung ini, di sini GV senarai 12 Lagu Nasyid Klasik Yang Sangat Popular di kalangan pengemar irama Nasyid sendiri. Lagu-lagu ini dipilih sebelum fenomena Nasyid  menguasai irama muzik Malaysia secara besar-besaran iaitu lagu Nasyid yang popular di bawah tahun 1997. Ada di antara lagu ini hanya diketahui oleh peminat nasyid tegar sahaja kerana tidak semua lagu Nasyid klasik ini popular di kalangan peminat muzik arus perdana. Ianya kerana lagu Nasyid Klasik pada masa itu belum lagi dikomersialkan secara menyeluruh kepada peminat muzik arus perdana sehinggalah kumpulan Raihan memecahkan tembok pasaran irama Nasyid kepada pasaran yang lebih luas dan popular. Jika berminat hendak tahu lagu manakah yang tersenarai, boleh lah baca di link ini >>> LAGU NASYID KLASIK TERBAIK SEPANJANG ZAMAN .

p/s : Terima kasih sudi baca.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2017 04:34 PM | Show all posts
Excellent post. Thank you very much!!
walmart headquarters
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2017 11:36 PM | Show all posts
panistefanin replied at 24-5-2017 04:34 PM
Excellent post. Thank you very much!!
walmart headquarters

terima kasih kerana sudi bagi komen positif.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:22 AM GMT+8 , Processed in 0.067323 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list