CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 888|Reply: 4

Malam ini, saya membentangkan prestasi kerajaan sepanjang tahun 2016

[Copy link]
Post time 23-5-2017 10:25 PM | Show all posts |Read mode


terbaik la dato sri. ni baru pemimpin buat kerja, bukan asik berpolitik saja.












Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-5-2017 10:29 PM | Show all posts


hidup najib.




SHAH ALAM: Datuk Seri Najib Razak menegaskan langkah berani diambil Kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam tempoh lapan tahun ini berjaya mencetus momentum yang meletakkan Malaysia pada landasan ekonomi yang sihat dan betul. Perdana Menteri berkata, walaupun banyak pihak terutama pembangkang memfitnah, mempersoal dan memperkecilkan segala usaha serta langkah diambil kerajaan, ekonomi negara mampu berkembang, malah pada kadar di luar jangkaan.


"Selama ini, ada orang sangsi kemampuan kerajaan BN menangani pelbagai kemelut melanda, bahkan tidak berhenti menuduh negara ini sebagai 'a failed state' atau sebuah negara gagal, waima turut menyebarkan ramalan palsu kepada rakyat, kononnya Malaysia akan tersungkur muflis dan bankrap.


"Dengan kehendak Tuhan Yang Maha Berkuasa, terbukti langkah berani diambil sejak lebih lapan tahun kebelakangan ini berjaya mencetus momentum demi momentum, yang meletakkan kita terus teguh berada pada landasan ekonomi yang sihat dan betul.


"Walau mana-mana pihak berkata begitu atau begini, saya selaku Perdana Menteri mewakili kerajaan mengambil sikap 'gentleman' dan 'anak jantan', berani membentangkan laporan prestasi transformasi negara sejak tahun 2010," katanya.


Beliau berkata demikian ketika melancarkan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (NTP) 2016 di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam. Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan pemimpin parti komponen BN. Najib berkata, apa yang dicapai Malaysia dalam tempoh itu terutama sejak beliau mengambil alih tampuk kepemimpinan negara pada tahun 2009 bukan sekadar retorik atau cakap-cakap kosong, tetapi tindakan berdisiplin yang diambil kerajaan demi melaksanakan janji dan mendahulukan kepentingan rakyat.


Katanya, ia dapat dilihat menerusi laporan beliau bentangkan kepada masyarakat selama lima tahun berturut-turut sebelum ini yang diselia, dirumuskan dan dilaporkan secara jelas oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) selaku sekretariat NTP. "Segala fakta, angka mahupun peratusan kejayaan yang dilaporkan, bukannya retorik, rekaan atau pun bak kata orang, kerajaan hanya 'syok sendiri'.


Kesemua fakta dan maklumat ini, diaudit dan diabsah oleh pihak antarabangsa yang berkecuali, bertauliah lagi berwibawa," katanya. Perdana Menteri berkata, pencapaian dalam pertumbuhan ekonomi diukur melalui Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sejak tahun 2010 yang secara purata berada pada kadar 5.1 peratus atau dua kali ganda daripada purata pertumbuhan ekonomi dunia.


Katanya, walaupun tahun 2016 dianggap sebagai tahun mencabar, komitmen kerajaan terhadap NTP memungkinkan asas ekonomi negara terus berdiri teguh sehingga membolehkan Malaysia menjadi antara negara terawal menerima manfaat daripada pemulihan ekonomi dunia. "Kerajaan BN mengambil pelbagai tindakan tepat dan keputusan yang sukar untuk mencapai sasaran Malaysia menjadi Negara Ekonomi Berpendapatan Tinggi. "Tindakan yang diambil itu termasuk memansuhkan beberapa subsidi, mengurangkan kebergantungan kepada pendapatan minyak, merasionalisasikan subsidi dan memperkenal Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang mana sekarang membawa banyak faedah kepada rakyat serta negara," katanya.



Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2017 10:39 PM | Show all posts
sebagai rakyat, saya memberikan report card gred D kepada najib
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2017 11:07 PM | Show all posts
"Tindakan yang diambil itu termasuk memansuhkan beberapa subsidi, mengurangkan kebergantungan kepada pendapatan minyak, merasionalisasikan subsidi dan memperkenal Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang mana sekarang membawa banyak faedah kepada rakyat serta negara," katanya

Komen:
So........apa yang hebatnya. Mansuh subsidi,  perkenal GST, benarkan toll operator naikkan kadar tol .....................

Hampehh
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 01:08 PM | Show all posts
Aku kasi gred F, kalau markah 6/100 saja....sama dgn GST
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.049233 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list