CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9947|Reply: 23

Fakta-Fakta Menarik Mengenai Filem Sarjan Hassan

  [Copy link]
Post time 24-5-2017 11:19 AM | Show all posts |Read mode

1. Cerita yang dituliskan oleh Ralph Modder adalah semata-mata fiction. Hanya nama Sarjan Hassan dipinjam dari nama seorang perwira tentera yang bertugas di Kem Port Dickson. Sarjan Hassan yang sebenarnya telah diberi imbuhan oleh Shaw Brothers kerana menggunakan nama beliau.


2. Lokasi utama termasuk hutan belantara adalah di Port Dickson.


3. Lamberto Avellana, seorang pengarah dari Filipina, dipilih untuk mengarah, berdasarkan beliau baru sahaja memenangi Anugerah Pengarah Terbaik Asia pada tahun 1957, dan beliau pernah mengarah 9 buah filem perang sebelum itu.


4. Seramai 34 orang krew dibawa ke Port Dickson untuk filem ini. Mereka tinggal di berek tentera dan juga telah disediakan pakaian tentera semasa penggambaran.


5. Penggambaran bermula pada Mei 1958 dan hampir kesemua pelakon extra termasuk tentera Jepun menggunakan khidmat Askar Melayu di Raja.


6. Terdapat 3 orang pemenang Anugerah Pesta Filem Asia yang beradu tenaga untuk filem ini iaitu P.Ramlee, Lamberto Avellana dan jurukamera A Bakar Ali.


7. Kos produksi menelan belanja 700,000 ringgit pada ketika itu.


8. Seramai 786 pelakon extra telah digunakan.


9. Sebanyak 8,000 rounds peluru telah habis semasa scene berperang dan tembak-menembak.


10. Sebuah lori 5 tan sengaja diletupkan.


11. Filem ini adalah filem Melayu pertama menggunakan khidmat dua orang askar British sebagai pelakon.


12. Semasa penggambaran, P.Ramlee hampir tercedera serius apabila sebuah bom meletup dari jarak 6 kaki. Beliau hanya mengalami cedera ringan yang kulitnya terdapat kesan terbakar disebabkan kejadian itu.



13. Omar Rojik dipilih sebagai pegawai Askar Jepun kerana beliau mempunyai pengalaman pernah berkhidmat dengan tentera Jepun dan fasih bertutur dalam bahasanya.


14. Salleh Kamil yang memegang watak Buang, juga pernah diseksa oleh askar Jepun. Sebab itu beliau dapat menghidupkan watak Buang itu dengan jayanya sehingga berjaya membuat penonton merasa benci.


15. Selepas filem ini, Sa’adiah mengumumkan bahawa beliau ingin bersara dari berlakon filem kerana ingin menumpukan masa dengan keluarga tetapi P.Ramlee berjaya memujuk beliau untuk filem seterusnya MUSANG BERJANGGUT.


16. Sebuah babak filem ini telah dipotong kerana durasi terlalu panjang. Babak ini melibatkan askar Jepun mengugut Ah Leng di depan Saadiah dan Annie Jasmin.


17. Pada asalnya, tiada sebarang lagu dalam filem ini tetapi selepas pemulangan Lamberto Avellana ke Filipina, P.Ramlee telah menyelitkan lagu Tunggu Sekejap.


18. Lirik Tunggu Sekejap adalah hasil bersama P.Ramlee dan Saloma.


19. Keadaan penggambaran filem ini menjadi kecoh apabila pengarah Lamberto Avellana tiba-tiba meninggalkan produksi dan terus pulang ke Filipina.



Ini disebabkan beliau terlalu tertekan dengan penggambaran filem ini. Terdapat banyak shots-shots yang tidak dapat di edit. Jadi segala baki pengarahan diselesaikan oleh P Ramlee sambil dibantu oleh H.M Rohaizad dan Kassim Masdor. Perkara ini memang dirahsiakan oleh pihak Shaw Brothers.


Semoga pencerahan cerita di sebalik tabir ini akan memberi ilmu tambahan untuk semua pembaca di The Patriots khususnya dan kepada semua peminat-peminat filem Melayu klasik secara am nya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2017 11:51 AM | Show all posts

hasan penakut..hasan penakut
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 11:59 AM | Show all posts
wahhhh... ape scene yg dipotong tu??
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 12:00 PM | Show all posts
pengarah Lamberto Avellana  ni putus asa ke sampai tinggalkan lokasi?
nasib baik ada p ramlee.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 03:50 PM | Show all posts
700 ribu zaman tu besar jugak kan
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 04:00 PM | Show all posts
good info
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2017 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Besar jugak budget. Lagu Tunggu Sekejap tu ngam gila untuk filem ni, memang genius lah PRamlee masukkan jugak.   
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 03:24 PM | Show all posts
good info
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2017 05:02 PM | Show all posts
interesting
nasib ada P. Ramlee
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2017 03:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Terus google omar rojik. Pernah keja dengan askar jepun terus.

Even p.ramlee pun boleh berbahasa jepun. Zaman dorang sekolah la zaman jepun ambik alih negara. P.ramlee memang hebat. He can even clean up the mess oleh pilipino itu
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2017 02:49 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2017 10:52 PM | Show all posts

saleh kamil tu mmg berlakon best betul. hidup watak dia jdk pengkhianat. kalao era zaman moden, ketua komunis selalu diberi kt arwah zakaria.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2017 02:57 PM | Show all posts
p ramlee tiada galang gantinye..... the one and only .... al fatihah ,....

lagu tunggu sekejap dgn malam bulan di pagar bintang mmg feveret aku ....
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2017 10:21 AM | Show all posts
TuntungReturn replied at 3-7-2017 10:52 PM
saleh kamil tu mmg berlakon best betul. hidup watak dia jdk pengkhianat. kalao era zaman moden, ke ...

Betul. Arwah Zakaria Yusuf atau Man(nama kampung) pernah bercerita yang dia kena ludah .menjadi betul lakonannya
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 12:18 PM | Show all posts
nice info..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 01:07 PM | Show all posts
Saleh Kamil memang legend

Kalau dalam naskah ni antara dialog Buang yang aku ingat.

Keras kepala semua ya..?  Keras kepala semua ya?
Bawak pegi lokap! Kita tangkap dia punya anak. Bawak! Bawak!

Aku nak keluar daripada kampung ini. Aku tak suka orang kampung mengganggu aku. Kalau mengganggu, aku tembak!

Dialog Hassan.

Sudahlah Buang jangan kau berdalih-dalih lagi. Ayskar - ayskarku sedang mengepung rumahmu. Lebih baik kau menyerah dan aku berjanji kau tidak akan diapa-apakan.


Dialog legend Hassan :

"Dengar sini kawan-kawanku sekampong, aku berharap janganlah hendaknya ada lagi manusia seperti ini (Buang) di tanah air kita..kerana manusia seperti inilah yang akan merosakkan keturunan kita. Ya...memang bangsa kita masih muda dan lemah.... tapi aku tak peduli itu semua. Harapanku adalah agar kita semua haruslah bersatu padu sesama bangsa".

Sarjan Hassan ( P. Ramlee- Sarjan Hassan,1955 )

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2019 12:27 PM | Show all posts
Sampai sekarang aku tertanya2, Apek dalam cerita ni kata Hassan jadi Gorilla (Gerilla)...

Asykar British time tu dah serender. So, Hassan & the gang ni sebenarnya asykar rejimen mana? Force136 ke? Jangan MPAJA sudah... hahahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2019 02:20 PM | Show all posts
Tak pernah tengok cerita ni. Mana nak dapat ni.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2019 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
nurrlisa replied at 26-8-2019 02:20 PM
Tak pernah tengok cerita ni. Mana nak dapat ni.

Full dari utube dgn subtitle

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2019 09:03 PM | Show all posts
sarah82 replied at 26-8-2019 04:02 PM
Full dari utube dgn subtitle

Ada full movie ya dari you tube. Okay thank you Sarah nanti nak tengok. Kena tunggu ada masa, mesti panjang ni. Sarah dah menonton ke cerita ni
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.062869 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list