CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11732|Reply: 138

[Tempatan] TMJ: Lebih baik KJ jadi Askar Wataniah, bukan menteri. #82 Tak ada faedah jawab

[Copy link]
Post time 24-5-2017 11:27 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 25-5-2017 11:33 AM

TMJ: Lebih baik KJ jadi Askar Wataniah, bukan menteri

http://www.malaysiakini.com/sukan/383230

23 Mei 2017, 6:13 petang      23 Mei 2017, 6:53 petang



Ketiadaan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada perlawanan akhir Piala FA baru-baru ini nampaknya dipandang begitu serius oleh Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Dalam kenyataannya hari ini, Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu berkata, orang ramai tertanya-tanya di manakah menteri belia dan sukan itu ketika perlawanan sukan utama tanah air berlangsung.

"Pada pendapat saya, beliau sepatutnya menjadi antara individu penting yang sepatutnya turut hadir menyaksikan salah satu perlawanan bersejarah ini," katanya melalui Facebook Johor Southern Tigers petang ini.

Menurut TMJ, beliau dimaklumkan Khairy terlibat dengan program Askar Wataniah pada malam perlawanan Piala FA tersebut.

Bagaimanapun, pada pandangannya, menteri terbabit sepatutnya memberi keutamaan pada perlawanan akhir Piala FA itu.

"Pada saya, sekiranya program Askar Wataniah lebih menjadi keutamaan, adalah lebih baik beliau menjadi Askar Wataniah daripada menjadi menteri belia dan sukan," tegas Tunku Ismail.

Perlawanan akhir Piala FA 2017 yang berlangsung di Stadium Shah Alam, 20 Mei lalu lalu menyaksikan pasukan Kedah bertemu Pahang.
Ia turut disaksikan tiga kerabat diraja iaitu dari Kedah, Johor dan Pahang.

Perlawanan sengit dan menghiburkan itu berakhir dengan skukad Helang Merah menundukkan Tok Gajah 3-2.


BERKHIDMATLAH KEPADA RAKYAT DAN INSTITUSI NEGARA BUKANNYA UNTUK KEPENTINGAN DIRI SENDIRI
Terlebih dahulu, ucapan tahniah sekali lagi kepada pasukan Kedah yang menjadi juara Piala FA dan juga Pahang yang bergelar naib juara untuk musim ini. Menariknya, perlawanan akhir ini turut dihadiri oleh tiga Kerabat Diraja iaitu dari Kedah, Johor dan juga Pahang.
Di dalam perlawanan melibatkan sukan utama tanah air ini, ramai tertanya-tanya di manakah Menteri Belia dan Sukan? Bagi pendapat saya, beliau sepatutnya antara individu penting yang sepatutnya turut hadir menyaksikan salah satu perlawanan bersejarah ini.
Dikhabarkan beliau terlibat dengan program Askar Wataniah pada malam perlawanan Piala FA tersebut. Pada saya, sekiranya program Askar Wataniah lebih menjadi keutamaan, adalah lebih baik beliau menjadi askar wataniah daripada menjadi Menteri Belia dan Sukan.
Janganlah hanya memilih untuk pergi ke aturcara yang anda pasti akan menjadi tumpuan majlis tetapi apabila sebaliknya, tidak mahu pergi kerana sudah tahu anda tidak menjadi tumpuan. Apabila anda telah menjadi seorang menteri atau ahli politik, yang sebetulnya adalah mengenai berkhidmat kepada rakyat dan institusi negara, bukan berkhidmat untuk kepentingan diri sendiri. Kalau setakat mahu menjadi popular, lebih baik menjadi selebriti, bukannya memegang jawatan sebagai seorang menteri atau ahli politik.
Dan kepada semua ahli politik dan wakil-wakil Pemuda, keutamaan tugas anda adalah turun padang dan berkhidmat kepada rakyat, bukannya mengira berapa banyak 'followers' di laman media sosial. Ini bukan pasal soal sukan dan bolasepak sahaja tetapi ini adalah tanggungjawab dan amanah kesemua ahli-ahli politik dalam negara.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Tunku Ismail turut menasihati Khairy agar tidak memilih untuk hadir ke majlis yang menjadikan beliau sebagai tumpuan semata-mata.

"Janganlah hanya memilih untuk pergi ke aturcara yang anda pasti akan menjadi tumpuan majlis tetapi apabila sebaliknya, tidak mahu pergi kerana sudah tahu anda tidak menjadi tumpuan.

"Apabila anda telah menjadi seorang menteri atau ahli politik, yang sebetulnya adalah mengenai berkhidmat kepada rakyat dan institusi negara, bukan berkhidmat untuk kepentingan diri sendiri," jelasnya.

Tambah beliau, sekiranya mahu menjadi popular lebih baik menjadi selebriti dan bukannya memegang jawatan sebagai seorang menteri atau ahli politik.

"Dan kepada semua ahli politik dan wakil-wakil pemuda, keutamaan tugas anda adalah turun padang dan berkhidmat kepada rakyat, bukannya mengira berapa banyak 'followers' di laman media sosial.

"Ini bukan pasal soal sukan dan bola sepak sahaja tetapi ini adalah tanggungjawab dan amanah kesemua ahli-ahli politik dalam negara," kata Tunku Ismail.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2017 11:37 AM | Show all posts
parop sep sep nih ...nampak macam nak maju bola ke depan tp hakikatnya mundur dr segi mentaliti
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 11:40 AM | Show all posts
komen KJ?                        
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 11:48 AM | Show all posts
hahahah.. at least KJ bukan merewang pi tempat lain..
koloje juga tengku oiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 11:53 AM | Show all posts
even... bila dah jadi menteri pon.. kene bezakan antara politician dan public servant...
ni dok berkhidmat utk umnok dan kroni.. patut nye utk sekelian rakyat

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
kali ni i sangat setuju dgn presiden baru fam ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-5-2017 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa yg lantik menteri pegang banyak sgt jawatan? Bila x blh berada di 2/3/4/5 tempat pada masa yg sama.....bising pulak dah....:
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 12:09 PM | Show all posts
What is so big about final football match anyway? Maybe gak program dgn askar wataniah tu dah berbulan2 di rancang..bukannya boleh suka2 hati kensel last minute..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2017 12:18 PM | Show all posts
meroyan la @Syd bila bae ditegur
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
askar wataniah pun penting jugak bkn perlawanan bola sepak jer yg penting. lagipun presiden fam dh hadir okla tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 12:58 PM | Show all posts
Selama ni KJ tak sedar, orang gelar dia Mat Bangla.........



Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 01:04 PM | Show all posts
ingat duduk dalam tentera polis senang2 cakap nak keluar gi tgk bola gi dating gf gi kfc etc2.  

kalau tak setuju dgn kj sebab isu2 sebelum ni, direct saja bangkitkan isu berkenaan.  bukan blame dan remehkan disiplin wataniah..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 01:30 PM | Show all posts
KJ jadi menteri bolasepak jelah kalau macam tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 01:38 PM | Show all posts
atira replied at 24-5-2017 11:53 AM
even... bila dah jadi menteri pon.. kene bezakan antara politician dan public servant...
ni dok ber ...

kebanyakan menteri is politician first.. public servant second hokay... menteri just set direction dan juga pengantara dgn kerajaan utk dapatkan bajet....


Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Komen lebih lebih kang aku dok kat dalam lokap...  Baik dok dendiam sambil korek idung...  Fuhhhhh nyaman
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 01:55 PM | Show all posts
kentel replied at 24-5-2017 12:18 PM
meroyan la @Syd bila bae ditegur

mohon abam @Syd masuk mengadap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2017 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
alaaaa tmj marah nampak..kalau tak nye lofa pg join tn50 takdak lah nak mroyan gituh...xpa na,lain match kompom pg punye KJ nih
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 02:21 PM | Show all posts
kalau macamtu semua sokan final semua kena ada KJ.. ea dop?
sokan gimnastik final nanti kat bangkok tu, sokan menembak, sokan kayak.. eh banyak la.. menteri sokan kena ada koser naruto boleh jadi sampai 8-9 orang skali gus...baru mampo puaskan at rakyat dan putera puteri..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 02:25 PM | Show all posts
piala FA jer pun bukan final world cup
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahaiiiii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.132597 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list