CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1960|Reply: 20

[Jenayah] Fakta: 40 pegawai kastam dibuang kerja setiap tahun

[Copy link]
Post time 24-5-2017 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by LaksamanaBentan at 24-5-2017 01:30 PM

SEKURANG-kurangnya 40 pegawai kastam dibuang kerja setiap tahun akibat terbabit dalam gejala rasuah.

Ini dinyatakan oleh Ketua Pengarah Kastam, Datuk T Subromaniam yang menegaskan tidak teragak-agak akan terus mengenakan tindakan keras terhadap mana-mana pegawainya yang didapati bersalah menerima suapan.


"Selepas dilantik ketua pengarah, saya telah mengemaskinikan pengurusan Jabatan Kastam terutama dalam usaha membanteras gejala rasuah dan penyelewengan.  Saya mengakui terdapat kelemahan dari segi proses penguatkuasaan dalam Jabatan Kastam.

"Bagaimana pun, saya akan cuba meneliti sistem dan proses ini agar dapat mengesan mana-mana pegawai yang cuba mengambil kesempatan menerima rasuah dan mana-mana individu yang cuba melakukan aktiviti penyeludupan," kata Subromaniam ketika ditemu bual oleh Oriental Daily.

Menurut beliau, pihak kastam akan memastikan setiap barangan diimport atau dieksport perlu mempunyai rekod yang jelas dan nama pegawai yang bertanggungjawab meluluskan kemasukan dan pengeluaran barangan berkenaan.

"Dalam Jabatan Kastam memang ada pegawai yang terbabit rasuah. Tetapi itu hanya segelintir sahaja. Disebabkan 'epal busuk' inilah menyebabkan nama kastam tercemar," ujarnya.

Katanya, Jabatan Kastam turut melakukan perubahan tempat bertugas terhadap seseorang pegawai setiap tahun bagi melicinkan gerak kerja.

"Kami tidak akan membiarkan seseorang pegawai berada di sesuatu lokasi yang sama untuk tempoh yang panjang. Sekiranya beliau ditugaskan selama 10 tahun di lokasi yang sama, beliau tentu akan rasa terlalu selesa di situ," katanya.

Subromaniam, 58, yang sebelum ini memegang jawatan timbalan ketua pengarah kastam (pematuhan/penguatkuasaan) dinaikkan pangkat sebagai ketua pengarah kastam kira-kira dua bulan yang lalu bagi menggantikan Datuk Seri Khazali.

http://www.sinarharian.com.my/mo ... tiap-tahun-1.678757

Polis lak berapa ramai?



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2017 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah jikalau begitu
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca tajuk pun dah taw isi...
Bagus kasi cantas puak makan duit haram jadah
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 02:40 PM | Show all posts
kwn aku pompuan, penguatkuasa..KP17 je..tapi kemain makan rasuahnya
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 03:00 PM | Show all posts
kentel replied at 24-5-2017 02:40 PM
kwn aku pompuan, penguatkuasa..KP17 je..tapi kemain makan rasuahnya

duit mudah uols.... tp percayalah....duit tak berkat mmg tak kemana....
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 03:02 PM | Show all posts
dinopower replied at 24-5-2017 03:00 PM
duit mudah uols.... tp percayalah....duit tak berkat mmg tak kemana....

elok lah tu..laki inspektor, bini kastam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-5-2017 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada ke pgawai kastam yg x mkn rasuah..yg dulu ketua cwgn berazam nak bersih dari rasuah pun dh gelap mata tgk duit,
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 03:43 PM | Show all posts
Ada orang aku kenal , laki inspektor, bini imigresen. Hidup, mak aihh, designer head to toe. kasut tu stakat 2000 sepasang mmg xheran la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2017 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Pegawai2 kastam ni kebanyakannye bangse ape ye, ade mkn babi byk sgt ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 04:12 PM | Show all posts
ex adi bebird x de tanda2 nk kena buang ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
kelapaparut replied at 24-5-2017 04:05 PM
Pegawai2 kastam ni kebanyakannye bangse ape ye, ade mkn babi byk sgt ke?

X kire bangsa dah . Klu dah mkn duit haram mmg perangai mcm Babi wlupun xmkn Babi...
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 04:49 PM | Show all posts
pernah berborak dgn kwn kastam
lori2 yg lalu dah stanby envelop utk dihulur ke pegawai
hulur bukan sikit
yg mana tengah kering tu mau x mau sebat jugakla
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 04:59 PM | Show all posts
Tak berkat makan duit haram, skang gred2 bawah pon dah makan rasuah. Yg atas2 lg lah
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 01:54 AM | Show all posts
chinta89 replied at 24-5-2017 04:12 PM
ex adi bebird x de tanda2 nk kena buang ke?

y tu imigresen kan. bukan kastam
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 01:54 AM | Show all posts
selalu gak berurusan ngan kastam. tp x de lak y mintak. dan mmg x hulur pon
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 12:39 PM | Show all posts
layak la................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2017 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus ketua pengarah kastam baru ni ...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 03:21 PM | Show all posts
emmm...kenal juga ngan kastam..hidup jgn cakaplah...mewah betul....
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2017 02:33 AM From the mobile phone | Show all posts
chinta89 replied at 24-5-2017 04:12 PM
ex adi bebird x de tanda2 nk kena buang ke?

Dia dah lama kena buang keje la. Siap kena buang daerah lg. Tu pasal dok melaka skang kalo x silap.

Btw dlu i pun keje buang org jugak. Senang je nk buang ni dgn syarat bos bg kerjasama. Huhu
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2017 05:29 PM | Show all posts
greantea replied at 25-5-2017 01:54 AM
selalu gak berurusan ngan kastam. tp x de lak y mintak. dan mmg x hulur pon

kan xde pulak yg komen bagus ramai2 kat sini?
kalo yg kata aku kenal dgn kastam A nie hidup mewah bagai. dah buat aduan dah ke kat sprm?

paling x boleh blah yg dikatakan kawan bila jumpa kawan keje kastam. "eh ko xkan xde brg baik? kalo ada bagilah sikit dgn aku"

lagi satu ayat pertanyaan. " mercun xde ke?"

apa ko ingat suma kastam mcm kastam yg ko ckp. ko ingat suma imigresen mcm yg imigresen yg ko ckp.

selamat menyambut bulan ramadan dan menjalani ibadah puasa. hehe.




Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 05:29 AM GMT+8 , Processed in 0.068119 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list