Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
Search
12Next
Return to list New
3959
View
40
Reply

Balik dari Hospital ada Menumpang??

[Copy link]

Author: catalina    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 24-5-2017 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
As Salam,

Akak baru saja masuk hospital 8hb Mei baru2 ni sehingga 11hb Mei iaitu 4 hari disebabkan hemoglobin rendah.
Masa di hospital, doc terpaksa buat blood transfusion nak bg Hb akak naik dengan cepat sbb takut akak anemic dan akak dah jadi semput disebabkan oksigen rendah. Masa ni jgk BP akak mmg tinggi sampai 200 lebey saja sampaikn doc nak bg 1 lg jenis ubat menjadikan 5 jenis ubat BPressure.
Ok cut short story khamis tu akak mntk jgk balik rumah. Ptg tu kul 6 baru setel semua dptlah balik. Malam tu akak pegi makan di Tesco dulu. Balik tu husben akak rasa tak sedap badan dan dia demam. Sampailah Isnin dia demam. Selasa tu pulak akak demam. Tak boleh nak tido jadinya. Jadi sangat gelisah. Kat kaki kiri rasa semacam. Macam rasa gatal tp tak gatal. Rasa nak menangis. Orang kata libang libu. Rasa penat susah nak menafaslah macam2....klu berdiri rasa nak pitam. Dahaga pulak tu. dah minum tp tetap rasa dahaga. Akak ingatkan sbbkan demam ni badan terasa sangat lemah.
Rabu tu sbbkan dah tak tahan akak pegilah wad kecemasan. Memang dah tak berdaya nak menapak terpaksa guna wheel chair ke situ. Pd perasaan akak mungkin sbb kan HB masih low so itu yg lemah sangat jadinya.
Tp dlm hati akak sudah berkata2 ini bukan sakit biasa2 sbb akak tak pernah rasa mcm ni sebelum ni. Tp susah nak convincekan husben sbb dia skeptikal skit hal ubat2 benda ghaib ni. Lagipon akak tak pernah berubat alternatif ni kan.

Hujung minggu akak balik kg jumpa mak akak. Walaupon akak lemah sgt nak berjalan mcm nak putus nyawa.akak ckp akak x boleh tido malam sbb asik terkejut. Mak akak spontan aje ckp, "kamu dpt di hospitallah tu. biasalah hospital mcm2 ade..."
Akak terkejut sbb dlm hati akak terdetik mcm tu tp tak sangka lak akan jd pd diri snd. Akak selalu beranggapan akak ni jenis kuat semangat. Tak mudahlah benda2 halus ni nak hinggap pd akak kan. Lagi pun bukannya 1st time akak masuk hospital, dh selalu sangat dah cuma kali ni yg bezanya akak ade buat blood transfusion. Tgh2 malam seret bag darah tu masuk toilet sbb nk berak punya pasal..hahaha...ms masuk toilet tu ingat jgk benda bukan2 tp malas pk banyak2 masa tu......
Sampailah isnin keadaan akak bertambah teruk. Yg jadi muskilnya BP akak makin normal. Bayangkan drp 200+ trus drop jd bawah 120/90. Paling rendah 107/76. Pernafasan jd makin teruk. Akak dah tak daya bernafas. Terlalu penat....Selera makan hilang dah banyak hari. Sentiasa rasa dahaga. Kawan akak suruh berjumpa dengan seorang Haji ni di Darul Shifaa. Akak dh tak tahan dah, husben akak bawakkan jgk atas desakan kawan akak. Sampai depan pintu pagar rumah haji tu akak dah tak boleh berdiri. Lepas bagi salam sementara nak tunggu dia buka pagar akak dh terduduk. Dah tak ada tenaga untuk berdiri. Husben papah akak masuk dn duduk atas kerusi. Sementara menunggu haji tu solat isyaa akak duduk atas kerusi yg akhirnya akak jatuh duduk di lantai sebab penat sangat duduk atas kerusi. Penantian 10 minit terasa sangat lama dan menyakitkan.

Wife haji tu tolong buatkan Rukyah. Masa mula2 dia bacakan Ayat2 Rukyah dahi akak berpeluh. Kaki dilunjur terasa sangat melenguhkan. Kemudian peluh hilang sendiri. Boleh rasa pernafasan semakin pulih. Tak lagi rasa penat seperti mula2 datang tu. lega rasanya...Kata wife haji tu mmg ada gangguan tp dia tak cerita apa dia. Akak pon tak tanya lebih lanjut. Dia kata ms mula2 akak masuk rumah dia terasa panas, patutlah dia tny anak akak ada rs panas tak?

Alhamdulillah malam tu akak dh dpt tido lena. Sebelum ni husben akak terpaksa baca Kursi, Yassin pd akak utk tidurkan akak. Ms husben baca tu mmg akak jd semput. Badan sakit2. Peha kiri kanan akak sakit pedih mcm sakit kena cakar tp klu tgk tak ade kesan pape cuma sakit aje.
Tentu ada yg nak tau aper jd pd Bp akak kan? BP akak dh naik balik ke 140/90++ lps kena Rukyah...

Siapa ade pengalaman mcm ni? Ini 1st time akak alami mcm ni. Bukanlah scary sgt tp klu yg penah kena akan tau azabnya ditumpang........!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 02:07 PM | Show all posts
allahurobbi sis, sama la kita warded pada tarikh tu.. cuma iols lajak sehari, sampai 12 Mei baru check out.. Selama pakej 5 hari 4 malam di sepital, alhamdulillah takde apa-apa yang misteri terjadi pada iols nih..
Anyway, syukur la sebab sis dah sembuh. Semoga kita semua di bawah lindungan Allah SWT hendaknya..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-5-2017 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Themilo replied at 24-5-2017 02:07 PM
allahurobbi sis, sama la kita warded pada tarikh tu.. cuma iols lajak sehari, sampai 12 Mei baru che ...

Alhamdulillah sis tak jd pape. Ptg ni akak nak mandi air bidara yg perawat bagi semalam. Untuk mandi 5 ptg katanya.
Kata perawat tu nak buat air bidara tu pon sampai tangan Haji tu bengkak2 demam bagai. Banyak gangguan katanya.

Mungkin hari akak masuk hospital tu akak pulak period jd mmg aura badan tak kuat masa tu...mendapatlah.  
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 02:29 PM | Show all posts
dah nama pun hospital sis..mmg macam2 ada..  cuma mengikut dgn tak aje..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-5-2017 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
myakayina replied at 24-5-2017 02:29 PM
dah nama pun hospital sis..mmg macam2 ada..  cuma mengikut dgn tak aje..

Akak heran jugak camner doktor2 n nurse yg keja kat hospital tu

Tak mengangkut ker?

Tp kawan akak ckp adik dia keja hospital pon slalu jugak pegi darul shifaa
Biler dia rs mcm malas aje berat gitu dia ajaklah kakaknya pegi berubat
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu masa jaga arwah ayah iols kena strok. Iols syak arwah ayah iols ternampak something kt syiling. Sbb muka dia mcm takut sgt, mata berair gitu.. Pastu iols bacakan al-quran kt tepi telinga dia. Lama2 ok.. To mulut x boleh ckp sbb dh strok krotikal.. Tak lama lps tu dia meninggal..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 04:07 PM | Show all posts
mungkin ada anxiety macam saya, tapi saya penah drop ke 65 paling lower
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 04:18 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 04:47 PM | Show all posts
tempat2 mcm tu mmg la ada. kita manusia baca la apa2 yg patut utk pedinding diri
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 04:50 PM | Show all posts
catalina replied at 24-5-2017 03:04 PM
Akak heran jugak camner doktor2 n nurse yg keja kat hospital tu

Tak mengangkut ker?

selalunya 'benda' ni dia tengok org jgk nak kacau sapa sis.. klu yg lemah semangat tu lagi dia suka..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-5-2017 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Petang ni dh rasa semacam balik.

Biler cek bp, drop lagi jadi 99/73 sahaja. Aduhai...kul 4 tadi elok aje bp.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-5-2017 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
myakayina replied at 24-5-2017 04:50 PM
selalunya 'benda' ni dia tengok org jgk nak kacau sapa sis.. klu yg lemah semangat tu lagi dia suk ...

Mcm mn nak kuatkan semangat kita semula??
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-5-2017 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Hamizan718 replied at 24-5-2017 04:07 PM
mungkin ada anxiety macam saya, tapi saya penah drop ke 65 paling lower

Alhamdulillah dh ok dh. Tadi husben balik akak suruh dia gosok2 blkg n dada akak sambil baca Fatihah, 3 Qul n Ayat Qursi.
Lps tu akak sambung dgn solat Maghrib n ngaji. Lps tu solat Isyaa. Husben baca Yassin n akak ikut skali.

Alhamdulillah hilang rasa pelik tu dn bp naik semula. Kena rajin2 mengaji balik lps ni.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
catalina replied at 24-5-2017 03:04 PM
Akak heran jugak camner doktor2 n nurse yg keja kat hospital tu

Tak mengangkut ker?

Ada juga doktor kena. India pulak tu sampai laki bini pergi berubat dengan ustaz sebab diorang tahu ini bukan sakit sains boleh explain. Lepas berubat dengan ustaz dah sembuh dan tak sakit-sakit lagi.

Adik i pun ustaz cakap dapat benda dari hospital lama dia warded dulu. Saka hinggap panggil nya. Yg tak bertuan, dia pergi kat orang lemah (pesakit). Memang adik meracau2 dulu malam2 kat ICU pelik kitorang. Dah berubat dengan ustaz, ustaz tu cakap dah buang.

Peel kepala batu dia sekarang ni bukan sebab unsur mistik la dah memang kepala dia batu  
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 09:53 AM | Show all posts
Edited by Hamizan718 at 25-5-2017 10:02 AM

saya time sakit dulu bp dlm 133/80 or 60 dh lupa. tapi doktor cakap saya normal xd darah tinggi dgn darah rendah.

nie contoh normal kak...kalau lebih 140 jadi darah tinggi pulak. better maintan kt 100 dgn 130


saya nak kongsi lagi sikit lepas je rawatan dgn ustaz kt binjal rendah kuala terengganu alhamdulilah rasa macam dapat jantung baru dgn badan baru...semua benda rasa sangat2 ringan tak macam dulu2 rasa berat je semua badan2..kalau dulu nk angkat tangan mcm 10 kilo sekarang mcm angkat bulu ayam...hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Seramnya baca kisah TT. Alhamdulillah TT dah sembuh sepenuhnya..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
catalina replied at 24-5-2017 03:04 PM
Akak heran jugak camner doktor2 n nurse yg keja kat hospital tu

Tak mengangkut ker?

Kawan i nurse keje dekat ward kanser, malam2 siap ada patient yang dah meninggal few days datang ke kaunter minta painkiller. Dia pun menonong lah pegi ke katil patient tu & tengok2 kosong & baru dia tersedar patient tu dah meninggal. Itu masa few yrs dia baru report duty. Sekarang dah immune dia cakap..sesekali ada juga terkena tapi ada sekali memang teruk sampai kena pergi berubat sebab dia terkena badi mayat. Alhamdulillah sihat semula..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Hamizan718 replied at 25-5-2017 09:53 AM
saya time sakit dulu bp dlm 133/80 or 60 dh lupa. tapi doktor cakap saya normal xd darah tinggi dgn  ...

Sy PM ye..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 04:26 PM | Show all posts

pm la..saya ok je
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada juga kakitangan hospital kne.. Adik iols ada juga bnda mrngikut dlu sampai berubah hbs hdp dia. Malas g kje, kusut masai semua.. Sedih betul. Dah berubat harap ok lah dia skrg..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 11:30 AM | Show all posts
pengalaman sendiri takde la. tapi ayah ada. arwah pak cik meninggal kat HXX. ayah tolong uruskan jenazah nak hantar balik kat Melaka. masa kat bilik mayat tu ayah terdengar bunyi macam orang hempas pintu. lepas tu ada bunyi siren. kat bilik mayat tu ada satu lagi mayat. lelaki. ayah buat tak tau je la. tapi ayah tak la ikut balik melaka. settle kan hal dkt HXX tu je.

otw nak balik rumah,ayah de terhidu bau busuk. ayah ajak mak g minum kat mamak. masa tu dah lewat mlm dah la. dlm pukul 11-12 camtu. lepas minum tu, masuk balik kereta & smbg perjalanan.bau busuk tu dah takde dah.

esoknya tu baru ayah citer kat mak. maybe la benda tu nak ikut balik umah, tapi sebab ayah dah singgah mamak, takde la dia ikut kot. dah jadi penghuni mamak lak.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2017 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu pernah beberapa kali balik dari hospital terus masuk rumah tak bagi salam dan tidur dengan tak mandi dan salin baju sebab letih sangat. Mimpi dalam mimpi ada encik gula2 dan cik pon dekat ceiling. Bilik tu jiran2 selalu juga dengar bunyi macam aku ada dalam bilik tu. Bunyi mandi dan masak. Rasa lain macam je, aku bukak surah yassin. Tidur tak lena sebab selalu terjaga dan rasa orang tengok.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2017 02:58 PM | Show all posts
My mom pun penah kena ganggu kat hospital lama ,sekali kat second class n sekali kat wad diraja...bila mak cerita i dah kecut perut,nasib mak ckp pun lps dah discharged..mak tau i penakut,maunyer tak p melawat
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 31-5-2017 05:25 PM | Show all posts
Hamizan718 replied at 25-5-2017 09:53 AM
saya time sakit dulu bp dlm 133/80 or 60 dh lupa. tapi doktor cakap saya normal xd darah tinggi dgn  ...

tq sis for the infos
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 31-5-2017 05:27 PM | Show all posts
doubleA replied at 25-5-2017 12:53 AM
Ada juga doktor kena. India pulak tu sampai laki bini pergi berubat dengan ustaz sebab diorang tah ...

ingatkan klu doc non muslim ni kebal drp kena menumpang ni

yerlah sbb derang kan penduduk tetap hospital
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.052036s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list