CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1493|Reply: 13

[Tempatan] Dana untuk kasi kucing, anjing peliharaan

[Copy link]
Post time 24-5-2017 06:07 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Kerajaan Selangor melancarkan dana khas mengimbangi kos pengasian atau pemandulan kucing dan anjing dewasa dalam usaha mendidik pemilik haiwan mengenai keperluan mengurangkan atau menghapuskan sama sekali kelahiran anak anjing dan kucing yang tidak diingini.

Dikenali sebagai Subsidi Pengasian Selangor, kerajaan negeri bekerjasama dengan Persatuan Kebajikan Haiwan (Paws) untuk menguruskan peruntukan dana itu.

Pengurus Paws, Edward Lim dalam satu pertemuan dengan FMT Ohsem berkata, “Dana subsidi kerajaan Selangor adalah satu percubaan untuk mengelak sebarang kelahiran kucing dan anjing yang kemudiannya dibuang dan dibiarkan berkeliaran di jalanan.

“Jika pemilik memandulkan haiwan kesayangan mereka, ia boleh mengelakkan kehamilan tidak terancang dan pembuangan kucing serta anjing di jalanan atau menyerahkannya ke pusat perlindungan haiwan yang sudahpun cukup sesak.”

Subsidi Pengasian Selangor disediakan untuk kos pemandulan kucing dan anjing dengan syarat prosedur dilakukan doktor haiwan di klinik yang terletak di Selangor.

“Subsidi ini terhad untuk prosedur pemandulan dan pengasian pada kadar maksimum RM60 bagi setiap kucing dan RM100 bagi setiap anjing. Semua kos dan perbelanjaan lain perlu ditanggung oleh individu secara berasingan,” jelas Lim.

Menurutnya, pemilik haiwan yang dilahirkan di Selangor sahaja layak menerima subsidi dana dan permohonan tersebut harus dibuat secara peribadi dan dana itu mampu meliputi kos pengasian dan pemandulan bagi kira-kira 1,500 anjing serta kucing.

“Setiap pemilik berhak memohon subsidi untuk maksimum 5 haiwan setiap minggu dengan syarat mengemukakan satu borang permohonan bagi seekor haiwan dan satu resit dari doktor haiwan untuk setiap rawatan.”

Lim juga menyampaikan penghargaan kepada individu yang bertungkus-lumus memastikan kempen Subsidi Pengasian Selangor berjalan lancar.

Beliau berterima kasih kepada Wani dari Malaysian Dogs Deserve Better, Tracy dari Second Chance, Winnie Lau dari Cherish Life Home dan Myza dari Furry Friends Farm. “Keempat-empat mereka membantu melobi untuk subsidi ini.

“Pengasas AnimalCare, Dr Chan Kar Yein pula membenarkan kami menggunakan model beliau untuk subsidi pengasian. Beliau memulakan projek subsidi 8 tahun lalu dan masih aktif.”

Lim turut menyampaikan penghargaan khusus kepada Sean Oon dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), yang dilantik Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah bagi membantu projek ini dengan persetujuan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Banyak usaha dan masa diluangkan Ean Yong dan Sean Oon dalam mendorong kami menjayakan kempen ini,” kata Lim.
Manakala Ean Yong berkata, projek itu mahu menawarkan penyelesaian yang lebih berkesan selain sekadar menangkap anjing dan kucing jalanan.
“Memandangkan ia projek ulung, kami akan melihat reaksi orang awam terhadapnya, positif atau sebaliknya.
“Jika ia menerima tindak balas positif, maka kami tentu akan meneruskannya pada masa hadapan,” kata Ean Yong.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2017 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kipidap.Dongibab
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi bila boleh start claim?
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 06:27 PM | Show all posts
Saranan yang baik untuk mengelakan penambahan anjing dan kucing liar atau terbuang.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah bagusnya. Nak kasi kan lah semu kucing kat rumah ni.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus. Murahla sikit nk kasikan kucing2. Lps ni..

Aku ada jiran bongok, nak membela kucing sgt pastu tak reti jaga..tak kasikan kucing2 dia.. dah dua kali kucing beranak.. dibiarkan je tak cukup makan dan merayau rumah jiran..kurus kering ank2 kucing tu..  stress aku 5-6 ekor anak kucing lepak depan rumah..

Byk juga anak kucing dia mati kena langgar...mcm2.. semoga dia insaf.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-5-2017 08:15 PM | Show all posts
Potpouri replied at 24-5-2017 08:14 PM
Bagus. Murahla sikit nk kasikan kucing2. Lps ni..

Aku ada jiran bongok, nak membela kucing sgt p ...

tu bukan pasal x nak kasi....tu duit tarak...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 06:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Ala nak kena pakai ic org slangor plak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2017 07:04 AM | Show all posts
kena bayar sendiri dulu...... pastu baru boleh pohon....... pastu pemohonan anda GAGAL   
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 07:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Lobai+Astaga replied at 25-5-2017 07:04 AM
kena bayar sendiri dulu...... pastu baru boleh pohon....... pastu pemohonan anda GAGAL

kalau lulus pun duit x masuk2 - status DiProses
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 08:22 AM | Show all posts
cmner nak claim??? nak spay kucing betina iols...setahun 2x beranak..beranak pulak 4-5 ekor...haiyooo...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Satu usaha yang bagus tapi ken bayr sediri dulu baru mohon ... kerajaan selangor boleh juga bagi listing approved clinic yang provide service mi ... rakyat tak pwrlu keluar duit dan mengurangkan pemprosesan procedure ...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Haha. Check IC lahir di Selangor sahaja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2017 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kucing, anjing terbiar  bukan ke Airasia nk bela ka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:11 AM GMT+8 , Processed in 0.061137 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list