View: 653|Reply: 6
|
[Tempatan]
Jumlah perokok setakat ini 4.7 juta orang, belanja RM375 juta sehari
[Copy link]
|
|
PUTRAJAYA 24 Mei - Kementerian Kesihatan memandang serius gejala merokok dalam kalangan rakyat negara ini apabila jumlah perokok berumur 15 tahun ke atas kini direkodkan seramai 4.7 juta orang.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Hilmi Yahaya berkata, lebih membimbangkan gejala itu turut memberi kesan kepada ekonomi rakyat kerana dalam tempoh sehari mereka telah membelanjakan sejumlah RM375 juta untuk tabiat tidak bermanfaat itu.
Sehubungan itu katanya, sempena bulan Ramadan ini kementerian akan menggerakkan kempen ‘Nafas Baru Ramadan’ di seluruh negara.
“Kempen secara berterusan ini adalah salah satu usaha kementerian menangani gejala merokok dalam kalangan rakyat negara ini yang semakin serius,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran kempen itu yang bertemakan ‘hijrah hidup tanpa amalan merokok’ 2017 di sini hari ini.
Hilmi seterusnya memberitahu, Akta Makanan 1983 berkaitan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau dan penggunaan rokok elektronik (vape) dijangka dibentangkan di Parlimen pada tahun depan.
Katanya, pembentangan undang-undang itu akan membolehkan akta sedia ada dipinda kepada Akta Kawalan Tembakau dan Merokok yang sekali gus menetapkan had umur perokok adalah pada 21 tahun berbanding kini 18 tahun. |
|
|
|
|
|
|
|
memang mengarut pun, tapi apa nak heran menteri2 ni kan, kan, kan.... (kalau 4.7 juta orang belanja rm50 sehari setiap orang untuk rokok pun tak sampai jumlah tu lagi. tapi ada ke yg belanja rm50/hari untuk rokok saja? kebanyakan 1 sekotak jer sehari, yg lebih 2 kotak sehari tu jarang2 sangat) |
|
|
|
|
|
|
|
rokok haram
tapi menteri buat bodo
nk ckp cmne? |
|
|
|
|
|
|
|
up la harga sekotak rm50 pon
berduyun duyun rokok haram menyusul kat kedai aceh |
|
|
|
|
|
|
|
Apa la sedap sangat isap rokok ni
Isap tetel lagi sedap |
|
|
|
|
|
|
|
Salah seorang tu laki den .. azam 2014 nak berhenti tak tertunai lg .. |
|
|
|
|
|
|
| |
|