CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 937|Reply: 9

[Tempatan] Program e-Kad Pati gagal, semakin banyak PATI masuk

[Copy link]
Post time 24-5-2017 06:10 PM | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM - Program e-Kad sementara pekerja asing didakwa gagal untuk mengawal kebanjiran pekerja asing di negara ini ditambah dengan penguatkuasaan yang lemah oleh pihak berkaitan.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, kedua-dua aspek ini saling berkaitan dalam menangani masalah lambakan pendatang asing tanpa izin (Pati).

"Baru-baru ini, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali menyatakan hanya sejumlah 85,000 ribu Pati  yang didaftarkan melalui program e-Kad sementara pekerja asing di mana angka tersebut jauh daripada sasaran yang ditetapkan kerajaan iaitu sekitar 400,000 hingga 600,000 orang.

"Memperlihatkan keadaan semakin kritikal, saya berpandangan program e-Kad sementara pekerja asing hanyalah satu usaha yang sia-sia jika tidak melaksanakan terlebih dahulu reformasi polisi pekerja dan penguatkuasaan kerajaan," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Sebelum ini, program pemberian kad sementara atau e-Kad kepada  Pati bermajikan, yang bakal menukar status mereka daripada pekerja haram kepada yang sah, dibuat sebagai langkah memenuhi keperluan sektor pekerjaan.   

[ARTIKEL BERKAITAN: Pati: Adakah program pemberian E-Kad membantu?]

Tambah Abdullah lagi, masalah utama  polisi kerja di negara ini adalah kerana kelemahan penguatkuasaan gaji minimum.

"Banyak majikan hanya ingat bahawa gaji minimum hanya perlu diimplimentasikan kepada pekerja tempatan, manakala pekerja asing dibiarkan untuk memperoleh gaji lebih rendah menyebabkan para majikan lebih memilih pekerja asing untuk menjimatkan kos.

"Lebih teruk lagi, pekerja asing tidak dibiayai caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan SOCSO menyebabkan kerajaan begitu sukar untuk menyemak hasil pendapatan yang diberikan oleh majikan kepada mereka," katanya lagi.

Sementara itu, beliau turut mempersoalkan tindakan kerajaan dalam mengatasi masalah Pati di negara ini.

"Sudahlah pintu masuk negara dikatakan bolos sehinggakan 5 juta Pati dibiarkan masuk begitu sahaja, inikan pula terpaksa membuat satu program untuk mendaftarkan mereka sebagai pekerja sah sementara.

"Apa sebenarnya matlamat dan hala tuju industri pekerja di Malaysia? Adakah kerajaan sebenarnya mengalu-alukan kedatangan Pati yang bersangkut paut dengan amalan rasuah dan kronisme?

"Bagaimana pula dikatakan kerajaan sedang melaksanakan program 'pemutihan' Pati, sedangkan kerajaan tidak mencegah terlebih dahulu gejala kemasukan mereka di negara ini?," soalnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2017 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
sbb mahal la musibat, berapa lapis agents local+kepala makan. tu pon, blom tentu dapat. kes songlap duit permit pon ramai.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Menang sorak, kampung tergadai.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahh.. Agak keras komen abdullah nih.. Xtakut   d kecam kah?
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 08:30 AM | Show all posts
sedara satu sunni wal jaamah kita
pejam mata je lah
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Banyak tu 5 juta ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-5-2017 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Lepas PRU, baru la ada operasi pemutihan
Tu pun awal awal hebah di media
Alih alih dpt 10,000 je tangkapan
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 08:52 AM | Show all posts
impak dr kemalasan melayu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2017 09:03 AM | Show all posts
Dalam hal ni mmg agensi gomen lembik...
Ni nak bagi caruman epf kat warga asing ke.. boleh buat tapi caruman dari potongan gaji pekerja je la. Nanti menambah beban kat majikan dan yg jadi mangsa adalah pekerja tempatan.

Selepas gaji minimum pun ramai majikan yg sesak. Kalau industri perkilangan yg bergantung kpd tenaga asing mmg ramai pekerja tempatan kena cantas. Dari 3 supervisor mungkin tinggalkan satu je. dan maintain jumlah operator asing yg org tempatan tak mau bekerja.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 11:49 AM | Show all posts
BENDA MCM NI TK PERLU BERCKP, TP TINDAKAN SENANG JE BRO...
Lemah nya kite ade lah disebabkan rasuah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:31 AM GMT+8 , Processed in 0.421449 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list