CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 848|Reply: 5

[Jenayah] Pasangan gay jalani hukuman sebat

  [Copy link]
Post time 25-5-2017 05:04 AM | Show all posts |Read mode
Khamis, 25 Mei 2017
Pasangan gay jalani hukuman sebat

Dua lelaki pasangan gay yang menjalani hukuman sebat 83 kali di Aceh, hari ini. - Foto BBC

Agensi
PASANGAN gay menjalani hukuman sebat 83 kali setiap seorang hari ini, selepas kedua-dua lelaki itu berusia 20 dan 23 tahun itu ditangkap penduduk dalam bilik sewa mereka di Banda Aceh, Indonesia, Mac lalu.

Menurut BBC, kedua-dua lelaki itu dipakaikan jubah putih sebelum belakang disebat oleh tukang sebat di depan Masjid Syuhada, Desa Lamgugob, Kecamatan Syiah Kuala, Banda Aceh, disaksikan ribuan orang sehingga hukuman selesai.

Kompas melaporkan hukuman terhadap mereka dijalankan bersama empat pasangan bukan muhrim berusia antara 20 hingga 26 tahun yang turut disebat kerana ikhtilat (bercumbu).

Pasangan SI, 24, dan WN, 26, disebat 23 kali; MS, 23, dan VR, 21, (27 kali); HS, 26, dan AG, 20, (26 kali) serta MK, 26 dan FR, 29, (29 kali).


Orang ramai yang menyaksikan hukuman sebat. - Foto BBC
Menurut Detik.com, pasangan gay itu yang terakhir disebat dengan lelaki 23 tahun berasal dari Sumatera Utara yang pertama disebat oleh tiga tukang sebat yang diganti setiap 20 kali sebatan. Dia diberi minum air selepas 40 kali sebatan.

Pasangannya yang berasal dari Bireuen, Aceh, disebat dua tukang sebat yang diganti selepas sebatan ke-40.

Proses hukuman dikawal ketat oleh polis dengan hanya petugas berkaitan serta media dibenar menghampiri pentas.

Awal bulan ini, Mahkamah Syariah Aceh menjatuhkan hukuman sebat terhadap mereka selepas dicekup penduduk yang memecah masuk bilik sewa mereka ketika pasangan itu sedang melakukan seks.

Rakaman kejadian itu tersebar di media sosial menunjukkan kedua-dua lelaki berkenaan dalam keadaan bogel, diasak penduduk yang menahan mereka.

Aceh, satu-satunya wilayah di Indonesia yang menggunakan undang-undang Syariah, mula melaksanakan hukuman sebat sehingga 100 kali bagi beberapa kesalahan, termasuk berzina, minum arak, berjudi, wanita berpakaian mencolok mata dan tidak solat Jumaat, dua tahun lalu.

Tahun lalu, lebih 300 orang sudah menjalani hukuman sebat di khalayak ramai bagi kesalahan berkenaan namun hukuman terhadap pasangan gay ini adalah yang pertama.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Mei 2017 @ 11:22 PM
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... alani-hukuman-sebat


takbir..........!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2017 05:12 AM | Show all posts
Awal bulan ini, Mahkamah Syariah Aceh menjatuhkan hukuman sebat terhadap mereka selepas dicekup penduduk yang memecah masuk bilik sewa mereka ketika pasangan itu sedang melakukan seks.

Rakaman kejadian itu tersebar di media sosial menunjukkan kedua-dua lelaki berkenaan dalam keadaan bogel, diasak penduduk yang menahan mereka.


ohh bideo yg di share oleh dailymail, ai tengok minggu lepas. kesian ai melehat kedua2nya... dlm keadaan bogel, merayu2 gituh.

harap lepas nih mereka cari suaka ke negara2 Scandinavian sorga donia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2017 05:14 AM | Show all posts
dani-rox replied at 25-5-2017 05:12 AM
ohh bideo yg di share oleh dailymail, ai tengok minggu lepas. kesian ai melehat kedua2nya... dlm ...

menurut kajian sains, golongan homophobia mempunyai kecenderungan gay   
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 05:30 AM | Show all posts
Lobai+Astaga replied at 25-5-2017 05:14 AM
menurut kajian sains, golongan homophobia mempunyai kecenderungan gay

ha'ah kan... kes apa ari tu di US, politician yg gigeh berkempen anti gay. sekali kantoi langgan pelacur jantan seorg lg kekonon homophobic sejati, tp kena tangkap sbb usha jantan lain dlm toilet hahaha sbb tu la ai tersenyum sinis jah dgn org yg benci to the max dgn golongan gay, kemungkinan dia dlm lemari tersgtlah tinggi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2017 05:35 AM | Show all posts
dani-rox replied at 25-5-2017 05:30 AM
ha'ah kan... kes apa ari tu di US, politician yg gigeh berkempen anti gay. sekali kantoi langgan p ...

ISIS nie byk golongan gay   
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa ramai orang suka tengok? Siap rakam2 sengih2 lagi. Kau ingat konserttt? Mental!
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.076092 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list