CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17505|Reply: 144

'Kalau aku tak dapat, maka kau pun takkan dapat' - Isteri kedua sihir suami send

[Copy link]
Post time 25-5-2017 08:21 AM | Show all posts |Read mode
Dari Kisah Rumah Tangga

Cerita saya ini sangat panjang tetapi saya harap pembaca sudi baca kisah yang saya ingin kongsikan ini. Kisah yang kita semua perlu beri lebih perhatian sama ada di pihak suami ataupun isteri. Sebab walau siapa pun kita, bahaya itu ada di mana-mana. Bahaya yang tidak nampak dengan mata kasar.

Kisahnya begini. Seminggu dua ini saya sibuk menguruskan ibu saya yang menghidap penyakit kulit yang dikenali sebagai kayap. Rawatan hospital dapat menyembuhkan penyakit itu dari segi luaran. Namun dalaman tetap sakit sehingga jika ada sesiapa yang menggoreng ikan di dapur, ibu akan berguling-guling kesakitan walaupun kayap hanya tinggal parut sahaja.

Disebabkan keadaan ibu seperti itu, kami adik beradik bersepakat membawa ibu berjumpa dengan seorang ustaz yang mahir dalam perubatan alternatif. Dari info yang kami perolehi, sangat sukar untuk membuat janji temu dengan ustaz berkenaan kerana bilangan pesakitnya yang ramai setiap hari.



Dipendekkan cerita, akhirnya kami berjaya membuat temujanji dengan beliau. Kami sampai sekitar jam 8.30 malam tetapi kami hanya mendapat giliran sekitar jam 12 tengah malam. Dalam tempoh menunggu itu, kami melihat pelbagai jenis penyakit yang berusaha dibantu oleh ustaz tersebut kerana rawatan dilakukan betul-betul di ruang tamu rumah.

*Rawatan-rawatan tersebut dilakukan secara percuma. Jika mahu sedekah sekadar seikhlas hati.

Selepas ibu saya mendapat rawatan, ustaz meminta kami membawa ibu berjumpa dengan beliau beberapa kali kerana terdapat beberapa prosedur rawatan yang perlu dijalankan. Demi kesihatan ibu, kami sanggup datang berkali-kali dan menunggu dalam tempoh yang lama sebelum tiba giliran kami.

Kalau diikutkan hati, memang rasa penat menunggu. Namun, rupa-rupanya di sebalik penat itu ada sesuatu yang Allah mahu tunjukkan kepada kami semua.

Kepada pembaca yang dikasihi, bayangkan dalam beberapa hari kami tercogok di situ menanti giliran ibu, kami lihat terlalu banyak kes-kes kesakitan yang melibatkan sihir dan yang paling banyak sihir untuk meruntuhkan rumah tangga orang berbanding sihir-sihir lain seperti sihir perniagaan dan sebagainya.

Sepanjang beberapa hari berada di rumah ustaz berkenaan, saya melihat dengan mata kepala saya sendiri bahawa terlalu ramai manusia tamak dan jahat sekarang ini. Memang menitik air mata saya menyaksikan kesakitan-kesakitan tersebut.

Ada suami yang sudah terkena nasi kangkang di negara jiran. Kesan nasi kangkang tersebut dibawa balik ke rumah dan terkena pada anak isteri di rumah. Badan anak-anak yang masih kecil habis gatal-gatal dan berdarah-darah kerana digaru tanpa henti. Si isteri pula kurus kering, badan macam lidi. Tetapi apabila mengambuk, habis 4 orang lelaki sasa rebah dengan sekali tepis sahaja.

Gambar hiasan | Google Images
Kata ustaz, perempuan negara jiran yang bagi makan nasi kangkang itu sangat terdesak mahukan si suami yang nampaknya berada. Maka sihir yang dikirim melalui si suami bertujuan untuk memusnahkan keluarga itu agar dia dapat memiliki lelaki berkenaan. Mujur si suami cepat tersedar dan berusaha mengubati kembali isteri dan anak-anak mereka.

Saya juga ada melihat seorang wanita yang gayanya sangat sukses dalam kerjaya. Beliau datang ditemani suami dan keluarganya yang lain. Si suami nampaknya sangat tenang. Tetapi si isteri seolah-olah menahan kesakitan yang amat sakit.

Apabila melihat sesi rawatan, barulah kami faham. Wanita dari seberang juga yang cuba untuk merampas si suami, namun si suami tidak layan. Maka dihantar sihir untuk memusnahkan si isteri yang tidak berdosa.



Pada suatu hari yang lain, seorang lelaki lumpuh dan kelihatan sangat uzur dipapah masuk ke rumah ustaz. Menurut info yang saya dengar, lelaki itu telah ditolak oleh pihak perubatan kerana gagal menemui sebarang penyakit padanya. Jadi,ahli keluarga bersepakat membawa beliau bertemu dengan ustaz.

Selepas beberap hari merawatnya, ustaz katakan kesakitan lelaki berkenaan kerana 'dikawal'. Namun ustaz gagal menemui di mana tempat yang dikawal tersebut.

Selepas beberapa kali percubaan dengan dibantu oleh beberapa orang ustaz yang lain, maka mereka menemui jawapan. 'Kawalan jahat' itu berada pada tubuh isteri pesakit yang kelihatan segar bugar. Sasaran sebenar adalah suami tetapi sihir jahat itu dihantar kepada isteri.

Dalam keadaan sedar tak sedar, isteri sendiri yang meracuni suami setiap hari. Akhirnya mereka dapat mengenalpasti bahawa sihir itu dihantar oleh sahabat baik si isteri yang cemburu melihat kebahagian keluarga mereka.


Banyak lagi situasi yang saya saksikan sendiri. Ada juga sihir yang dihantar oleh seorang wanita yang mempunyai suami kepada wanita A kerana berminat dengan suami wanita A berkenaan. Akibatnya, wanita A terlolong-lolong seperti dirasuk, benci suami, jadi separuh gila dan sebagainya.

Ada juga satu kes yang melibatkan pelajar perempuan berusia 15 tahun yang sangat cantik dan digilai lelaki warga asing berusia 18 tahun. Akibatnya gadis berkenaan menjadi separuh gila. Meracau, menyanyi, bercakap seorang diri, memaki hamun sesuka hati dan sebagainya.

Kata si ibu, anak gadisnya yang pemalu itu berubah sikap setelah menerima beberapa pesanan WhatsApp yang sangat pelik ayat-ayatnya.

Gambar hiasan | Google Images
Yang paling menyedihkan, seorang pegawai polis yang beristeri dua. Isteri pertama warga tempatan dan isteri kedua warga asing. Apabila berlaku pertelingkahan, masing-masing tidak mahu mengalah.

Kata wanita seberang itu, "Jika aku tidak dapat, maka kamu juga tidak akan dapat."


Lalu kaedah santau digunakan kepada suami sendiri sehingga pegawai polis berkenaan muntah darah, kaca dan sebagainya. Beberapa hari kemudian,anggota polis berkenaan meninggal dunia.

Banyak lagi cerita yang saya dapat sepanjang 2 minggu berulang alik ke rumah ustaz. Tetapi cukuplah setakat ini yang saya dapat kongsikan.

Cuma pesanan ustaz kepada para pesakit:

  • Berhati-hati bila makan. Jangan makan pemberian orang sesuka hati.
  • Jangan bagi harapan kepada wanita atau lelaki lain jika kita sudah berkeluarga. Niat kita mungkin untuk suka-suka tetapi apabila ada pihak yang terluka, mesti mereka akan balas dendam kepada isteri/suami dan anak-anak.
  • Perempuan dan kanak-kanak lebih mudah terkena sihir kerana sifat mereka yang lemah. Jadi, suami perlu lebih berhati-hati kerana berfoya-foya di luar sehingga membawa pulang musibah kepada isteri dan anak di rumah sama seperti kes nasi kangkang tadi.
  • Ramai perempuan yang terdesak sekarang keranan ingin hidup senang. Di pihak isteri, jangan bawa balik sesiapa yang berpotensi menjadi 'musuh' ke rumah. Di pihak suami, jangan dekati 'virus'di luar. Kerana sihir paling banyak berlaku daripada orang-orang yang kita kenali di sekeliling kita.

Dekatkan diri kita dengan Allah. Jangan tinggal solat dan mesti hafal surah-surah tertentu sebagai pendinding seperti surah Al-Falaq.Jadi sama-samalah kita berdoa smeoga diri kita dan keluarga dilindungi dari dunia hingga ke syurga.

Maaf, coretan ini terlalu panjang. Maaf juga kerana saya tidak bersedia untuk berkongsi informasi tentang ustaz berkenaan kerana tidak mendapat sebarang keizinan beliau.

*negara jiran yang saya nyatakan dalam perkongsian ini melibatkan beberapa negara.

Sekian terima kasih


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2017 08:32 AM | Show all posts
terbaik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2017 09:03 AM | Show all posts

msti nak kutip kacangkan
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 09:05 AM | Show all posts

berguna ke kacangtu
maksud aku pesanan ustaz tu terbaik
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni tred utk @trisnalovezul indon goblok gagal total pencaras laki malaysia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2017 09:26 AM | Show all posts
harrypoter replied at 25-5-2017 09:05 AM
berguna ke kacangtu
maksud aku pesanan ustaz tu terbaik

ok mybad.. ampunnnnnn....skang berleluasa forumer yang kutip kacang nk masuk bod yg di pagar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2017 09:46 AM | Show all posts

Article dan pesanan yg baik.. dlm cerita ada pengajarannya..

in my case, i pun selalu ada rasa takut kdg2 nak share things dgn org esp yg tak brp kenal.. takut ada yg diaorg iri hati walaupun kita takde niat nak menunjuk2.. so better be careful and avoid from showing off your happiness esp in social media.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2017 09:55 AM | Show all posts
Airis replied at 25-5-2017 09:46 AM
Article dan pesanan yg baik.. dlm cerita ada pengajarannya..

in my case, i pun selalu ada rasa  ...

yup .. btoi skali skala xpa la post pic.. sbb hati mmanusia kita xtau... da jnis stiap masa dengiki.. mula la doa yg xbaik.. mntak kita di jauhkan la.. bahagia di nikmati.. di tayang jgn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2017 10:13 AM | Show all posts
topik ni bagus..macam boleh relate dgn kes kawan kita tp akhirnya dia mengalah dan dilepaskan. walaupun lepas tp tetap ade lg tak puas hati pihak sebelah sana tu, lama jugak berubat sana sini..kesian betul tgk masa tu. sekarang alhamdulillah semuanya dah berakhir mungkin org sebelah sana dah penat kot buat mcm2 tp tak jadi2 agaknya..tq tuan tanah
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Nauzubillah insaf baca cerita TT ni.

I nak share kisah sepupu my spouse. Dia ni cantik orangnya, graduated & ada career yang bagus sebelum dia disihir. She's now in her mid 30s. Lama kami tak jumpa dia. Bulan lepas ikut spouse outstation & bawa mertua ke rumah parents sepupu my spouse ni. Macam tak percaya nampak dia dah kurus sangat, tak terurus & dah merely 8 months tak bercakap dengan siapa2. Asyik mumble entap apa biji butir. Dia jadi 2nd wife. Kahwin dengan her subordinate. Semua berlaku dengan pantas. Staff tu join the company tak sampai setahun & mereka kahwin. Courting few months aje. 1st wife tak puas hati lalu disihir & akhirnya dia diceraikan. Lepas tu keadaan dia bertambah teruk, kalau ada selera nak makan, dia akan makan dengan banyak, kalau tak ada selera berhari2 dia tak makan, hanya minum aje. Ada hari2 nya dia keluar toilet berbogel & nyaris2 keluar dari gate. Bayangkan penangan sihir sampai jadi sasau. Makin hari makin teruk keadaan dia. Muntah keluar nanah hijau, merah bertali2. Dulu parents tak beri kawin sebab lelaki tu tak nampak kesungguhannya (financially unstable, beranak 3 & gaji 3k+), sanggup dia kawin lari ke Thailand. Tup2 kena cerai & disihirkan. Masih berubat tapi tak nampak ada perubahan sangat. Semoga dia diberi kesembuhan hendaknya..dan moga2 kisah ni dapat kita jadikan iktibar...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 10:41 AM | Show all posts
umah melayu nk berbalik kepada zaman batu...
takutnya la....nk buat baik pun takut d salah sangka....huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2017 10:54 AM | Show all posts
ayuminnur replied at 25-5-2017 10:13 AM
topik ni bagus..macam boleh relate dgn kes kawan kita tp akhirnya dia mengalah dan dilepaskan. walau ...

bila nafsu menguasai diri.. akal dan agama di tolak tepi.. ini bahana yg kita dapat tgk..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2017 10:58 AM | Show all posts
Amina_Mirza replied at 25-5-2017 10:35 AM
Nauzubillah insaf baca cerita TT ni.

I nak share kisah sepupu my spouse. Dia ni cantik orangnya, ...

sianya weii!!! moga dia cepat sembuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2017 10:58 AM | Show all posts
woddy replied at 25-5-2017 10:41 AM
umah melayu nk berbalik kepada zaman batu...
takutnya la....nk buat baik pun takut d salah sangka.. ...

kita buat baaik n mnta Allah jauhkan kita dr segala bnda yg xbaik
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
jointhecurse replied at 25-5-2017 10:58 AM
sianya weii!!! moga dia cepat sembuh

Ye TT. Harap2 dia diberi kesembuhan. Macam mayat hidup dah. Hidup musnah sama sekali. Sakit + jobless. Solat pun tak mau itu yang payah sebab empunya diri tak kuat semangat. Nak pujuk bawa berubat, abang & ayah dia kena bersilat tarik dia masuk dalam kereta. Balik berubat elok lah seminggu dua nak makan, nak solat. Lepas tu balik ke asal dia...pergi jumpa pakar jiwa diberi ubat penenang. Doktor kata dia kena depression yang teruk..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 11:16 AM | Show all posts
jointhecurse replied at 25-5-2017 10:58 AM
kita buat baaik n mnta Allah jauhkan kita dr segala bnda yg xbaik

ada button like x....

betul tu...sokong..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2017 11:21 AM | Show all posts
Allahu. Kesian dekat yang kena sihir.

kena cari ustaz atau pengamal perubatan yang serasi kalau nak berubat.

Peringatan untuk kita juga, kena banyak berhati-hati.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 11:27 AM | Show all posts
kena hati2..
sekarang byk wanita yg sanggup buat ape saja janji puas...
nak jugak ikut kemahuan nafsu sendiri walau dah tau hak orang lain.. janji dpt senang.
kaum isteri jangan mudah percaya orang...
ber BFF sana sini... last2 kena tikam baru nak berpada pada bila berkawan...

note to myself too.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 11:30 AM | Show all posts
Amina_Mirza replied at 25-5-2017 10:35 AM
Nauzubillah insaf baca cerita TT ni.

I nak share kisah sepupu my spouse. Dia ni cantik orangnya, ...

menangis sy baca cerita ni...selalu sy baca kat social media betapa jahatnya second wife ,kejam giler second tu,tp bila 1st wife yg buat,mcm she has the rights , tapi perlu ke sampai sihir menyihir
my cousin pun kena mcm ni..the 1st wife setiap tahun pegi umrah,setiap tahun jgak top up kat bomoh,dah bercerai pun apa lagi tak puas hati

nak tak percaya pun,mana pegi berubat mesti hints ke arah 1st,pegi perubatan islam pun hints ke arah tu,mmg ustaz tak mention but some time deep down inside kita boleh tahu.now my cousin mmg lost ,kesian sgt2..berbeza sgt dgn sblm kawin

i just wonder yg suka sihir ni tak kira la 1st je 2nd ke 3rd or 4th tak takut mati ke?and to those married men,nak kawin pikir habih2,bukan utk u saja,pikir wife yg ada skrg mcm mana perangai,mintak izin elok2,agak2 tak lepas jgn cari pasal,jgn pikir nafsu je..n jgn ingat mudah klu payah2 ceraikan aje.boleh pulak x laki cousin i ckp selagi tak nampak dgn mata kepala sendiri tak kan percaya..bodoh piang!!!!sapa nak bomoh depan2


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2017 11:50 AM | Show all posts
Amina_Mirza replied at 25-5-2017 11:08 AM
Ye TT. Harap2 dia diberi kesembuhan. Macam mayat hidup dah. Hidup musnah sama sekali. Sakit + jobl ...

insya Allah da jalan dia.. jgn ptus asa ja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:29 PM GMT+8 , Processed in 0.078541 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list