DIA kelihatan seperti budak sekolah namun sebenarnya Kohey Nishi sudah berusia 24 tahun. Kohey kini sedang memasarkan dirinya sebagai pelakon filem porno di Jepun.
Kohey sebelum ini merupakan pengaturcara komputer dengan ketinggian 109cm dan kemudiannya beralih kepada industri filem lucah.
Kohey yang menghidap ketumbuhan otak ketika zaman kanak-kanaknya, terpaksa berlakon dalam keadaan berbaring kerana dia hanya mampu berdiri selama lima minit sahaja pada satu-satu masa.
Dia menceburi industri filem lucah ketika sedang minum bersama pengarah filem porno dan ditawarkan untuk menjadi pelakon disebabkan keadaan dirinya yang dikatakan unik.
Kohey juga gembira kerana dapat memasarkan dirinya sebagai seseorang yang kelihatan seperti kanak-kanak. – MYNEWSHUB.CC