CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] Bufet Ramadan cuma RM188 nett. Membazir!! #125

[Copy link]
Post time 26-5-2017 10:54 PM | Show all posts
pittjie replied at 26-5-2017 10:29 AM
lawanya dik FC! kagum ahkaq!
Terimakasih kak Pittjie

Selamat Berpuasa untuk akak dan keluarga Selalu juadah fav apa yer?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2017 10:58 PM | Show all posts
Gadis_sarawak replied at 26-5-2017 12:26 PM
Wow..cantik dan comel sangat..ape ni? untuk makan ke ape? Sorry tanya sbb tak tau
Terimakasih

hehehe kalau gigit mau ranap gigi

tu untuk yang suka miniature decoration .. boleh juga jadi paper weight
boleh cuci mata kat sini
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=749263&extra=page%3D1&page=18

Selamat Berpuasa sis


Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2017 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Wj nak masak sendiri je..zmn skrg mana ada org sudi belanja. Untung laa klu kompeni masing2 buat..wj kerja sendiri je..bulan Ramadhan adalah bulan yg sepi utk wj sb mkn sorang diri
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2017 11:49 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 26-5-2017 03:04 AM
*Hugged* .. really Thanks

Selamat Berpuasa

Thank you for sharing. Keep it up girl!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2017 09:04 AM | Show all posts
Bufet buka puasa ‘mewah’ di hotel membazir


KUALA LUMPUR 26 Mei - Ramadan yang menjanjikan 1,001 keberkatan bukan sahaja dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam tetapi juga oleh peniaga malahan peng­usaha hotel yang sejak seminggu lalu semakin ‘ligat’ mempromosikan aneka juadah kepada pelanggan.

Jika dahulu, masyarakat berpusu-pusu ke bazar Ramadan untuk mendapatkan juadah berbuka puasa, namun kini trend itu bagaikan dibayangi oleh tawaran bufet hotel yang semakin menjadi pilihan masyarakat, meskipun harga yang dikenakan mencecah ratusan ringgit setiap seorang.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati harga yang ditawarkan oleh hotel bertaraf empat atau lima bintang bagi seorang dewasa adalah dalam lingkungan RM150 hingga RM100, manakala kanak-kanak ada yang mencecah RM70.

Ironinya, ketika rakyat Malaysia mengeluh berdepan dengan masalah peningkatan kos sara hidup, ada sesetengah hotel memaklumkan mereka telah menerima banyak tempahan untuk berbuka puasa sehingga meja tambahan perlu disediakan.

Seorang guru, Mohd. Hafiz Sulaiman, 32, berkata, trend berbuka puasa secara bermewah-mewah di hotel tidak lebih daripada perbuatan membazir dan sewajarnya dihindarkan dalam kalangan umat Islam terutama pada bulan mulia seperti Ramadan.

“Secara dasarnya, menempah pakej berbuka puasa dengan harga yang terlalu tinggi sememangnya suatu pembaziran yang nyata sedangkan di kala ini, umat Islam sewajarnya memenuhi pelbagai tuntutan yang lebih utama seperti bersedekah dan membantu golongan memerlukan,” katanya ketika dihu­bungi di sini, hari ini.

Sementara itu, seorang peniaga, Erwan Mohamad Isa, 33, berpendapat, Ramadan sepatutnya menjadi bulan di mana ahli keluarga mempereratkan lagi hubungan sesama mereka dan sewajarnya juadah berbuka puasa disiapkan secara bersama-sama.

“Masak di rumah lebih baik. Bukan sahaja menjimatkan wang malah dapat mengeratkan lagi hubungan sesama ke­luarga. Inilah nikmat sebenar Ramadan,” katanya.

Dalam pada itu, suri rumah, Noridah Mohd. Hussin, 32, memberitahu, berbuka puasa di hotel pada hakikatnya tidak menjadi kesalahan jika seseorang itu berkemampuan namun, apa yang menjadi masalah adalah berapa banyak makanan yang mampu dimakan jika diban­dingkan dengan harga yang perlu dibayar.

“Namun, jika pakej ini digunakan untuk tujuan kebajikan dengan membawa anak yatim atau golongan asnaf untuk merasai nikmat makanan yang jarang sekali mereka nikmati, saya sokong,” tegasnya.

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
wanitajelita replied at 26-5-2017 11:46 PM
Wj nak masak sendiri je..zmn skrg mana ada org sudi belanja. Untung laa klu kompeni masing2 buat..wj ...

Andartu ke sis?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2017 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 26-5-2017 10:54 PM
Terimakasih kak Pittjie

Selamat Berpuasa untuk akak dan keluarga  Selalu juad ...

Selamat berpuasa jgk dik FC. ahkak kalau bua puasa selalunya mkn nasi. tp lauk suka yang simple2 je. cukup satu lauk satu sayur. cuma kdg2 adalah extra. family ramai kan. so kdg2 adalah yg membeli itu ini. tuk kluar buka puasa satu family mkn hotel x mampu ler. hihi. lg pun mmg lg suka la mkn kat rumah je.

apa juadah special kat tmpt FC waktu bulan puasa ya? param meriah tak kat sana?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 11:37 AM | Show all posts
pittjie replied at 27-5-2017 11:13 AM
Selamat berpuasa jgk dik FC. ahkak kalau bua puasa selalunya mkn nasi. tp lauk suka yang simple2 j ...
Family FC pun ramai kak 8 beradik
kompom meriah bila dapat bersama-sama.. dan kompom banyak kerenah dan pelbagai selera dan permintaan
suka lagi makan bersama d rumah .. boleh relax-relax makan tanpa perlu nak nengok jam dan kat rumah ni lebih menghargai benda yang d masak sendiri.

Yang mesti ada atas meja bila berbuka semesti nya puding atau dadih dan air tebu.
Lain-lain ikut permintaan.
Fav FC bila berbuka kuih bongkol .. kuih tradisi kat Sarawak ni .. buat dari tepung beras ..campur santan .. dan taruk gula apong a.k.a gula melaka kat sana.
Hari ni .. baru dapat permintaan dari adik-adik .. minta wat pizza .. best kalau buat sendiri sebab boleh taruk apa saja topping sendiri dan banyak mana cheese nak
Tunggu permintaan dari yang lain ..

Param pernah sekali pergi .. memang meriah .. tapi ... FC tak minat .. sesak sangat.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2017 12:29 PM | Show all posts
Edited by ninja boy at 27-5-2017 12:31 PM

kalau company n kawan2 n bos2 sponsor lahap sajala
ambil makannan mahal setara dgn harga -durian, seafood etc
x payah ambil mihun ubi dan sirap
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 12:40 PM | Show all posts
Edited by ninja boy at 27-5-2017 12:43 PM

bulan ramadan ja dapat jimat byk sbb dalam sebualn ada jemputan berbuka puasa rumah kawan2 rumah sibling company2 bos2 kwan bos ccompany client company subconcompany supplier bubur lambuk free, semua itu ada jimat byk sampai duit budget bulanan utk mknn x terusik,
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
sabar_sabariah replied at 26-5-2017 09:20 AM
ni FC buat ke?

utk tak off topic

Btol,  masing2 ada neraca pertimbangan berdasarkan kemampuan kewangan individu..... yg rasa rm188 mahal xyah pegi,  bkn ada pisau kat leher paksa beli pun..... harga pun jelas terpampang.....

Sama mcm kes di teganu yg kecoh mamat hanat amik lauk x reti tgk list harga,  bkn kena paksa amik udang galah pun....

Ada org suka mkn daging bakar cicah air asam,  daging batang pinang sekilo rm35 bakar sendiri kat umah,  ada suka mkn steak wagyu rm100 per100g di Natang Steak House.... so ikut poket sendiri lah
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
wanitajelita replied at 26-5-2017 11:46 PM
Wj nak masak sendiri je..zmn skrg mana ada org sudi belanja. Untung laa klu kompeni masing2 buat..wj ...

Omg... siyes ke sis.. semoga di kurniakan ketabahan.. ai paling fobia dgn sepi dan kesepian sis..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
So?  Hotel iols kerja rm169 murah sikit je dr sunway
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
sepitsiput replied at 25-5-2017 01:26 PM
kat mana buffet semurah rm50 ek?

Hotel emaslink kb  
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 03:03 PM | Show all posts
siapa customer akak biasa akak limitkan 10 orang makan kt marriot hotel.. biasa siapa bisnes owner akan dpt call untuk diskaun voucher buffet ramadhan.. akak dpt percuma sbb kawan akak jmg ada link dgn ioi group..

kalau nak makan durian IOI percuma n makan agak sedap pg IOI, tp air dia ke laut xsedap..  soft shell crab ada , mcm2 ada ..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
br iftar kt empire hotel...beli kt 11street..59..oklah harga asal 128....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2017 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 25-5-2017 01:29 PM
google tadi apa yang d offer ..sunway resort hotel
http://goodyfoodies.blogspot.my/2017/05/ramadan- ...

Sedapnya fc!
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2017 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 25-5-2017 02:05 PM
orang tempah tu

dan tu takat tunjuk sipi-sipi jah ..

cantiknya....
tangan berseni...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 12:40 AM | Show all posts
kan .. sedap
selera kita sama
tapi untuk orang cam FC agak rugi .. tak boleh makan banyak
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 12:41 AM | Show all posts
watieabe replied at 28-5-2017 11:00 PM
cantiknya....
tangan berseni...
Terimakasih Watie

Selamat Berpuasa

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.103002 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list