CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2577|Reply: 8

[Tempatan] Tawar RM3,000 tangkap pencuri barang kemas bernilai RM50,000

[Copy link]
Post time 26-5-2017 06:59 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 25-5-2017 11:28 PM

Tawar RM3,000 tangkap pencuri barang kemas
JAMILAH HAMZAH
25 MEI 2017

[url=]
[/url]







This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x600.

Seorang pekerja amoi menunjukkan barang kemas diletakkan dirak yang telah dicuri suspek

KULIM - Seorang pemilik kedai emas di satu pusat beli belah dekat sini menanggung kerugian RM50,000 apabila 20 jenis barang kemas dilarikan pekerja yang baru diupahnya, lewat petang semalam.

Pemilik kedai, Khoo berkata, pekerja wanita berusia 29 tahun itu telah ditemuduga melalui telefon pada 22 Mei lalu dan mula bekerja sejak semalam.

"Saya hanya temuduga dia secara umum sahaja, tanya umur, nama dan tempat tinggal melalui telefon sebelum memintanya mulakan kerja pada semalam.

"Sepatutnya dia masuk kerja waktu pagi seperti pekerja lain namun pelbagai alasan diberikan termasuk motosikal rosak jadi dia datang kerja lingkungan jam 4.30 petang, bila masuk kerja kita ada minta kad pengenalan tapi pelbagai alasan diberikan," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, kehilangan barangan kemas itu disedari seorang lagi pekerja yang menjadi rakan setugas suspek pada hari tersebut kira-kira jam 6.45 petang yang terus menghubunginya memaklumkan hal berkenaan.

"Saya telah dihubungi seorang lagi pekerja di situ memaklumkan barang kemas telah hilang dan mengesyaki pekerja baru itu yang ambil, saya bergegas ke lokasi dan apabila melihat CCTV yang dipasang memang benar suspek telah larikan barang kemas itu," katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubunginya di talian 016-4447626 dan sekiranya sesiapa yang berjaya menangkap suspek akan diberi ganjaran RM3,000.

Selain itu, rakan sekerja suspek yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian dia dan suspek sedang bertugas seperti biasa di kedai.

"Saya duduk atas kerusi di ruang kosong belakang, manakala suspek sedang melihat barang kemas di dalam cermin pamiran, tak lama kemudian dia minta nak buka rak kabinet pamiran untuk menyusun barang kemas.

"Saya tak pula syak apa-apa, kemudian saya beritahu dia mahu pergi ke tandas. Kira-kira beberapa minit kemudian saya kembali ke kedai sebelum dia (suspek) meminta izin untuk pergi ke medan selera untuk makan.

"Ketika itu dia bersilang tangan dan diletakkan di dada dan berjalan ke arah medan selera berjarak beberapa meter dari kedai, lebih 30 minit saya tunggu dia tak datang semula.

"Saya tergerak hati nak periksa barang kemas di kabinet pameran, setelah beberapa kali kira memang ia tak cukup, terus saya telefon pemilik kedai," katanya.

Dalam pada itu, menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang pada penjuru kedai didapati suspek berpura-pura menyusun sebelum memasukkan barang kemas ke dalam lengan bajunya tidak sampai 10 minit.

Suspek juga dilihat sempat menyapu sampah di dalam kedai terbabit sebelum menunggu seorang lagi rakan setugasnya pulang dari bilik air.


http://www.sinarharian.com.my/semasa...kemas-1.680347


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-5-2017 07:02 AM | Show all posts


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 921x575.

Rakaman CCTV menunjukkan wanita itu memilih barang kemas dan menyembunyikannya dalam lengan baju. FOTO ihsan pembaca



KULIM - Baru tiga jam bekerja, wanita berusia 29 tahun sudah mencuri sejumlah emas milik majikannya di kedai emas di Kulim, malam tadi sehingga tular di media sosial.

Perbuatan wanita itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan kini dia menjadi buruan polis selepas majikannya membuat laporan.

Pemilik kedai emas itu yang mahu dikenali sebagai Khoo berkata, dia kerugian kira-kira RM50,000 akibat kecurian itu.

Katanya, dia amat terkejut kerana pekerja barunya seorang yang 'panjang tangan' dan turut menawarkan ganjaran RM3,000 kepada pihak yang memberi maklumat hingga tertangkapnya wanita terbabit.

"Dia baru masuk bekerja 4 petang sebelum mencuri pelbagai barang kemas pada 7 malam.

"Saya menyedari kehilangan barangan kemas selepas seorang lagi pekerja memaklumkan wanita itu tiada di kedai dan beberapa barang kemas yang dipamerkan nampak berkurangan.

"Apabila memeriksa rakaman CCTV, saya terkejut melihat pekerja baru itu mencuri emas yang di meja pameran," katanya dihubungi hari ini.

Khoo bertindak memuat naik rakaman perbuatan wanita itu di Facebook dan aplikasi WhatsApp hingga tular serta membuat laporan di Balai Polis Kulim.

Dalam rakaman berdurasi 53 saat itu, kelihatan wanita terbabit menyembunyikan barangan kemas di dalam lengan bajunya.

http://www.hmetro.com.my/utama/2017/...i-jadi-pekerja



Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2017 07:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat bekal duit raya ke dek? Last2 ko puasa n beraya dalam lokap je la
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2017 07:11 AM | Show all posts
bodoh. sampai muka keluar kat cctv.

entah dah naik sampan sampai indonesia dah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2017 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Siapakah yg bakal dpt durian runtuh 3k  
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2017 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru keluar dari gua kot

Tak taunya kedai emas ade CCTv.

Tahun ni beraya kat dalam ajelah kak. Tunggu pak polisi bawak "gelang" besar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-5-2017 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia dh ada kes polis berkaitan kecurian brg kemas jugak sblm ni.wonder mcmmana kedai emas gini senang sgt amik pekerja.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2017 09:02 AM | Show all posts
Ntahlah, nak kata bodoh pun tak sampai hati. Dah tau kedai emas dah sah2 keliling ada CCTV, kau nak mencuri gak cari gini. Tahniahlah dik, muka kau dah popolur di serata internet.............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2017 09:16 AM | Show all posts
Kemain tersenyum lagi. Tauke pon satu, buat la proper interview, ade form siap gambar pasport, tengok IC semua.. bukan main hire je.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:05 PM GMT+8 , Processed in 0.785860 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list