CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1235|Reply: 6

[Jenayah] Jalanraya Malaysia no. 20 paling berbahaya di dunia

[Copy link]
Post time 26-5-2017 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by LaksamanaBentan at 26-5-2017 11:26 AM

Malaysia – antara 20 negara di dunia dengan jalanraya paling bahaya By Hezeri Samsuri
onMay 26, 2017 0 COMMENTS

Kerajaan Amerika Syarikat baru-baru ini telah mengeluarkan laporan Jenayah dan Keselamatan Malaysia 2017 khusus untuk rakyatnya yang mahu datang ke Malaysia.

Senarai amaran tersebut termasuklah keterangan yang menyatakan Malaysia adalah antara 20 negara paling merbahaya untuk pengguna kenderaan di jalanraya.

OSAC logo careta

Di bawah ialah translasi laporan keselamatan jalanraya oleh Biro Keselamatan Diplomatik Amerika Syarikat.

Pengangkutan – Isu Keselamatan

Keselamatan jalanraya di Malaysia ialah satu masalah yang nyata wujud.
Untuk tahun 2016, lebih dari 7,150 kematian akibat kemalangan jalanraya dilaporkan, iaitu 19.5 kematian sehari.
Ini meletakkan Malaysia di dalam 20 negara paling merbahaya untuk pengguna kenderaan di jalanraya.


Motosikal adalah penyumbang utama kepada permasalahan ini akibat perangai penunggang yang suka menyelit di antara kenderaan, menunggang melawan arus dan melanggar lampu merah.
traffic-light

Tabiat itu memberikan risiko kemalangan kepada pengguna kenderaan lain seperti kereta dan juga kepada pejalan kaki. Pemandu kenderaan perlu memberikan isyarat membelok untuk memastikan mereka tidak dilanggar oleh motosikal.
Dari segi undang-undang, penumpang kenderaan perlu menggunakan talipinggang keledar dan pemandu tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit ketika memandu, kecuali jika ada alat handsfree.


Pergerakan trafik ialah di laluan sebelah kiri dan membelok ke kiri di lampu merah tidak dibenarkan, kecuali jika ada papan tanda yang membenarkannya.
trafik general

Perangai pemandu Malaysia mungkin sukar untuk difahami. Mereka mampu menjadi agresif dan tidak mahu mengalah, tetapi mereka tidak mahu menggunakan hon ataupun marah akibat tindakan pengguna lain yang agresif.
Namun ia akan bertukar menjadi satu situasi yang tegang jika seorang pemandu menggunakan hon untuk memarahi pemandu lain, atau membuat tindakan negatif lain (menggunakan bahasa isyarat mungkin).
BiKE (191 of 220) copy

Masalah di atas sering terjadi dengan motosikal (suasana tegang kerana penggunaan hon). Kes “road rage” atau Keganasan Jalanraya semakin meningkat dan sekiranya anda terbabit di dalam kemalangan, elakkan dari melawan dan jika diugut, tinggalkan lokasi kejadian dan laporkan kepada polis dalam tempoh 24 jam.

Undang-undang larangan memandu ketika mabuk sangat kuat dan membawa hukuman serius. Pemeriksaan polis untuk pemandu mabuk dilakukan oleh polis di pusat-pusat hiburan yang sering dikunjungi pelancong asing atau ‘expats”. Semua pemandu perlu melakukan ujian alkohol (breath test) dan sekiranya gagal dalam ujian tersebut, anda akan ditangkap.
Pengunjung harus berhati-hati dengan keadaan trafik yang sesak di bandar-bandar utama dan banjir kilat boleh berlaku ketika musim tengkujuh akibat kekurangan infrastruktur dan perparitan.
Careta Teksi

Keadaan pengangkutan awam Malaysia

Kemalangan serius dan kemalangan maut yang melibatkan bas ekspres memang pernah berlaku di Malaysia, terutama dengan bas ekspres di sebelah malam dan di dalam cuaca buruk.
Jika anda mahu menggunakan khidmat bas ekspres, gunakan bas dari syarikat yang popular dan elakan menaiki bas ekspres di sebelah malam.

Teksi tidak dibenarkan mengambil penumpang tambahan (bermakna ia tidak boleh memaksa anda berkongsi dengan penumpang lain).
Ada sesetengan pemandu teksi, terutama di kawasan pelancongan, yang tidak mahu menggunakan meter walaupun mereka tahu undang-undang mewajibkannya.
Pemandu teksi di Kuala Lumpur pernah terbabit di dalam jenayah kejam terhadap pelancong luar negara dan juga terhadap penumpang tempatan.


Wanita yang berseorangan dinasihatkan menggunakan perkhidmatan teksi secara talian dan tidak menahan teksi di tepi jalanraya (terutama di sebelah malam).
Sebelum memasuki teksi, pastikan ada lesen teksi terpampang di papan pemuka teksi atau di bahagian tempat duduk belakang. Gambar di lesen perlu sama dengan muka pemandu.
Sebarang masalah perlu diadukan kepada SPAD di +6180-088-7723,

aduan@spad.gov.my or www.spad.gov.my.
Perkhidmatan Uber dan Grab adalah selamat secara umumnya.
Untuk membaca laporan sepenuhnya, sila lawati pautan ini – https://www.osac.gov/Pages/ContentReportDetails.aspx?cid=21370

http://careta.my/?p=30676

Motorsikal punca utama  

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2017 02:17 PM | Show all posts
US kot...sah2 report dia bias...

Pemandu kenderaan perlu memberikan isyarat membelok untuk memastikan mereka tidak dilanggar oleh motosikal.

bnda ni dalam undang-undang memang ada...knp dia timbulkan isu tu kena bagi signal nak belok?? even kalau kereta sama kereta pun nak belok memang bagi signal kan? tongong mcm maideen report ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2017 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Indon no bape ek
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2017 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Indon no bape ek
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2017 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pyropura at 27-5-2017 03:50 AM
kentel replied at 26-5-2017 02:17 PM
US kot...sah2 report dia bias...


...takdelah, USA road system dah memang terbaik dunia, apa untung depa burukkan org. Tu kan hanya advisory dari Wisma Putra USA untuk rakyatnya di oberc...

yg pasal bagi signal tu sokabar Mulayu tu yang tongong tak reti translate, tengok nih ayat asalnya in English, dan compare dgn terjemahan  sokabar tuh:-
Drivers should use turn signals well in advance of turning to alert motorcyclists.
Pemandu kenderaan perlu memberikan isyarat membelok untuk memastikan mereka tidak dilanggar oleh motosikal.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg bahaya pun..banyak tongong dibiarkan bwk moto n kereta..contohnya yg dalam video bapak bangang memecut bwk kete mcm setan aritu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2017 01:33 AM | Show all posts
1. Jln selalu berlobang. Dah tampal pun lobang lg. mlm2 bahaya. Nak elak lobang langgar keta lain lak

2. Ai think klo traffic light  countdown tuh. kurang sket org nk langgar . Dah vley agak brp lama kena tunggu.

3.  Traffic kuning . kita nk slow , tp org belakang speed. Nak tak nak langgar jugak . tAKUT bontot keta kena langgar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.150504 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list