CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4077|Reply: 2

[UPDATE] - Penjualan Tiket 2017 SEVENTEEN 1st World Tour "DIAMOND EDGE"

[Copy link]
Post time 26-5-2017 02:41 PM | Show all posts |Read mode
Edited by runaway_dida at 12-7-2017 01:41 AM

Annyeong Yeorobun ..

Anda peminat kumpulan Seventeen atau SVT dari Korea Selatan? Berita baik untuk anda. IME Asia dengan berbesar hati membawakan Seventeen ke Kuala Lumpur sempena 2017 Seventeen 1st World Tour "Diamond Edge" In Kuala Lumpur. Yeay or Nay ??

Kepada Carat pastinya anda tidak akan lepas peluang ini. Jadi, sila bookmark tarikh  dan tempat  di kalendar anda. Jangan lepaskan peluang ini pada 9 September 2017 bertempat di Stadium Merdeka


#DIAMOND_EDGE #SEVENTEENinMY

Bagaimanapun, informasi mengenai penjualan tiket dan lain-lain akan kami maklumkan dari masa ke semasa. Jadi, teruskan setia bersama kami.

Sedikit informasi mengenai kumpulan Seventeen


Pada awalnya kumpulan ini mempunyai 17 anggota yang kesemuanya berumur 17 tahun. Tetapi pada akhirnya kumpulan ini dianggotai hanya seramai 13 orang sahaja iaitu S.Coups, Jeonghan, Joshua, Jun, Hoshi, Wonwoo, Woozi, DK, Mingyu, The8, Seungkwan, Vernon dan Dino. Kumpulan ini bagaimanapun dibahagikan kepada tiga unit berbeza mengikut kelebihan masing-masing.

  • Hip Hop Unit - S.coups, Wonwoo, Mingyu, Vernon
  • Vocal Unit - Woozi, Jeonghan, Joshua, DK, Seungkwan
  • Performance Unit - Hoshi, Jun, The8, Dino


Kumpulan yang bernaung di bawah Pledis Entertainment ini secara rasminya telah debut pada 26 May 2015 dengan lagu 17 "Carat" dan "Boys Be". Mereka telah menghasilkan satu album penuh dan empat EP termasuk yang terbaru A|1. Untuk pengetahuan, ahli-ahli kumpulan ini terlibat secara langsung dalam penghasilan serta komposisi lagu dan koreografi mereka, yang membawa kepada nama samaran "self producing idol group" kumpulan idola. Fan club kumpulan ini dikenali sebagai Carat.

Kami tinggalkan anda dengan video klip terbaru dari kumpulan Seventeen berjudul Don't  Wanna Cry.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-7-2017 01:45 AM | Show all posts
Edited by runaway_dida at 12-7-2017 02:07 AM

Ticket Launch : 2017 Seventeen 1st World Tour “Diamond Edge” In Kuala Lumpur
[size=0.875em]BY RUNAWAY_DIDA · PUBLISHED JULY 4, 2017 · UPDATED JULY 11, 2017

[size=1.125em]
Annyeoung Yeorobun
Masih ingat lagi posting kamu sebelum ini berkenaan Konsert Seventeen “Diamond Edge” di Kuala Lumpur? Berita baik untuk CARAT semua kerana Kami akan kongsikan mengenai penjualan tiket konsert mereka. Jika anda tertinggal artikel mereka sebelum ini, anda boleh membacanya di SINI.

Berikut adalah info berkenaan penjualan tiket Seventeen 1st World Tour “Diamond Edge” in Kuala Lumpur.


[size=0.8125em]#DIAMOND_EDGE #SEVENTEENinMY

Tiket akan mula dijual pada Ahad, 9 Julai 2017 di Cheras Sunway Velocity Mall1st Floor V Boulevard Entrance bermula jam 11 pagi sehingga jam 3 petang.

Antara terma dan syarat pembelian tiket adalah seperti berikut :
  • Setiap seorang terhad untuk membeli maximum 4 tiket sahaja
  • Limited poster gergasi konsert akan diberi kepada pembeli yang membeli di lokasi jualan sahaja dan ianya tidak terpakai pada pembeli secara online. ( 1 tiket = 1 poster tetapi ianya  tertakluk pada First Come First Serve basis )
  • Jualan tiket secara online juga pada hari yang sama (9/7/2017) bermula jam 4 petang menerusi laman web TicketCharge (www.ticketcharge.com.my)
  • Penjualan tiket di outlet yang terpilih akan bermula pada Isnin, 10 Julai 2017. Para peminat boleh mendapatkan tiket-tiket di Speedy video, Rock Corner, Chambers Music, PJ Live Arts, information counter di The Mines shopping mall dan 1 Shamelin.
  • Pada yang berada di sekitar Pahang dan Penang, anda boleh dapatkan tiket di Eden Ultimate (Kuantan) dan Blonde Brunette (Penang). Anda juga boleh membeli terus tiket di pejabat TicketCharge atau anda boleh menelefon  TicketCharge di hotline +603-92228811.

[size=0.8125em]#DIAMOND_EDGE #SEVENTEENinMY



Harga yang dikenakan untuk setiap tiket :
  • Rock zone – RM530 (free standing)
  • V.I.P – RM510 (numbered seat)
  • Cat 1 – RM410 (numbered seat)
  • Cat 2 – RM310 (free seating)
  • Cat 3 – RM210 (free seating)
  • ** Kesemua harga ticket termasuk GST sebanyak 6% dan Rm4 sebagai bayaran pemprosesan.

Kelebihan Peminat/CARAT :

Peminat SVT yang membeli tiket rock zone atau VIP ticket berpeluang untuk memenangi sound check passes (300 paxs) ATAU peluang menyertai group photo  (total 300 paxs, 15 orang dalam setiap kumpulan) secara cabutan bertuah melalui barcode tiket anda.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Anda diingatkan supaya berhemah ketika beratur untuk membeli tiket.
Organise : IME Asia. Sebarang maklumat lanjut boleh diperolehi dari FB IME Asia.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2017 01:52 AM | Show all posts
Terkini - Penjualan Tiket Konsert Seventeen 'Diamond Edge' di Kuala Lumpur Laris



Kepada CARATS dan peminat KPOP,

Umum ketahui, kumpulan Seventeen yang dianggotai seramai 13 orang bakal mengadakan konsert jelajah pertama mereka di Malaysia berikutan permintaan yang tinggi dari kalangan peminat mereka. 2017 Seventeen 1st World Tour “Diamond Edge” In Kuala Lumpur akan diadakan pada 9 September 2017 nanti di Stadium Negara.  Penjualan tiket bagi 2017 Seventeen 1st World Tour “Diamond Edge” In Kuala Lumpur telahpun bermula pada Ahad lepas(9 Julai 2017) dari jam 11 pagi sehingga 3 petang di Sunway Velocity. Untuk pengetahuan, pihak IME telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai penjualan tiket pada 3 Julai yang lalu. Kami juga telah berkongsi informasi berkenaan penjualan tiket ini beberapa hari yang lepas atau anda boleh baca DI SINI.


Kepada peminat kumpulan Seventeen atau Carat(kelab peminat Seventeen) yang telah berjaya membeli tiket tersebut tahniah kami ucapkan.  Para peminat telah mula membanjiri Sunway Velocity selepas satu jam pihak IME mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai penjualan tiket pada 3 Julai yang lalu. Rata-rata tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini.  Menurut informasi dari pihak IME Malaysia, sebanyak 60% tiket telah berjaya dijual pada hari pembukaan penjualan tiket.   Ini sekaligus membuktikan, Carat dan peminat KPOP telah bersedia dan tidak sabar untuk mengikuti konsert jelajah pertama Seventeen di Kuala Lumpur pada 9 September nanti.



Kami kongsikan hasil temuramah pihak IME dengan beberapa peminat yang turut membeli tiket pada Ahad lepas.

  • Irene Lau, 21 Tahun - merupakan peminat setia Seventeen sejak kumpulan tersebut debut. Beliau bersama kawan-kawannya telah membeli 19 keping tiket rock zone dan dikhabarkan beliau telah pun beratur selama seminggu untuk membeli tiket konsert tersebut. Ternyata kesungguhan beliau itu tidak sia-sia. Antara artis kegemaran beliau adalah D.K dan beliau menyatakan rasa tidak sabar untuk menyaksikan persembahan kumpulan Seventeen itu kelak.

  • Rachel Tan, 26 Tahun - sanggup datang dari Ipoh bersama-sama kawan-kawannya  untuk membeli tiket konsert. Dengan kesungguhan itu, mereka berjaya membeli 44 keping tiket rock zone dan juga tiket VIP. Sementara itu, Rachel juga sempat berkongsi cerita di mana peminat Seventeen rata-rata pernah memuat naik status di laman sosial masing-masing menyatakan mereka benar-benar berharap dapat menyaksikan konsert Seventeen di Malaysia. Akhirnya impian mereka menjadi nyata, terima kasih pihak penganjur, IME. Penantian mereka sudahpun berakhir.

Pada para peminat yang masih belum mendapatkan tiket, anda bolehlah melayari laman web Ticketcharge di  www.ticketcharge.com.my atau menelefon talian +603-92228811 untuk pembelian tiket. Peminat juga boleh mendapatkan tiket di outlet yang terpilih seperti di Speedy video, Rock Corner, Chambers Music, PJ Live Arts, kaunter informasi  di The Mines shopping mall dan 1 Shamelin. Pada yang berada di sekitar Pahang dan Penang, anda boleh dapatkan tiket di Eden Ultimate (Kuantan) dan Blonde Brunette (Penang).

Peminat SVT / Carat yang membeli tiket rock zone atau VIP ticket berpeluang untuk memenangi sound check passes (300 paxs) ATAU peluang menyertai group photo  (total 300 paxs, 15 orang dalam setiap kumpulan) bersama Kumpulan Seventeen secara cabutan bertuah melalui barcode tiket anda.

Untuk informasi terkini, anda boleh mengikuti IME di laman sosial mereka seperti berikut : IME Asia - Facebook, @IME_Asia

di Instagram, @IMEProduction di Twitter, atau @IMEProductions menerusi aplikasi WeChat.



#SEVENTEENinMY #DIAMOND_EDGE #IMEASIA #IMEMALAYSIA #KMANIA #CARAT


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.456736 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list