CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1607|Reply: 4

Malaysia Perkenalkan Aplikasi 'Verify Halal' Untuk Semakan Status Halal Serta Me

[Copy link]
Post time 26-5-2017 03:50 PM | Show all posts |Read mode


Hari ini, Malaysia melancarkan sejenis aplikasi telefon pintar rasmi pertama yang dikenali sebagai "Verify Halal" yang membolehkan rakyat Malaysia menjalankan pengesahan status halal berhubung produk atau makanan yang ingin diguna pakai ketika membeli belah di mana-mana pasaraya di rantau ini.





Memetik laporan Mstar, aplikasi tersebut mendapat kelulusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan dibangunkan oleh Serunai Commerce menerusi kerjasama dengan agensi repositori (penyimpanan) produk dan jenama halal global, Global Halal Data Pool.


Menurut pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee ketika majlis pelancaran, aplikasi 'Verify Halal' tersebut tidak terhad kepada pangkalan data Jakim sahaja, malah ia juga melibatkan badan pensijilan halal antarabangsa yang diiktiraf Jakim dan yakin ianya dapat meningkatkan keyakinan pengguna.


"Kami mahu aplikasi ini untuk menjadi rujukan utama jenama halal bagi pengguna muslim di peringkat global dan meningkatkan integriti industri halal,"  katanya.- CARI

Add Image Caption Here
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2017 04:16 PM | Show all posts
Bagus app nie..byk skang nie produk pakai sijil halal palsu
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2017 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus le....tak le tertipu dgn logo halal palsu
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2017 05:51 AM From the mobile phone | Show all posts
wahhh bagusss! dah boleh download belum? i try cari takde pula
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2017 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Finally Alhamdulillah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.110467 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list