Indah sungguh bunga seri pagi
Disimbah mentari kembanglah ia
Terasa bertuah diri ini
Karna dilahirkan di bumi Malaysia
Tersusun tari lemah gemalai
Mengikut irama chuk chuk kendung
Bumi Malaysia aman dan damai
Sehingga menggamit ramai pelancung
Lincah si gadis menganyam ketupat
Bersama rendang enak dicicah
Merdeka negara lebih setengah abad
Minda dan tingkahlaku masih terjajah
Megah mentari memayungi bumi
Tumbuh tumbuhan hijau melata
Sumber rezki kepada insan
Wahai generasi masa kini
Usah hanya sambut merdeka
Hayati jua sejarah kemerdekaan
Manis dara berbaju kebaya
Keronsang emas menjadi hiasan
Kepada semua rakyat Malaysia
Salam merdeka hamba hulurkan
Post time 18-8-2017 09:30 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Apa erti merdeka jika jiwa masih dijajah.
Apa makna merdeka jika kian terlupusnya ingatan pada sejarah.
Merdeka mengenangkan kita betapa peritnya pengorbanan
Merdeka menginsafkan kita betapa jerihnya perjuangan
Merdeka menggamit kita seribu satu kenangan
Jika kita benar-benar menghayati apa itu kemerdekaan.
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN BUAT SEMUA RAKYAT MALAYSIA.
SAYANGI TANAH AIR KITA
Post time 21-8-2017 02:51 AMFrom the mobile phone|Show all posts
GENAP 60tahun in sya Allah kita akan menikmati manisnya kemerdekaan 31. Ogos ini.
Salam kemerdekaan untuk semua dan marilah kita bangkit kan semangat cintakan malaysia.