CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5586|Reply: 40

[Tempatan] Mufti Wilayah Persekutuan memohon maaf kepada agensi penguatkuasa kerana membonc

[Copy link]
Post time 27-5-2017 04:03 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 26-5-2017 08:05 PM



Gambar Mufti Wilayah Persekutuan membonceng motosikal di Kuala Lumpur.

PETALING JAYA: Mufti Wilayah Persekutuan memohon maaf kepada agensi penguatkuasa kerana membonceng motosikal tanpa memakai topi keledar.

Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi kenyataan di Facebooknya menjelaskan, insiden itu berlaku kerana beliau terlibat dalam program cerapan anak bulan Ramadan di Menara Kuala Lumpur pada Jumaat petang.

“Mungkin ada yang ternampak kami membonceng motosikal tanpa memakai helmet sebentar tadi.

“Memandangkan jalan raya agak sesak dan tidak mahu menyusahkan penganjur dan kelancaran majlis dek terperangkap dalam jalan raya, keputusan diambil untuk membonceng motosikal ini,” katanya yang mengenakan serban di kepalanya.

Zulkifli turut memuat naik gambar dari arah belakang yang menunjukkan beliau membonceng motosikal, dipercayai dirakamkan oleh orang awam.

Sehubungan itu, Mufti Wilayah Persekutuan itu memohon maaf kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di atas tindakan tidak memakai topi keledar.

“Diharapkan tidak timbul salah faham di atas tindakan yang telah dilakukan,” kata Zulkifli.


http://www.mstar.com.my/berita/berit...ti-minta-maaf/


Quote:


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2017 04:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak pakai helmet ni sama kesalahan nya dengan parking kereta block jalan kan
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 04:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi pakai serban kan. Dalam buku jpj pengecualian bagi 1. Singh 2. Lebai
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 06:01 AM | Show all posts
kalau kena saman pun bayar je la mufti
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 06:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Xde isu.
Dia pangkat mufti.bole jadi lebai,imam ka apa
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Takpe tuan mufti, salah yg ni kena saman je.tak masuk nuraka

#jpjjanganberatsebelah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2017 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Langgar undang undang maknusia buat tak berdosa kata UAI.....


Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 03:33 PM | Show all posts
Forumners pon paham paham lah. Tok mufti tu dah cakap dah dia nak cepat tengok anak bulan kat KL Tower. Dia lambat kalu, mungkin berlalku kekeliruan bila ummah nak mola puasa.

Maideen~Kalaulah  Allah SWT membenerkan umat Isle menentukan tarikh mula puasa dengan melihat Kalendar Cina sahaja (yang lebih mudah dan tepat), tak payah lobai lilit sarban pakai kain sarong dan bawak teropong naik motor pi KL Tower......
Wallahualam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2017 03:40 PM | Show all posts
Akhlak yang terbaik perlu dicontohi. Mufti sedar peranan beliau yg sepatutnya jadi contoh kpd masyarakat .. lantas terus buat statement mohon maaf sbb beliau sedar apa yg beliau adalah salah sblm org lain tunjukkan yg dia salah.. kalu kena tahan polis pon sure terus kena escort ke menara KL tu.. takkan di saman.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 04:18 PM | Show all posts
Maideen. replied at 27-5-2017 03:33 PM
Forumners pon paham paham lah.  Tok mufti tu dah cakap dah dia nak cepat tengok anak bulan kat KL  ...

harap betullah heshe teropong bulan. jangan diteropongnya bawah skirt gadis sunti berumur 6 tahun sudah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 04:38 PM | Show all posts
Percival replied at 27-5-2017 04:17 AM
Tapi pakai serban kan. Dalam buku jpj pengecualian bagi 1. Singh 2. Lebai

baru nak kata.....

ada rujukan rasmi tak?....



Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 04:43 PM | Show all posts
pyropura replied at 27-5-2017 04:09 AM
Tak pakai helmet ni sama kesalahan nya dengan parking kereta block jalan kan

tak pakai helmet ni setakat membahaya kan diri ja.... parking kereta block jalan tu menyusahkan orang lain bagi aku lagi besar kesalahannya.....

patut ko tanya sama tak 'tak pakai helmet' dengan 'tak pakai tudung' baru mencabar sikit lobai nak jawab kot?....



Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 04:47 PM | Show all posts
Mary_Vedder replied at 27-5-2017 03:40 PM
Akhlak yang terbaik perlu dicontohi. Mufti sedar peranan beliau yg sepatutnya jadi contoh kpd masyar ...

bab ni aku setuju.....

kalau lah ada pemimpin politik yang macam ni memang kagum lah.....



Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 04:51 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 27-5-2017 04:38 PM
baru nak kata.....

ada rujukan rasmi tak?....

ini jawapan jpj hari ini

http://www.themalaymailonline.co ... r-jika-rasa-selamat

JPJ: Serban boleh ganti topi keledar jika rasa selamat


Gambar yang diambil dari arah belakang menunjukkan mufti WP Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar. — Foto ihsan Facebook/Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri



PETALING JAYA 27 Mei ― Pemakaian serban ketika bermotosikal bukan kesalahan kerana kelonggaran diberi atas faktor agama.
Namun, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menasihati orang ramai supaya tidak mengambil kesempatan atas pengecualian itu, lapor mStar Online.
“Kalau nak pakai topi keledar dan nak buka (serban), terpulang kepada kesedaran masing-masing sekiranya merasakan pemakaian topi keledar itu lebih selamat,” kata Datuk Seri Nadzri Siron.
Mengikut Kaedah-kaedah Motosikal (Topi Keledar) 1973 yang dibaca bersama Pengecualian 1975, kelonggaran diberi kepada mereka yang memakai serban seperti haji, lebai dan kaum Sikh.
Mengulas permohonan maaf Mufti Wilayah Persekutuan, beliau berkata keprihatinan terhadap aspek keselamatan jalan raya itu harus dicontohi.
Semalam, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri meminta maaf kerana tidak memakai topi keledar bagi mengelakkan kesesakan trafik untuk menghadiri program cerapan anak bulan.
“Baguslah di atas kesedarannya,” kata Nazdri.

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Terfikir, macam maba dia decide nak naik motor tu? Tumpang halfway ke sebab kalau dari office maybe boleh pinjam je helmet staff lain.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian pulak aku ngan mufti2 ni.. lately jd sasaran jer :zz tang dia buat ceramah agama, mengaji.. xnak pulak dgr.. benda merepek gini pulak yg org nmpk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2017 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
... aku tak dapat nak stomach kenapa diberikan kelonggaran pada serban aji, sebab itu bukan wajib dalam agama... at least serban Singh tu make more sense sebab diwajibkan dalam igamanya, dan lebih secure dibanding surban aji .... sedangkan hard hat kontrek pun Jpj tak bagi pakai...

https://www.legionsafety.com/images/T/bls51r_1.jpg
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 27-5-2017 04:43 PM
tak pakai helmet ni setakat membahaya kan diri ja.... parking kereta block jalan tu menyusahkan or ...

..haha iya juga kan  
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Maideen. replied at 27-5-2017 03:33 PM
Forumners pon paham paham lah.  Tok mufti tu dah cakap dah dia nak cepat tengok anak bulan kat KL  ...

Akkhlak mufti itu sgt2 tinggi dan mengkagumkan..

Jauh bezakan dgn uncle meden  
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 27-5-2017 04:43 PM
tak pakai helmet ni setakat membahaya kan diri ja.... parking kereta block jalan tu menyusahkan or ...

... atau tanya lobai yang parking kereta depan masjid halang trafik tu bila nak minta maap pada agensi penguatkuasa?    

http://images.says.com/uploads/s ... age/540809/f751.jpg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 03:35 PM GMT+8 , Processed in 0.076870 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list