CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7673|Reply: 80

[Dunia] 'Disebabkan produk-produk ini, bayi puan mengalami masalah buah pinggang' - Dokt

[Copy link]
Post time 27-5-2017 05:36 AM | Show all posts |Read mode
Edited by abdulrozak at 27-5-2017 10:41 AM

Salam. Alhamdulillah puteri saya sudah discharge wad semalam sebab demam panas, mungkin musim agaknya. Jadi saya nak cerita sikit kejadian semasa di hospital baru-baru ini yang boleh ibu-ibu semua ambil sebagai pengajaran.


Di hari kedua waktu petang, saya temankan anak di wad itu. Di sebelah katil anak saya ini, masuklah seorang bayi comel, baru berusia lima bulan. Menurut si ibu, bayinya dimasukkan ke wad kerana demamnya dah enam hari tidak kebah dan tidak aktif sangat sehingga berat badan susut dari 7 kg ke 5 kg lebih sahaja.

Keesokannya, seperti biasa, doktor pun datang buat soal siasatlah pada si ibu seperti mana yang dilakukan pada ibu bapa pesakit yang lain. Ditanya ada bagi anak makan apa-apa,  ada bawa anak pergi travel ke apa. Semua mak dia jawab tak ada.

Kemudian sampailah satu point doktor itu tanya pada si ibu ada tak ambil/makan sebarang jamu atau pil tambahan. Mula-mula si ibu kata dia tak ambil, kemudian ketika doktor pakar datang dan tanya dia sekali lagi soalan yang sama.

"Puan ada ambil pil atau jamu?" soal doktor pakar.

Selepas puas didesak, barulah si ibu mengaku yang dia ada mengambil satu produk pemutih kulit dan satu produk kurus sebab nak kuruskan badan seperti dulu.

Pengakuan si ibu membuatkan doktor pakar itu terus terdiam dan ditenungnya muka si ibu.

"Puan tak kasihan ke pada anak puan? Disebabkan ambil produk-produk ini, bayi puan yang menerima risikonya. Kami mendapati anak puan ada masalah buah pinggang sebab selepas ujian urine FEME, kami tengok urine anak puan ini kotor," jelas doktor pakar.

Si ibu terkejut.

"Saya makan sebab semasa beli, saya ada tanya pada penjual kalau breastfeeding anak lima bulan, boleh makan atau tak? Penjual itu kata boleh dan sebab itu saya consume," katanya.

Si ibu kemudian diberi ceramah sepenuhnya sehingga si ibu rasa nak menangis. Maklumlah dia masih muda, usia awal 20-an dan bayi itu pula adalah anak sulungnya.

Jadi pengajarannya di sini ialah, siapa-siapa yang ada bayi berusia di bawah 6 bulan, tak kisahlah fully breastfeeding atau sulam-sulam formula milk pun, tolong sangat-sangat fikir kepentingan anak sebelum consume sebarang jenis produk.

Memang gebu gebas, kurus langsing kita yang terima orang puji melambung. Tetapi tahu ke apa kesannya pada anak kita?

Seperti kes bayi tadi, ibu dia consume produk seperti itu sehingga air dalam badan bayi itu kurang disebabkan produk panas dan badannya terpaksa curi air dari simpanan buah pinggangnya. Dan disebabkan itu juga bayi berisiko mengalami kegagalan buah pinggang.

Jadi tolongkan ibu-ibu sekalian, fikir tentang kesihatan anak kita dulu. Biar kita gemuk seperti badak, biar hitam seperti bontot kuali sekalipun asalkan anak kita membesar dengan sihat. Nanti bila anak dah besar, consumelah klorok sekalipun, tiada sesuapa yang nak membebel pada momies semua, tahu?

Paling penting, jangan percaya bulat-bulat pada sellersebab mereka ini kadang-kadang bukan ada anak lagi atau belum kahwin lagi. Sebab itu pandai-pandai saja cakap boleh semua sebab anak kita sakit,  bukan mereka yang akan beri ganti rugi pun. Kita juga siang malam asyik berfikir apa yang akan terjadi.

Maaf, panjang sikit bebelan kali ini sebab tak sanggup tengok anak-anak yang tidak berdosa terus menjadi mangsa kepada mak dan ayahnya sendiri.
http://www.thereporter.my/2017/05/disebabkan-produk-produk-ini-bayi-puan.html






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2017 05:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian perempuan melayu, buat begini risiko hilang anak, buat begitu risiko hilang laki.

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 05:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai yg percaya dengan peniaga kecantikan padahal mereka tu tiada langsung kelulusan dlm bidang perubatan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 05:48 AM | Show all posts
byk sgt produk local yg ntah hape2..... remember kl x masuk watson atau guardian... x yah beli laaaa

bukan maksud aku semua produk kt farmasi tuh leh bedal... tp lagi safe la dr yg beli kt kedai2 jamu kedai2 kecantikan local tuh..

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 05:55 AM From the mobile phone | Show all posts
True-X replied at 27-5-2017 05:48 AM
byk sgt produk local yg ntah hape2..... remember kl x masuk watson atau guardian... x yah beli laaaa ...

Sy pun tak amik product kalau takde dlm watson dlm guardian.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 05:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian baby.baru 5 bln. Turun sampai 2 kilo. Byk susut tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2017 05:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols scary dgn produk2 claim milk booster tu..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 06:15 AM From the mobile phone | Show all posts
dah nampak dah trend di laman sosial ibu-ibu muda bagi testimoni makan produk pemutih sampai anak pun keluar putih selepuk. harap-harap bukan ibu yang sama seperti dalam kisah ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2017 06:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Jamu ni sesuai untuk lelaki je....iols antara lelaki amalkan jamu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 06:26 AM | Show all posts
ultra78 replied at 27-5-2017 05:47 AM
Ramai yg percaya dengan peniaga kecantikan padahal mereka tu tiada langsung kelulusan dlm bidang per ...

Betul tu, peniaga kecantikan kebanyakannya tiada kelulusan dalam bidang perubatan.  Produk pun originnya diragui.
Sama juga artis yang jual produk kesihatan. Saya cukup takut baca IG artis yang jual produk kesihatan yang bila peminat tanya boleh makan tak bila mengandung atau breastfeeding, dengan confidentnya claim boleh.  Yang peminat pun satu, percaya bulat2 je cakap artis/penjual.  Penjual nak lakukan produk mesti claim macam2, kalau pembeli dapat side effect bukan masalah diorang nak tanggung.  Yang penting produk laku, side effect tolak tepi.

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 07:02 AM From the mobile phone | Show all posts
produk pemutih kalo bgk negro pakai putih,aku beli
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedangkan ubat preskripsi pun bukan sebarangan ibu mengandung atau breastfeeding boleh ambil, inikan pula ubat/ jamu yg takde r&d. Wake up ladies, jangan la sembarang je percaya dengan penjual. Diorang memang la, nak untung je..semua pun boleh. Yang terkesan anak dalam kandungan/ baby yg BF.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Kwn yg suka minum pati ikan haruan utk sembuh luka operate.. pregnant kali ke 2 ni bermasalah.. doc kata apantah yg berpintal2 melekat2 dlm perut.. nk kna operate lagi pun bermasalah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun x paham yg suke benar ambil produk kecantikan kurus putih semue tu. Weii dah muke tu mcm tu mekap jele. Nk cantik mane lagi tuhan dah jdkan. Kumpul duit pi Korea kalau dah buruk sgt.  Kesian kat anak x bersalah  jd mangsa kalau sendiri yg mati x pele:zz
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
TuntungReturn replied at 27-5-2017 07:02 AM
produk pemutih kalo bgk negro pakai putih,aku beli

Negro pun suke kulit hitam kut :zz
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
zehra2 replied at 27-5-2017 08:00 AM
Kwn yg suka minum pati ikan haruan utk sembuh luka operate.. pregnant kali ke 2 ni bermasalah.. doc  ...

First pregnant tu cesar ke? Kesianya kwn awak tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2017 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm kolagen2 tu sebenanya bole ke makan time preggy? Kawan cakap tgk anak hanis zalikha bijak sebab mak nya makan tojours sepanjang mengandung (ni kes member nak promote tojours kat i).
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
so sebenanyer elakkan makan pape pil/jamu ke uols sebelum or semasa pregnant?

aku takde lah pregnant cume saje nk tau sebab
aku sekarang makan jamu homemade...
ok ke tak?
kalau produk nona roguy tu ok ke idok if consume everyday...tq yang bagi pandangan...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 10:02 AM | Show all posts
pprt nya ibu muda mcm ni, biarlah ko gendut hitam sekali pun, berotaklah sedikit bila ada anak kecik ni, ko dah bf anak then ko mkn benda2 yg sah2 mengalir jugak ke anak, apa ke bodoh punya level? then percaya pulak kat saler yg ntah2 spm pun tak lepas

akak ni ha, gendut juga lepas deliver bby, tak koser la akak nak kurus cepat dgn diet dan mkn ubat bagai selagi anak full bf, kesian kat anak
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
ninnakarinna replied at 27-5-2017 05:55 AM
Sy pun tak amik product kalau takde dlm watson dlm guardian.

Oh ye ke?maksudnya semua produj dlm farmasi tu sah dn berdaftar erk?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:40 PM GMT+8 , Processed in 0.106686 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list