CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2626|Reply: 20

[Dunia] Bapa mangsa dera tarik balik laporan polis, namun polis tetap akan siasat

[Copy link]
Post time 27-5-2017 05:37 AM | Show all posts |Read mode
Edited by abdulrozak at 27-5-2017 10:41 AM

KUALA LUMPUR - Susulan kes seorang kanak-kanak perempuan mengalami lebam di seluruh badan dan dahinya terkoyak dipercayai didera, polis telah menahan ibu kandung dan teman lelakinya, jam 3 pagi tadi, lapor Harian Metro.

Difahamkan, kedua-dua suspek yang sebelum ini telah menghilangkan diri akhirnya tampil menyerah diri kepada polis di Ulu Yam Baru, Kuala Kubu Baru.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, pasangan itu telah ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. Amar Singh juga kesal dengan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab mendakwa kononnya polis tidak mahu mengambil tindakan terhadap laporan kes tersebut.

"Polis ingin menegaskan, isu yang ditularkan itu tidak berasas serta berniat mahu mengaibkan imej dan kredibiliti polis.



"Kami menasihati orang ramai agar tidak mempercayai khabar angin atau berita yang belum ada kesahihannya," katanya.

Difahamkan, bapa mangsa telah menarik balik laporan polis yang dibuat selepas bekas isterinya memohon maaf di atas kejadian itu. Namun, polis tetap menjalankan siasatan.

Terdahulu, mangsa berusia empat tahun ini dipercayai telah didera berdasarkan lebam dan kecederaan di dahinya, ketika tinggal bersama ibunya di Taman Maluri, Kuala Lumpur.

Lapor Harian Metro, mangsa sebelum itu tinggal bersama neneknya selepas ibu bapanya bercerai setahun lalu. Namun diambil oleh ibu kandungnya minggu lalu. Bagaimanapun, ketika dihantar pulang, keadaan mangsa sangat menyayat hati sehingga terpaksa dibawa ke hospital Ampang untuk mendapatkan rawatan.

Mangsa terpaksa ditahan di hospital selama enam hari untuk merawat kecederaannya itu dan menerima belasan jahitan di dahinya. - The Reporter







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2017 05:59 AM | Show all posts
seminggu je ambik, dah begitu jadinya..

gamaknya apa ayat ibu dia goreng ke exlaki sampai sangup tarik balik report..

dia ingat tarik report kes xjalan...

babi la mak dia
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 06:12 AM From the mobile phone | Show all posts
abdulrozak replied at 27-5-2017 05:37 AM
KUALA LUMPUR - Susulan kes seorang kanak-kanak perempuan mengalami lebam di seluruh badan dan dahiny ...

comel dakni.. tak abes2 pasal mak birah berboipren
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 06:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Sian lahai anak.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 06:39 AM | Show all posts
Berapa banyak berita anak kena dera oleh mak/boyfriend. Kadang2 dera sampai membawa maut.   Penderanya mungkin mak atau boyfriend atau dua2 sekali.  

Harap diambil tindakan yang sewajarnya kerana menganiaya budak kecil.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 06:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Asalkan dpt belaian jantan...haprak pun haprak la...anak jd mangsa pun xpe...sial la semua 3/3 termasuk bapak kandung
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2017 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Sepatut nya nenek yg report.. bapak tu kalo dah laksanakn tgjwb bg nafkah anak.. tk perlu takut. Tp kalo nafkah anak pun culas.. sendiri mau ingat ler...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa la dosa budak tu :
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2017 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Keaiannya.... klu xnk jaga xpyh la ambik... ambik sbb nak dera je ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila bercerai anak selalu jd mangsa keadaan so sad
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MamaMima711 at 27-5-2017 10:18 AM

Aku paling benci mak2 yg gatal bijik asal ada bf/laki biar anak mati atau terseksa pun!weh..aku pun 2x bercerai..kali kedua aku cerai sbb aku lbh syg anak.anak tu x de ganti weh..laki boleh cari lain.Alhamdullla lebih bahagia smpai berkilo2 naik.x mati pun x de laki
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
MamaMima711 replied at 27-5-2017 10:17 AM
Aku paling benci mak2 yg gatal bijik asal ada bf/laki biar anak mati atau terseksa pun!weh..aku pun  ...

Terbaik mama...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 12:22 PM | Show all posts
MamaMima711 replied at 27-5-2017 10:17 AM
Aku paling benci mak2 yg gatal bijik asal ada bf/laki biar anak mati atau terseksa pun!weh..aku pun  ...

bagus mama,

bahagia dengan anak..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
MamaMima711 replied at 27-5-2017 10:17 AM
Aku paling benci mak2 yg gatal bijik asal ada bf/laki biar anak mati atau terseksa pun!weh..aku pun  ...

Bgs kaka semoga tuhan rahmati kaka
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 12:47 PM | Show all posts
MamaMima711 replied at 27-5-2017 10:17 AM
Aku paling benci mak2 yg gatal bijik asal ada bf/laki biar anak mati atau terseksa pun!weh..aku pun  ...


Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2017 05:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Eloklah polis masih nak siasat ... terbela nasib budak tu ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2017 09:29 AM | Show all posts
zaman2 dulu cuma cerita bab mak tiri jahat...bawang merah, cinder ella bagai.

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2017 01:23 PM | Show all posts
zehra2 replied at 27-5-2017 08:03 AM
Sepatut nya nenek yg report.. bapak tu kalo dah laksanakn tgjwb bg nafkah anak.. tk perlu takut. Tp  ...

sharp.....

mungkin ada trade off di situ?.... mungkin polis dah terbau ikan di situ....


Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 09:35 AM | Show all posts
asal berjantan????
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 09:36 AM | Show all posts
MamaMima711 replied at 27-5-2017 10:17 AM
Aku paling benci mak2 yg gatal bijik asal ada bf/laki biar anak mati atau terseksa pun!weh..aku pun  ...

kerlas ko mama. yg ni la kita mahukan!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.053620 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list